twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

December 28, 2011

Allah.. 
Langkahan ini ku teruskan tanpa henti
terus mencari makna sebuah kehidupan
jauh.......... ku rasakan masih terlalu jauh......
Suka, duka, pahit, bahagia
hampir semua sudah ku rasa
namun,
bukan lah bererti ku sudah matang 
dalam menilai segala kurniaMu
tidak..
hanya ingin dikatakan bahawa
kerana masih terlalu jauh perjalanan ini
pantas masih banyak lagi yang akan kurasai..

Langkahan ini adakalanya 
laju derasnya bak air yang mengalir ke hilir sungai
adakalanya
perlahan bak batu besar yang menyekat air mengalir
adakalanya
payah bak helaan nafas selepas kencang berlari
adakalanya
berhenti bak putusnya bekalan elektrik
namun
hikmahnya
semua yang dilalui akan ada kemanisan selepasnya.

tak semua faham akan rasa ini
walau 3 hari 3 malam dikongsi
Hanya Allah tempat rintihan hati
kerana hanya Dia yang tahu segala isi sanubari

Langkah kadang nampak sumbang dek kerana dunia baru yang diceburi..
ah..
kadang aku jadi sangsi
mengapa dalam berjuta insan aku yang diletakkan disini
yakini wahai diri!
walau kadang lintasan hati yang tidak mengerti mengejek bahawa
kerana dosamu kau disini
namun alhamdulillah, bisikan iman pantas memintasi
kau tidak tahu apa yang akan terjadi
tanggapi semua yang berlaku sekarang sebagai satu hikmah
yang ingin kau sangka baik denganNya..

Allah..
ku tahu perkongsian ini hanya untuk tatapan diriku satu masa nanti
saat itu mungkin aku sedang berbahagia dengan perjuangan ini
apa yang ingin ku kongsi
sekadar luahan hati

ya Allah
bantu aku untuk tsabat dijalan ini
sehingga mati
agar redhaMu sentiasa aku kecapi
sehingga ke pintu jannah Firdausi

p/s : jangan baca jika tak sesuai dengan jiwa anda.. 

December 7, 2011

Flash card

Assalamu'alaikum, moga yang sedikit itu bermanfaat.. apa rasa anda sekarang? 

jadi....

sebentar saja... usah berlama-lama...

p/s : mencari alasan bila ada yang menggesa 'sila lar update blog anti yang dah bersawang tu'... dah update... ;) 

November 28, 2011

buat pendengar yang baik ^_^

Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Bila-bila masa saja dia beralih arah. 'Risau' jawabmu apabila ditanya mengapa berkelakuan begitu. Perjalnan menuju ke Madinah dirasakan lambat sekali lantaran kekhuatiranmu terhadapnya. Kau tahu sahabatmu itu sangat dikehendaki pihak kafir Quraish. Lantas kerana kasihkannya kau sanggup mengorbankan dirimu. Alhamdulillah, dalam berjuta manusia yang ada, Allah memilih kamu sebagai teman saat utusanNya susah dan senang. Sehingga kamu digelar As-Siddiq.

Secebis kisah berkenaan teman sejati. Dapat kita temui dalam banyak kitab sirah baik kitab turats mahupun kontemporari. Abu Bakar As Siddiq dan Rasulullah. Dua susuk tubuh yang sangat kita kenali. Ukhuwah mereka sangat menyentuh hati.

Buat U. Maratussufi Solehah

ia dilakar bukan hanya sekadar lunasan janji
tapi insyaAllah
inilah yang terlahir dari hati..
bukan untuk buat kau merasa teruja atau gembira (na'uzubillah) 
bukan juga nak buat anti rasa sangat berharga
tapi luahan moga ia menjadi semangat keramat
buat kita sama-sama terus tsabat mengemban jalan ini,
jom kita telusuri jalan yang sebelum ini kita tempuhi
panjang...payah...dan sukar..
namun natijahnya manis untuk kita telan..
nah sekarang,
Dia mentaqdirkan kita disini
masih panjang.. akan ada kepayahan dan akan ada rintangan yang sukar..
mudah-mudahan kemanisan syurga menjadi impian.. 
namun diri yang sangat lemah ini
adakalnya perlukan ruang untuk merasa
cucuhan api pembakar semangat
agar tak mudah goyah dengan pelbagai ujian
alhamdulillah
Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNya..
diberinya kamu
agar aku bisa berdiri kembali
setelah jatuh ditimpa ujian
agaknya inilah latihan kekuatan hati..

mungkin ana lahir dulu dari anti (^_^) 
tapi proses tarbiyah ini yang mematangkan anti
mungkin ana dicipta dari sekolah agama
tapi tarbiyah ini yang menjadikan akhawat seolah macam Ustazah..
kalah mereka yang dari kecil ada title 'SMA'
ukhti..
ana sangat terkesan dengan ayat
اشدد به ازري
saat Nabi Musa minta Allah beri baginda teman
diutusnya Harun a.s sebagai penguat
agar dapat melancarkan tugasan yang Dia berikan
menyebar dakwah dimuka bumi
hadirnya Harun
membantu dakwah baginda
hadirnya Harun
menampal kekurangan yang ada pada baginda
hadirnya Harun
menguatkan lagi tsabat baginda untuk terus menyebar risalah suci.
mungkin kita tak dapat jadi seistimewa Nabi Musa dan Harun a.s
tapi..
moga kekuatan yang ada pada anti
dapat disalurkan kepada ana
moga kesemangatan yang kadang menemani ana
dapat disalurkan kepada anti
walau jarak ini memisahkan
insyaAllah ukhuwah tak berpagar ini
menjadi jambatan kekuatan
buat kita sama teruskan
langkahan ini membawa penghuninya
ke jalan meraih redha Illahi.. 

terima kasih ukhti sayang... ;) 

November 23, 2011

Pengamen

dalam esak tangis, Hanak mengadu dengan sahabatnya Jannah

'' Aku dah usaha sedaya upaya, tapi gagal juga! nak dibandingkan dengan dia, tak usaha pun. Banyak main, selalu ponteng kuliah, assignment orang lain yang siapkan, tapi tetap dapat dekan, sedang aku?!''
nadanya separuh menjerit. 

'' erm.. mungkin tawakal kau kurang mantap berbanding dia'' Jannah cuba menuang air ditengan kemaraan sahabatnya itu.

'' Tiap malam aku bangun, solat diawal waktu, aku jaga lisan dari kecilkan hati orang lain, cuba jujur dalam setiap lapangan hidup, masih tak cukup lagi ke?. Entah. Terkadang terasa Tuhan ini tidak adil'' Luahnya sambil melepaskan keluhan berat. 

' Usah kata begitu, sedang rezeki yang kau ada untuk esok pun kau tak tahu, inikan pula nasib baik buruknya seseorang' kata Jannah, tapi kalam itu hanya terluah jauh disudut hatinya, takut kalau-kalau menambah berat lagi emosi sahabatnya. 

'' Tenang.'' jawabnya sepatah, mungkin itu yang lebih mampu meredakan gejolak jiwa Hanak, fikirnya. 

''........ kau pernah tak tengok orang peminta sedekah yang menyanyi mengharapkan orang bagi duit? Kat Malaysia jarang ada, tapi kat Indon banyak'' tanya Jannah

''erm... yang diorang panggil pengamen tu kan?'' jawab Hanak dalam ragu

'' yup, dalam citer apa entah yang ada Agnes Monica tu lar contohnya'' sambung Jannah mengiakan

'' Pastu apa kaitan ngan aku?'' pelik. Getusnya. 

''ok, aku nak tanya, kalau pengamen tu nyanyi lagu sedap agak-agak orang halau tak walaupun diorang taknak bagi duit?'' tanyanya lagi dan lagi.

''Mesti dengar jeq, lainlar kalau suara dia tak sedap, dengar pun tak mahu apa lagi nak beri duit'' jawab Hanak

''Kawan, camtu lar Allah. Kau pernah dengar tak ''wahai malaikat, biarkan hambaku itu terus menerus meminta, aku ingin terus mendengar suaranya'' masuk jarum

'' ..............'' Hanak bungkam.

'' Kalau kita mengeluh dengan Ibadah kita, ada something wrong somewhere kat diri kita, dari sudut niat contohnya, kau solat sebab Allah suruh ke sebab solat tu wajib?'' 

''wajib.''

''betul tapi kurang tepat, kalau kau solat sebab Allah suruh, kau akan buat saja walau tak dapat balasan dari Allah sebaliknya kalau kau rasa solat tu wajib, kau terus buat ke kalau hati kau tak yakin ganjaran dari ALLAH?'' jelas Jannah.

''emm...'' speechless.

'' Come on kawan, Allah kata dalam Al-Quran وقل اعملوا فسيرى الله عملكم kita buat saja apa yang kita mampu usaha, selebihnya pulang pada Dia, Allah lihat semua usaha kita,  kita kan selalu dengar 'student yang dapat 4.0 flat pun tak sure dapat kerja bagus atau kehidupan baik selepas grad, tu bukti yang apa pun yang berlaku, terus berusaha, doa jangan putus dan tawakal natijahnya'' hembusan nafas keluar.

'' Astaghfirullahal 'adzim'' beban terasa ringan sedikit. 

Hanak memandang wajah Jannah, perlahan-lahan senyuman terkoyak dibibirnya. 

'' betapa kasihnya Allah pada kita, takkan dibiarkan kita bersedih'' kata Jannah sambil merangkul sahabatnya dalam pelukan. 

'' terima kasih Jannah, tinggal aku saja yang nak laksanakan nya, terima kasih.'' kata Hanak membalas pelukan. 

'Alhamdulillah, moga ujian seberat ini lah yang mendekatkan aku dengan Mu' getus Hanak. 

tidak ingin dinding ini dibiar sepi
cuma semakin pantas ia berlari
dalam diam sudah lama ia tidak dijejaki
harapnya masih ada pahala yag terus terusan menanti... 
dalam older post ia takkan sunyi
itulah sunnatullah masa dan komitmen diri... 

November 13, 2011

kakak! wish me luck!!

selamat menduduki peperiksaan SPM buat adik-adik yang berada di tingkatan lima

khusus buat adik yang tercinta ;) 
mohamad noor ariffin b. mohamad khalid
moga tenang dalam iman,
dilapangkan semua urusan, 
dan pulang dengan senyuman,
apa pun,
yang penting usaha
kesungguhan yang kamu tunjukkan
akak doakan 
ia akan membuahkan kejayaan
insyaAllah... 

juga buat semua
pelajar tingkatan lima
seantero Malaysia..

وقل اعملوا فسير الله عملكم 
dan beramallah (usaha) maka akan kami lihat apa yang kamu lakukan.. 

gO0D Luck!! 
مع التوفيق والنجاح

sedikit kata-kata moga membantu melonjakkan semangat! 
majulah KALIAN untuk agama!

p/s : ipen, hutang langsai... hehe

October 25, 2011

satu natijah

salam..
masih di mood HIMPUN dan KKMM.. 
mula-mula semangat untuk pertahankan AQIDAH ummat ini
hari berikutnya pula, semangat nak didik family agar menjadi Batu Bata untuk ummah ni..
Allah, lestarikan amanah ini seiring cita-cita kami.
Rasa macam tak percaya dapat tsabat di jalan ini
dan tak percaya juga bahawa kamu lah yang akan mewarisinya, 
tapi bak kata Siti Nur haliza, percayalah....~
jadi nak tak nak, harus percaya..

baca tentang HIMPUN, macam-macam ada..
caca marba diadun menjadi roti canai., huhu..
tapi yang hakikatnya,
aku pelik dengan mereka, x faham pun ada..
semua yang di tohmah kan, tak pula aku nampak..
mungkin masih muda, 
ataupun bukan lah perisik politik yang berjaya
tapi yang nyata dan dilihat depan mata
ia hanya satu usaha dari banyak-banyak usaha untuk bo0ster ummah agar sedar akan 
tanggungjawab bersama..
silakan kalian dengan tanggapan yang sentiasa berlegar diminda.

KKMM pula,
merencana, meletakkan agenda dalam lapangan kehidupan
nak spesifiknya lagi kehidupan berumah yang ada tangga
kalau tak, tak lengkap pulak..
ada pintu tingkap tapi tak ada tangga
camne nak naik dan turun?
analogi bagi in and out sebuah rencana...

huhu..
jadi apa agaknya post kali ini
silakan membaca dengan bahagia..
kerana saat ini ia ditulis dengan jiwa selesa... 

October 17, 2011

SAMPAIKAN PESAN UMMI PADA AYAHMU

pengembaraan seorang syuhada kecil
.............

Ahmad putraku

Ummi tak tahu kenapa pagi ini kau berkeras
Pergi ke pasar untuk belanja dapur kita
Dimana biasanya Ummi yang melakukannya
katamu,"Biar Ummi di rumah,
Ummi mengaji saja di kamar
Biar Ahmad yang pergi ke pasar
Sekali ini saja."

Kau sangat berkeras
Ahmad putraku
Ummi tak ada prasangka padamu
Lelaki kecilku yang dibanggakan ayahmu juga aku
Lalu kau pun pergi membawa keping logam tersisa
Untuk ditukar dengan apa saja sekedar hidup hari ini
Ummi lalu kembali larut dalam ayat Quran cinta kita
Kemudian mendadak suara langit menggelegar

Pesawat dari neraka datang lagi
Diikuti dentum keras terdengar
serasa dekat di telinga Ummi
Lalu tiba-tiba saja Ummi merasa khawatir denganmu
lalu bergegas keluar rumah
seperti para tetangga Ummi
Mencari tahu apa yang telah terjadi
semua berlari ke arah pasar tempat kau pergi
Ahmad putraku

Lalu ummi melihatmu terkapar di jalan
Diantara raga-raga tak bergerak lainnya
Kau sekarat disana. Tanganmu saja yang bergerak
Ahmad putraku
Ummi spontan membopongmu mencari pertolongan
Di mulutmu hanya ada suara
Suara yang sangat kita kenal
"Allah! Allah! Allah! Allah!"
Lirih Lemah

Tapi menembus kuat hingga langit tertinggi
Dan Allah ternyata memberi cinta di pagi ini padamu
Juga pada Ummi
lalu kubisikkan kata di telingamu,

"Putraku tersayang,
Sampaikan pesan Ummi pada Ayahmu di syurga
bahawa
ummi akan lanjutkan perjuangan kalian
Ummi akan teruskan perlawanan kalian
Selamat jalan Ahmad anakku tersayang
Selamat jalan syahidku cintaku

Ternyata Allah telah memanggilmu pagi ini
Biarkan Ummi menangis terakhir kalinya
mengantarmu pergi ke taman kehidupan sebenarnya
dimana Ayahmu menunggu di pintu gerbangNya
Tunggu Ummi ya nak, tunggu
Kita kelak akan bersama lagi seperti dulu …
Laailahailallah Muhammadarrosulullah
Innalillahi wa innailaihirojiuuuwn…"

DISANA MEREKA BERJIHAD MENENTANG MUSUH ALLAH, DAN KITA DISINI 

MASIH LEKA DENGAN DUNIAWI

ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !

salin dan tampal : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=202990889731387&set=a.172694572761019.36979.100000614329484&type=1&theater

October 10, 2011

Menyerah pasrah

Allah...
padaMu sahaja aku pasrah
akur, alah dan menyerah..
seluruhnya sudah pudar
cintaku kian tercalar
senjaku semakin dekat
disumur dosa aku melarat
dihujung umur pasti aku kembali
sedang hatiku tak suci lagi...

Allah..
langkahku entahkan mati
mendaki kasihMu nan tinggi
namun cintaku bukan palsu
walaupun sering terganggu
kekadang terasa sayang-Mu
bersama kurnia hidayah
kekadang terasa murk-Mu
seiring patahnya mujahadah

Allah...
terlerai ribuan taubatku
terungkai semua janjiku
kataku sering mungkir
cintaMu sering terpinggir
namun
aku masih setia 
mengemis cinta-Mu dijendela usia
terus mencari wajah sebenar diri
menadah keampunan-Mu 
ya Allah ya Illahi

ya Allah
kurasakan semakin sempit yang ku lalui ini
semakin banyak amanah yang tertimbun dibahuku
semakin payah untuk ku teruskan jalan ini
tersekat dalam kebuntuan
terdampar adakalanya dalam kesakitan
yang membuatku terduduk lesu 
hanya inginkan kekuatan darimu

banyak urusan yang tidak dapat kusempurnakan
banyak juga hati insan yang mungkin tanpa sedar
ada yang ku luka kan
kerana culasnya aku dalam melaksanakan amanah ini
namun
ini dayaku dan mampuku
inilah sehabis usahaku
pada akhirnya kuserah hanya pada Mu.
ampuni aku Allah
andai ini teguran-Mu
untuk ku memperbaharui semula niatku disini
agar ikhlas sentiasa dapat ku raih 
tugas dakwah ini sangat panjang dan berliku
tapi aku ingin hidupku berakhir disini
lalu
hanya pada Mu ku mohon kekuatan
lorongkanlah kakiku untuk teruskan langkah ini
Huraikan satu demi satu apa yang menghambat langkahan
ku yakin janjiMu untuk terus bertahan.... 

adaptasi : Ustaz Pahrol Mohd Juoi buku '' dimana Dia dihatiku'' 

October 9, 2011

..demi aQidah ini...

Mengapa perlu HIMPUN?

1. Kes MURTAD Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, Lina Joy, 

2. 
‘The Herald’ yang mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam,

3. Isu ‘Al-Kitab’, isu penggunaan perkataan ‘Allah’ dan pelbagai kegiatan Kristianisasi dan dakyah mereka semakin menjadi-jadi.

4.Pendakwah-Pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital terpilih, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian. Menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam seperti makan malam Thanksgiving, memberi hadiah kepada golongan-golongan orang Islam yang mudah terdedah dan berbagai-bagai lagi.

5. Peristiwa 3 Ogos 2011 
membabitkan penyiasatan JAIS terhadap keterlibatan pihak Gereja DUMC yang cuba mendakyah orang Islam telah menimbulkan banyak reaksi daripada pelbagai pihak. Di satu pihak JAIS dan YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dikecam habis-habisan oleh pemimpin-pemimpin Kristian melalui media cetak dan media baru yang menjadi saluran kepada usaha dakwah mereka.Tidak kurang juga tindakan mempolitikkan isu Aqidah ini dalam mana parti-parti politik mengambil kesempatan meraih sokongan rakyat untuk tujuan politik mereka dengan memaparkan peristiwa itu mengikut jalur selera mereka.

Maka kita sebagai satu ummah wajib bangkit membela kedaulatan ISLAM yang semakin dicabar di tanahair kita sendiri

Apa Objektif HIMPUN?

a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media
b. 
Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011
c. 
Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
d. 
Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
e. 
Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
 
Apa Prinsip HIMPUN?

a. Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik. 
b. Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
c. Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
d. Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannyakepada masyarakat majmuk di negara ini.
e. Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.

Siapa Penganjur HIMPUN?

  1. Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN (website)
  2. Gabungan PEMBELA Islam
  3. Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA (website)
  4. Pimpinan Majlis Ugama Islam
  5. Teras Pengupayaan Melayu | TERAS
  6. Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA (website)
  7. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM (website)
  8. Pribumi Perkasa Negara | PERKASA (website)
  9. Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM (website)
  10. Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM (website)
  11. Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN
  12. Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
  13. Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS (website)
  14. Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO (website)
  15. Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
  16. Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
  17. Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM (website)
  18. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM (website)
  19. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS (website)
  20. Gabungan Persatuan Silat
  21. Gerakan-gerakan belia
  22. Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
  23. wakil-wakil rakyat beragama Islam
  24. .. dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam
DIMANA? BILA?

Himpunan Sejuta Ummat (HIMPUN) akan diadakan di 

Stadium SHAH ALAM, 
pada SABTU 22hb OKTOBER 2011, 
bermula jam 2ptg-6ptg 

Apa Kandungan HIMPUN?

  • Ucapan penganjur mengalu-alukan penyertaan para peserta himpunan
  • Alunan Asma Ul-Husna
  • Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahan
  • Nasyid bertemakan jihad mempertahankan kesucian Islam
  • Ucapan tetamu utama
  • Ucapan wakil-wakil NGO terpilih
  • bacaan ikrar mempertahankan kesucian Islam
  • Menyampaikan logo Himpunan Sejuta Umat kepada wakil-wakil negeri sebagai tanda komitmen mereka penganjuran himpunan yang sama diperingkat negeri-negeri.

Maklumat lagi tentang HIMPUN?

BILIK GERAKAN HIMPUNAN SEJUTA UMMAT
Alamat
No 45, Lorong Rahim Kajai 13
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur

Telefon03-410 60175

Apa Website,Facebook HIMPUN?

September 25, 2011

kerana kau.....

khusus buat diri dan akhawat tercinta khususnya dan sesiapa yang bercita-cita mendapat syurga disamping serikandi Islam amnya...

salam diberi pembuka bicara
jom renungkan bersama-sama.. 
wahai puteri! 
Islammu kini ketandusan pembela
bersama sendu mengalir lesu,
tertunggu-tunggu mujaddid baru..
kembangnya kini diulit sepi..
tiada lagi rajaluddin sejati..

wahai puteri,
khidmatmu dinanti..
ummah derita engkau pengubatnya...
kelembutanmu penawar sengsara..
engkau penyeri islam dan tamannya..
tanganmu bakal menggoncang dunia.
cuba kau renungkan
kau menginginkan anakmu menjadi soleh dan solehah..
gambaran bagaimana yang dikau bayangkan pada diri mereka
tetap kau harapkan kebaikan
anak yang mendengar kata
baik akhlaknya
disegani orang kerana mengikuti semua ajaran agamaNya..
namun,
lihat dirimu..
bagaimana auratmu dihadapan lelaki ajnabi?
wajarkah kau menginginkan anak yang menutup aurat jika kamu sendiri tidak rapi menjaganya..
kasihan mereka,
lihat solatmu..
hanya sekadar syarat ia ditunaikan atau penuh penghayatan..
lalu bagaimana anak kita nanti jika mereka tidak mahu mendirikannya
kita mahu apakan mereka? pukul? mencaci? 
apa kata lakukan itu dahulu untuk dirimu..

wahai sahabat puteri yang dikasihi Rasulullah.. 
malumu mahkota yang tidak ternilai harganya..
lalu wajarkah kau mempamerkan nikmat kecantikan wajah yang Allah anugerahkan kepadamu
di facebook? di blog? myspace? ingin rasanya kalian
mempamerkannya di semua kemudahan maya bukan?
agar dipuji, mendapat sanjungan tinggi, teruna menggilai...
begitukah?

nafikan kata-kata ku ini! 
lantas bertindaklah berdasarkan IMAN dihati
hatimu dekat dengan rahimmu
jika hatimu hitam bagaimana mampu melahirkan zuriat yang putih bersih fikrah agamanya
tegakkan syariat Allah dalam dirimu...
nescaya Allah akan membantumu menolong agamaNya

kita tidak segagah lelaki yang bisa merubah dunia menjadikan ISLAM sebagai RAJA alam ini..
tapi tanpa kita, akan adakah lelaki begitu?
sedarlah, 
kita yang mencorakkannya....

bertindak sekarang! 
tanam dan amalkan ISLAM dalam kehidupanmu..
jika kau tidak mahu untuk dirimu
fikirkan nanti bagaimana zuriatmu...

....  lahirnya pembela agama.  

tangan dihulur maaf diucap.. buat tatapan diri terutamanya... minta maaf salah silap... moga manfaat ini kita kongsi bersama... 

September 16, 2011

hadiah hati

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dedikasi khas buat ukhti Qaseh Wanie.. 

jom kita dendangkan bersama
lagu ingatan kita disatu masa dahulu
satu masa yang membawa hati kita menjadi masa kini
ubat hati, ada lima perkara
yang pertama baca Al-Quran dan maknanya
yang kedua solat malam dirikanlah
yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh
yang keempat perbanyakkan berpuasa
yang kelima zikir amalan perbanyakkan
kader itu tidak dikira pada kekuatannya
namun Allah tetap akan memandang jika kita berusaha untuk menjadi kuat
ingin ana kongsikan kalamNya
moga sama-sama hati kita diberi ketenangan
''bukankah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang''
cuba teka surah dan ayat berapa? ^_^
kita terlalu asyik dengan ujian
kita terlalu asyik kadang-kadang mencari ketenangan
sampai lupa untuk kembali kepada punca ketenangan itu hadir..
mulut dan hati asyik juga ingin mengeluh
jom kita tukar keluhan itu
menjadi doa kepada Allah yang sangat hampir dengan hati kita..
ukhti...
sayangnya Allah pada kamu
betul tak ujian itu yang menjadikan kamu dekat lagi denganNya?
betul tak hati itu kerap merintih Allah..Allah..Allah...
saat lemah mendatang?
betul tak anti akan ingat ana bila rasa nak luah (apakah? hehehe ;))
betul tak kadang-kadang saat kita cuba lalui ujian ini, hati kita jadi keras seperti besi...? 
panjang..... perjalanannya tp, manis..... natijahnya.,
insyaAllah..

ukhti sayang.... 
yang penting,
bersyukurlah.... masih ada rahmat disebalik ujian melemah ini
buang segala 'terkadang' yang pernah dirasa
kerana keraguan itu datangnya hanya dari syaitan.. 
beri peluang untuk diri merasa ujian itu dalam masa yang sama cuba bertahan untuk cari segala macam cara
agar ujian itu menjadi satu wasilah kegencaran selepas ini
tegar lah buat masa ini 
baru fikirkan bagaimana untuk gencar.. 

bisikan dalam hati
Allah.. ku perlu kamu untukku terus dijalan ini
jangan tinggalkan aku sendirian ya Allah..

jom ukhti....
kita sama berpegangan tangan menempuh tabah ujian 
yang memacakkan hati kita disini.. 
dijalan yang sangat Allah cinta ahlinya..

jika rasa jalan ini lah penyebab kelemahan ini
betulkan kembali niat tarbiyah dalam diri
jika situasi sebab kesakitan hati
renung kembali untuk apa ia ditaqdirkan untuk kita lalui
kita tahu Allah takkan pernah zalim terhadap kita
ini ujian untuk menempa hati 
bukan nak hati jadi keras seperti besi
yang hanya bengkok dipanah api

tapi kita nak
hati yang tak pernah mati
ambil Allah sebagai tali
tempat kita bergantung sepenuhnya
untuk lalui liku-liku hidup ini... 

disini...
didunia ini...
dijalan ini...
dimasa ini...
walau selebat mana air mata mengalir
walau sehebat mana guncangan yang perlu ditadbir..
kembalilah..
kepada sang Pencipta Taqdir
kerana
manusia itu tiada apa 
hanya Dia lah sebaik-baik tempat kita kembali.. 

-kasikuathati-
*cari pink x jumpe, ala-ala pink gitu.. huhu

November 11, 2011

secoret

......sabar ye

kerana sabar itu indah......