twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

March 4, 2011

tinta minda

Salam sejahtera bahrul wasit buat ahli alam penduduk bumi secara umumnya, salam buat insan yang mengenali diri ini secara khususnya.
jawablah salam ini duhai muslimin dan muslimat..

ingin ku kongsikan apa yang terpendam dalam lubuk hati yang paling dalam, tentang sebuah kisah perjalanan beberapa orang insan yang berjuang menuju redha Illahi, suka dan dukanya dikembalikan pada takdir yang Esa, buat mencari kekuatan dalam diri. 

tercetus dari kelopak minda, buat tatapan semua,

''wahai orang2 yang beriman, bertaqwalah kpd Allah dan carilah wasilahuntuk mendekatkan diri kepada Allahdan berjuanglah serta berjihadlah dijalanNya agar kamu beruntung''
(al maidah 5 : 35) 

dia bukan lah insan sempurna, punya kelemahan dan kelebihan, sama dengan semua.. berusaha merubah diri untuk jaminan menuju ke alam baqa'. Tekadnya hanyalah Allah. Lisannya hanyalah kebaikan. Langkahnya hanyalah mujahadah ingin mengekalkan diri dalam redha Illahi. Adakalanya langkah nya sumbang, dek laluan yang nampaknya sukar. Kekadang tekadnya goyah dek kerana ujian yang mendatang. Sesekali lisannya tersekat dek kerana penafsiran yang sukar, namun, semangatnya tak pernah malap. Bagi dirinya '' islah nafsaka wad 'u ghoiroka'' ( perbaikilah diri kamu dan ajaklah perubahan) itu cara terbaik dalam meletakkan dirinya terus dijalan yang Allah cinta. Itulah insan bergelar da'ie.

Contoh terbaik Rasulullah menjadi ikutan. Murobbi agung ummat Islam. Dituduh, dinista, ditohmah dengan pelbagai cara namun, tetap sabar dan tabah menyampaikan risalah kpd ummat nya yang dicinta. Ditinggal insan yang disayangi, di tentang insan yang pada asalnya dapat memberi kekuatan pada diri, namun, tetap gagah mempertahankan kesucian risalah sufi. Itu baginda, insan ma'sum yang sudah diiktiraf sebagai kekasih Allah. Kita? oleh itu, ujian adat dalam perjuangan. Buat mentarbiah diri yang sering alpa.

mereka bukan suci, hanya insan yang berusaha mensucikan diri. Turun naiknya iman mereka, meletakkan sejauh mana kualiti dakwah mereka. Usah salahkan mereka andai mereka silap, namun tegurlah dengan hikmah agar sama-sama dalam kebenaran. Mengharungi hidup akhir zaman yang penuh mehnah ini, dalam mempertahankan agama yang diredhai iaitu ISLAM. 

Kita tidak akan merasa, jika tidak meletakkan diri kita didalamnya. Biarpun dugaan adakalanya mematahkan kaki untuk bergerak, namun, janji kemenangan itu sentiasa dijulang. Janji Allah itu keyakinan teratas.

buat akhawatku yang kini sedang menyiapkan perancangan buat dirinya, agar tidak berlaku kecelaruan. Teruskan~ tapi jangan lupa sandarkan ketentuan Allah yang dapat melebihi segalanya. Buat akhawatku yang baru mula belajar muslehah, teruskan~ moga pengalaman itu tarbiyah terbaik buat kalian. Buat akhawatku yang sudah melerakan diri untuk berubah dan diubah, teruskan~ moga tekad itu bakal merubah dunia dengan lahirnya mujahidin dan mujahidah agama. Buat akhawatku yang berusaha untuk memulai, teruskan~ moga ukhuwah ini menhguatkan kita. 

teruskan berubah untuk merobah!  
kutinggalkan luahan ini, dengan satu ayat sebagai semangat buat diri juga semua. 

''dan janganlah kamu merasa lemah dan bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu beriman'' (al 'imran 3: 139) 

serulah kebenaran kerana kita ummat mulia,

''kamu (umat islam) adalah umat terbaik jika kamu menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.....'' (al 'imran 3 :  110) 

teruskan melangkah! 

2 comments: