twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

March 30, 2011

warkah air soya dan keropok sedap

assalamualaikum ukhti,
terima kasih doa sejahteranya.
maaf andai lidah ini kelu
ampun jika bicara ini pincang
asif andai tulisan ini sumbang

buat tatapan dirimu juga ingatan buat diriku ukht
moga ianya menjadi tinta keramat kita bersama
entah mengapa
lidah yang sering meluah kata-kata
tiada henti kerana terlalu melimpah idea
tiba-tiba..
pause seketika.
bukan rajuk, bukan pula ku harap pujuk
namun 
titis hujan malam ini lah jawapan nya
gambaran hati yang sarat dengan mendung duka
akhirnya,,
gugur membasahi bumi.
lega~ 
itu yang dapat ku ungkapkan selepas ia reda.
kemampuan ku seperti inilah..
moga bacaan mu menenangkan diriku..

ukhti
saat kau melafazkan kalam itu
hati ini berbisik
''adakah ini balasan dari banyaknya ketidak syukuran?''
lantas hati ini takut adakah ianya satu balasan dari Allah
atau adakah ianya satu ganjaran yang akan datang setelah kita redha dengan ketentuan Tuhan?
hanya Allah pemilik segala jawapan.

lontaran mu lembut menusuk sukma
menyentak jiwa yang agak layu degupnya
katamu ''ukhti, ini yang terbaik buat diri kita, buat dakwah kita, terimalah dengan hati yang terbuka''
walau kau tersenyum saat itu, tidak ku mampu mengangkat wajahku memandangnya..
bukan tidak sudi ukhti tapi biarlah reda dulu hati ini..
walau tidak ku tahu apa rasa hatimu
namun ku tetap tahu bahawa ini sukar buatmu..

ya ukhti yang ana sayang kerana Allah!
doakan ana agar tegar selalu
ingin ku mencontohimu ''prinsipkan diri agar kuat meredah setiap ujian yang ditempuhi''
terngiang-ngiang madah itu saat diri diisi dengan kata semangat penguat diri,
sangat membantu saat bergelumang dengan dunia yang penuh onak duri.
akhirnya...
setelah rasional menguasai...
hilang segala hiba
datanglah ilham menutup tangisan
diganti dengan senyuman penuh pengharapan.
andai setitis air mataku tumpah kerananya
berganda lagi tumpahnya air matamu untuknya
ku cuba tabah! menongkat agar gagah!
moga pelangi setelah hujan ini akan terus menghiasi bumi
bukan aku tapi kamu lah pelangi itu..
doakan moga keredhaan ini bersemi buat selamanya..

ukhti,
bukan suka ku ber'andai'
harapan ku moga kasih ini bersemai selamanya
tidak berubah walaupun lain suasananya.

salam sayang dariku untukmu..

dedikasi khas buat insan bernama UAA. =) 

3 comments:

  1. salam ukht~
    maaf lama menyepi,khbar apkh kamu..

    ReplyDelete
  2. salam ukht.pe cer nhe?ceciter.apa yang berlaku.wuwuw ana x tahu pape sodeh den.

    ReplyDelete
  3. nurul : ukhti sayang... alhamdulillah ana sihat sahaja, moga 'uzlah' kamu itu ukhti lebih mententeramkan..=)

    adeq : ukhti, apa khabar mu? emm.. insyaAllah, manusia kan seringkali ditimpa ujian, yang patah tumbuh hilang berganti.. Allah ambil matahari untuk digantikan dengan bulan.. =)