twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

November 7, 2012

STML

Subhanallah.. fuh..fuh.. sapu sapu sikit, bagi febreze sikit, masyaAllah, sangat berhabuk sehingga menjemput pelbagai bakteria berbahaya untuk menyinggah (sila tengok apa jadi dengan chatbox saya, baca dan jangan lupa istighfar)

mencuri masa mengisinya dengan penuh manfaat, selagi ada masa..

Seputar kisah seorang insan yang berusaha mengubah dirinya kepada yang lebih baik...

AYUH teruskan! 

Dulunya dia rombing 
meraba walau dalam cahaya 
kini dia memberi cahaya walau kadangkala 
terpaksa juga bertatih dalam memberikan cahaya 

dulunya dia tempang 
walau kedua kaki gagah berjalan 
mana taknya
sebelah lagi berat dengan dosa 
sehingga laluan kebenaran yang mudah ditelusuri dipatahkan oleh 
kebatilan yang tidak disedari 

kini 
kedua kakinya melangkah gagah 
walau kadangkala terhincut kepayahan 
walau kadangkala tertekuk lutut tanda kekerdilan
namun 'tempang' kali ini demi sebuah kebenaran 

dulunya dia kabur diselubungi keindahan panorama dunia 
leka memerhatikan rama-rama palsu 
dikebun bunga sementara 
merasa setiap apa yang diingininya 
tanpa ada nada sesal walau natijahnya membawa durjana 

kini..
dia tidak peduli 
walau rama-rama diganti dengan ular berbisa 
walau kebun bunga indah diganti dengan sawah kering kontang 
berjalan diatasnya 
seolah-olah menyiksa diri memijak duri 
kerana apa?
kuatnya pada satu janji 
dia bakal memasuki kebun hijau yang kekal, 
bakal menyentuh rama-rama yang sebanding dengan bidadari, 
rupanya ia lebih indah 
dari sinaran mentari.. 

mode : berusaha setting niat yang buat thesis ni pun satu dakwah! Chaiyok!!