twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

October 25, 2011

satu natijah

salam..
masih di mood HIMPUN dan KKMM.. 
mula-mula semangat untuk pertahankan AQIDAH ummat ini
hari berikutnya pula, semangat nak didik family agar menjadi Batu Bata untuk ummah ni..
Allah, lestarikan amanah ini seiring cita-cita kami.
Rasa macam tak percaya dapat tsabat di jalan ini
dan tak percaya juga bahawa kamu lah yang akan mewarisinya, 
tapi bak kata Siti Nur haliza, percayalah....~
jadi nak tak nak, harus percaya..

baca tentang HIMPUN, macam-macam ada..
caca marba diadun menjadi roti canai., huhu..
tapi yang hakikatnya,
aku pelik dengan mereka, x faham pun ada..
semua yang di tohmah kan, tak pula aku nampak..
mungkin masih muda, 
ataupun bukan lah perisik politik yang berjaya
tapi yang nyata dan dilihat depan mata
ia hanya satu usaha dari banyak-banyak usaha untuk bo0ster ummah agar sedar akan 
tanggungjawab bersama..
silakan kalian dengan tanggapan yang sentiasa berlegar diminda.

KKMM pula,
merencana, meletakkan agenda dalam lapangan kehidupan
nak spesifiknya lagi kehidupan berumah yang ada tangga
kalau tak, tak lengkap pulak..
ada pintu tingkap tapi tak ada tangga
camne nak naik dan turun?
analogi bagi in and out sebuah rencana...

huhu..
jadi apa agaknya post kali ini
silakan membaca dengan bahagia..
kerana saat ini ia ditulis dengan jiwa selesa... 

October 17, 2011

SAMPAIKAN PESAN UMMI PADA AYAHMU

pengembaraan seorang syuhada kecil
.............

Ahmad putraku

Ummi tak tahu kenapa pagi ini kau berkeras
Pergi ke pasar untuk belanja dapur kita
Dimana biasanya Ummi yang melakukannya
katamu,"Biar Ummi di rumah,
Ummi mengaji saja di kamar
Biar Ahmad yang pergi ke pasar
Sekali ini saja."

Kau sangat berkeras
Ahmad putraku
Ummi tak ada prasangka padamu
Lelaki kecilku yang dibanggakan ayahmu juga aku
Lalu kau pun pergi membawa keping logam tersisa
Untuk ditukar dengan apa saja sekedar hidup hari ini
Ummi lalu kembali larut dalam ayat Quran cinta kita
Kemudian mendadak suara langit menggelegar

Pesawat dari neraka datang lagi
Diikuti dentum keras terdengar
serasa dekat di telinga Ummi
Lalu tiba-tiba saja Ummi merasa khawatir denganmu
lalu bergegas keluar rumah
seperti para tetangga Ummi
Mencari tahu apa yang telah terjadi
semua berlari ke arah pasar tempat kau pergi
Ahmad putraku

Lalu ummi melihatmu terkapar di jalan
Diantara raga-raga tak bergerak lainnya
Kau sekarat disana. Tanganmu saja yang bergerak
Ahmad putraku
Ummi spontan membopongmu mencari pertolongan
Di mulutmu hanya ada suara
Suara yang sangat kita kenal
"Allah! Allah! Allah! Allah!"
Lirih Lemah

Tapi menembus kuat hingga langit tertinggi
Dan Allah ternyata memberi cinta di pagi ini padamu
Juga pada Ummi
lalu kubisikkan kata di telingamu,

"Putraku tersayang,
Sampaikan pesan Ummi pada Ayahmu di syurga
bahawa
ummi akan lanjutkan perjuangan kalian
Ummi akan teruskan perlawanan kalian
Selamat jalan Ahmad anakku tersayang
Selamat jalan syahidku cintaku

Ternyata Allah telah memanggilmu pagi ini
Biarkan Ummi menangis terakhir kalinya
mengantarmu pergi ke taman kehidupan sebenarnya
dimana Ayahmu menunggu di pintu gerbangNya
Tunggu Ummi ya nak, tunggu
Kita kelak akan bersama lagi seperti dulu …
Laailahailallah Muhammadarrosulullah
Innalillahi wa innailaihirojiuuuwn…"

DISANA MEREKA BERJIHAD MENENTANG MUSUH ALLAH, DAN KITA DISINI 

MASIH LEKA DENGAN DUNIAWI

ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !

salin dan tampal : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=202990889731387&set=a.172694572761019.36979.100000614329484&type=1&theater

October 10, 2011

Menyerah pasrah

Allah...
padaMu sahaja aku pasrah
akur, alah dan menyerah..
seluruhnya sudah pudar
cintaku kian tercalar
senjaku semakin dekat
disumur dosa aku melarat
dihujung umur pasti aku kembali
sedang hatiku tak suci lagi...

Allah..
langkahku entahkan mati
mendaki kasihMu nan tinggi
namun cintaku bukan palsu
walaupun sering terganggu
kekadang terasa sayang-Mu
bersama kurnia hidayah
kekadang terasa murk-Mu
seiring patahnya mujahadah

Allah...
terlerai ribuan taubatku
terungkai semua janjiku
kataku sering mungkir
cintaMu sering terpinggir
namun
aku masih setia 
mengemis cinta-Mu dijendela usia
terus mencari wajah sebenar diri
menadah keampunan-Mu 
ya Allah ya Illahi

ya Allah
kurasakan semakin sempit yang ku lalui ini
semakin banyak amanah yang tertimbun dibahuku
semakin payah untuk ku teruskan jalan ini
tersekat dalam kebuntuan
terdampar adakalanya dalam kesakitan
yang membuatku terduduk lesu 
hanya inginkan kekuatan darimu

banyak urusan yang tidak dapat kusempurnakan
banyak juga hati insan yang mungkin tanpa sedar
ada yang ku luka kan
kerana culasnya aku dalam melaksanakan amanah ini
namun
ini dayaku dan mampuku
inilah sehabis usahaku
pada akhirnya kuserah hanya pada Mu.
ampuni aku Allah
andai ini teguran-Mu
untuk ku memperbaharui semula niatku disini
agar ikhlas sentiasa dapat ku raih 
tugas dakwah ini sangat panjang dan berliku
tapi aku ingin hidupku berakhir disini
lalu
hanya pada Mu ku mohon kekuatan
lorongkanlah kakiku untuk teruskan langkah ini
Huraikan satu demi satu apa yang menghambat langkahan
ku yakin janjiMu untuk terus bertahan.... 

adaptasi : Ustaz Pahrol Mohd Juoi buku '' dimana Dia dihatiku'' 

October 9, 2011

..demi aQidah ini...

Mengapa perlu HIMPUN?

1. Kes MURTAD Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, Lina Joy, 

2. 
‘The Herald’ yang mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam,

3. Isu ‘Al-Kitab’, isu penggunaan perkataan ‘Allah’ dan pelbagai kegiatan Kristianisasi dan dakyah mereka semakin menjadi-jadi.

4.Pendakwah-Pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital terpilih, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian. Menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam seperti makan malam Thanksgiving, memberi hadiah kepada golongan-golongan orang Islam yang mudah terdedah dan berbagai-bagai lagi.

5. Peristiwa 3 Ogos 2011 
membabitkan penyiasatan JAIS terhadap keterlibatan pihak Gereja DUMC yang cuba mendakyah orang Islam telah menimbulkan banyak reaksi daripada pelbagai pihak. Di satu pihak JAIS dan YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dikecam habis-habisan oleh pemimpin-pemimpin Kristian melalui media cetak dan media baru yang menjadi saluran kepada usaha dakwah mereka.Tidak kurang juga tindakan mempolitikkan isu Aqidah ini dalam mana parti-parti politik mengambil kesempatan meraih sokongan rakyat untuk tujuan politik mereka dengan memaparkan peristiwa itu mengikut jalur selera mereka.

Maka kita sebagai satu ummah wajib bangkit membela kedaulatan ISLAM yang semakin dicabar di tanahair kita sendiri

Apa Objektif HIMPUN?

a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media
b. 
Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011
c. 
Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
d. 
Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
e. 
Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
 
Apa Prinsip HIMPUN?

a. Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik. 
b. Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
c. Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
d. Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannyakepada masyarakat majmuk di negara ini.
e. Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.

Siapa Penganjur HIMPUN?

  1. Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN (website)
  2. Gabungan PEMBELA Islam
  3. Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA (website)
  4. Pimpinan Majlis Ugama Islam
  5. Teras Pengupayaan Melayu | TERAS
  6. Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA (website)
  7. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM (website)
  8. Pribumi Perkasa Negara | PERKASA (website)
  9. Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM (website)
  10. Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM (website)
  11. Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN
  12. Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
  13. Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS (website)
  14. Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO (website)
  15. Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
  16. Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
  17. Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM (website)
  18. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM (website)
  19. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS (website)
  20. Gabungan Persatuan Silat
  21. Gerakan-gerakan belia
  22. Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
  23. wakil-wakil rakyat beragama Islam
  24. .. dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam
DIMANA? BILA?

Himpunan Sejuta Ummat (HIMPUN) akan diadakan di 

Stadium SHAH ALAM, 
pada SABTU 22hb OKTOBER 2011, 
bermula jam 2ptg-6ptg 

Apa Kandungan HIMPUN?

  • Ucapan penganjur mengalu-alukan penyertaan para peserta himpunan
  • Alunan Asma Ul-Husna
  • Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahan
  • Nasyid bertemakan jihad mempertahankan kesucian Islam
  • Ucapan tetamu utama
  • Ucapan wakil-wakil NGO terpilih
  • bacaan ikrar mempertahankan kesucian Islam
  • Menyampaikan logo Himpunan Sejuta Umat kepada wakil-wakil negeri sebagai tanda komitmen mereka penganjuran himpunan yang sama diperingkat negeri-negeri.

Maklumat lagi tentang HIMPUN?

BILIK GERAKAN HIMPUNAN SEJUTA UMMAT
Alamat
No 45, Lorong Rahim Kajai 13
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur

Telefon03-410 60175

Apa Website,Facebook HIMPUN?