twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

March 1, 2011

sirnakan ke'futur'an itu

jiwa teraba dan mencari
jalan yang patut ditempuhi
walau nampak payah dan lelah
itu semua mehna
pada sebuah perjalanan kehidupan


dulu,
kau seorang manusia yang hilang
dalam ombak dunia 
tanpa ada pedoman tanpa ada pimpinan
menceduk ilmu agama
namun,
tidak dapat memberi perasa dalam rencah kehidupan
menuju Tuhan..


saat itu,
semua sudah kurasa cukup dimiliki
insan terbaik berjaya mengenal Illahi,
walau hanya pd lisan kata-kata
walau hanya pd lulusnya cemerlang dalam periksa
walau kerana lusuhnya buku yang kandungannya ilmu wahyu semata
menatapnya menambah iman sementara
bila pulang
terbang ia entah ke mana
namun nampaknya..
ia bukanlah sebaik-baik pengisian
hati yang hidayah Allah cahaya sepanjang zaman,
kerana kecukupan itu hanyalah teori
praktikalnya masih gagal dipenuhi..


alhamdulillah,
kini baru kutemui
apa hakikatnya ilmu itu buat diri
tercebur di medan dakwah yang banyak menginsafi diri
aku bukan lah insan yang layak
kataku pd diri 
di suatu senja diri
kurangnya ilmu
banyaknya mazmumah lagi
pon bukan insan y layak dijadikan ikutan
namun
sampai bilakah alasan itu digunakan
adakah bila ajal merenggut
baru nak merungut
betapa ruginya diri
membiarkan insan lain teraba dalam kegelapan
walau tahu diri kita diberi kelebihan cahaya
adakah bila matahari terbitnya menyongsang
baru saat itu hati ingin menangis sesal


tidak!!
sedang kekasih Allah itu
nasihatnya
sampaikanlah walau satu ayat..


nah!
disisa akhir hidupku ini
langkah lah gagah
menongkah arus mehnah!
disisi insan yang turut berusaha gagah
dalam menegakkan kalimah
LAILAHAILLALLAH.

No comments:

Post a Comment

March 1, 2011

sirnakan ke'futur'an itu

jiwa teraba dan mencari
jalan yang patut ditempuhi
walau nampak payah dan lelah
itu semua mehna
pada sebuah perjalanan kehidupan


dulu,
kau seorang manusia yang hilang
dalam ombak dunia 
tanpa ada pedoman tanpa ada pimpinan
menceduk ilmu agama
namun,
tidak dapat memberi perasa dalam rencah kehidupan
menuju Tuhan..


saat itu,
semua sudah kurasa cukup dimiliki
insan terbaik berjaya mengenal Illahi,
walau hanya pd lisan kata-kata
walau hanya pd lulusnya cemerlang dalam periksa
walau kerana lusuhnya buku yang kandungannya ilmu wahyu semata
menatapnya menambah iman sementara
bila pulang
terbang ia entah ke mana
namun nampaknya..
ia bukanlah sebaik-baik pengisian
hati yang hidayah Allah cahaya sepanjang zaman,
kerana kecukupan itu hanyalah teori
praktikalnya masih gagal dipenuhi..


alhamdulillah,
kini baru kutemui
apa hakikatnya ilmu itu buat diri
tercebur di medan dakwah yang banyak menginsafi diri
aku bukan lah insan yang layak
kataku pd diri 
di suatu senja diri
kurangnya ilmu
banyaknya mazmumah lagi
pon bukan insan y layak dijadikan ikutan
namun
sampai bilakah alasan itu digunakan
adakah bila ajal merenggut
baru nak merungut
betapa ruginya diri
membiarkan insan lain teraba dalam kegelapan
walau tahu diri kita diberi kelebihan cahaya
adakah bila matahari terbitnya menyongsang
baru saat itu hati ingin menangis sesal


tidak!!
sedang kekasih Allah itu
nasihatnya
sampaikanlah walau satu ayat..


nah!
disisa akhir hidupku ini
langkah lah gagah
menongkah arus mehnah!
disisi insan yang turut berusaha gagah
dalam menegakkan kalimah
LAILAHAILLALLAH.

No comments:

Post a Comment