twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

November 30, 2010

Oh Qiamullail ku..

assalamu'alaikum, argh!!!! nak menulis tapi kekurangan idea, insyaAllah, mudah-mudahan, idea yang diberi pagi ni dapat memberi serba sedikit pengisian ku..

Lagu Hafiz Hamidon bertajuk cerita hati kedengaran sebagai ringtone alarm, berulang kali semakin lama semakin kuat. namun Abdullah....

''emmm.. baru jam 4.25 pagi, ada lima minit lagi'' mungkin saat ini syaitan sedang berguling-guling ketawa gembira kerana berjaya menghasut hambaNya.

Lagi, lagi dan lagi alarm itu menjalankan amanahnya. Namun, si pemberi amanah tidak juga menunjukkan tanda-tanda untuk bangun.

'' Allahu akbar..Allahu akbar!'' suara azan kedengaran.
'' ya Allah! dah masuk subuh?! Astaghfirullahal 'adzim qiam aku'' Abdullah bingkas bangun meraup muka berulang kali sambil menggelengkan kepala. Bibirnya tidak berhenti meratib isitighfar. Sesak nafasnya, sempit jiwanya dengan rasa penyesalan yang menebal.

Tersedar waktu subuh semakin berjalan, Abdullah bingkas bangun dan membersihkan diri. Usai solat, Abdullah membiarkan dirinya bermuhasabah. Sebak kerana tidak dapat menunaikan janji untuk bertemuNya malam tadi.

''Apa dosa yang aku buat kelmarin sampai susah nak bangun malam tadi'' Abdullah bertanya dirinya sendiri.
Satu demi satu kekhilafan yang dilakukan menari-nari ditubir matanya diiringi dengan istighfar.

''Ah! mungkin saat ini syaitan sedang menghasut supaya aku terus-terusan serba salah pastu putus asa dari keampunannya'' pujuk Abdullah apabila tersedar dari lamunan yang panjang. Lamunan yang tiada jawapan.

Ma'thurat dicapai dan dibaca perlahan. Alhamdulillah, seolah ada cecair ketenangan yang mengalir. Diulang beberapa kali bacaan saiyidul istighfar sambil mengharap agar kekesalan ini tidak berulang kembali. Benrlah, dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang ( ar Ra'du 13 : 28)

Ada sama tak diri kita dengan Abdullah? Jawapan ditangan anda. ( ingat alhanun).Kasih Allah itu tinggi tandanya kita diuji. Tidak dapat bangun qiamullail? cek amalan disiang hari...

November 29, 2010

Bebas Palestin

jaisyu muhammad saufa ya'ud!!!
(tentera Muhammad akan kembali) 
dalam menghadapi fatrah imtihan..
jangan lupa pada saudara kita yang sentiasa di uji ini.. 

wahai saudaraku di palestin!
teruskan perjungan kamu!
diriku tidak mampu bersama kalian mengangkat senjata
namun..
semangat dan doa kami tetap hidup 
buat kalian semua....!!

wahai yang mengucapkan kalimah Allah!
yang mengaku Islam itu agama mereka
doakan saudara kita,
ingati mereka setiap masa dalam doa kalian :

اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِ أَعْدَاءِنَا، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلابِكَ، يَا قَهَّارُ يَا جَبَّارُ، يَا مُنْتَقِمُ، يا الله، يا الله، يا الله،
اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.

Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”

boikot produk mereka.. anda mampu mengubahnya!!

November 24, 2010

EDCOUSTIC- Sendiri Menyepi

teringat satu kata-kata : fal yakul khoiran au liyasmut! ah, andai teringat ini diri jadi malu kerna diri bukan yang itu, namun benar, senyap itu pagar yang paling berkesan dan tidak penat.. pergilah duhai diri, menyepi seketika, bertafakur dan beruzlah untuk pembaikan...

mungkin bukan senyap mulut tp senyap dari satu sudut yang memungkinkan pembaikan..
salam mujahadah buat kau alhanun Nur!

November 22, 2010

salam kerinduan..

untuk kaliannn... 
Buat ukhtiku yang dikasihi kerana Allah..

seringkali ku tersenyum tiap kali kau menintakan lafaz cinta dan kasih..

Sungguh, sedalam mana kau mencintaiku, tentu kasihku padamu seluas lautan tak bertepi, sedalam lautan tak berdasar,

namun ku tak betah menuturkannya di depanmu duhai sahabatku..

apatah lagi membalas jawapan kasihmu itu..

kerana seringkali aku takut…

aku takut disaat aku menuturkan lafaz cinta itu..

aku tidak mampu melepaskan dikau pergi dari hidupku..

kerana…

diari seorang ukhti itu…

setiap ukhti akan datang dan pergi…

ada yang tidak akan ditemuinya berkurun lama..

ada yang akan terus hanyut dibuai lautan dunia penuh badai..

ada yang masih terus bersama, namun berada di bawah teduhan lain pula…

seringkali jalan ini mengajarku untuk berkasih seadanya, mencintai semampunya…

kerana kepahitan di saat berpisah itu terasa kesat dihati ini dan air mata yang mengiringnya tidak mampu ditanggung oleh seberkas hati kecil ini…

cukuplah cinta ini bermuara di hatiku tanpa ucapan..

biarlah senyumanku, tawaku, dan keprihatinanku padamu melukiskan kasihku yang dalam padamu…

Dikaulah lilin yang menerangi hari suramku ukhtiku,

dikaulah pengejut jiwa yang terkadang mengantuk ini,

dikaulah penolak hati di kala di diri ini lemah…

sayang padamu kerana dikaulah antara yg menyelamatkan imanku…

Dan aku mencintaimu sepenuh hatiku..

Duhai buah hatiku yang dirindui atas cintaNya…

di saban waktu.

salin dan tampal : u.Wanie

p/s : buat kalian yang sentiasa diingati, namun sukar untuk ditemui..u.adeq, u,aini, u.wani, u.dr Ayu, u. Diana, u.aisyah Rahban, u. Ayu UPM, warga Hadim (UTM), warga MT (UKM), warga BD ( UPM), warga BT (UPSI), tidak lupa buat u. Laili & u,Husna (RI Kahfi), tak lupe buat sahabat yang selalu diingati u.Djah UPSI..
 biarlah rindu ini menjadi penguat untuk kite terus berjalan di jalan ini.. kerana tanpa jalan ini, tidak bertemulah aku dengan insan seperti kalian..
        
November 19, 2010

buat ibu

assalamu'alaikum buat semua, tinta penulis buat insan bernama ibu/ emak / mama/ ummi/ walidah...

saat ini  mata yang tidak mahu lelap
lantaran memikirkan exam semakin hampir
namun persiapan, tak kunjung sempurna
tiba-tiba...
terbayang wajahmu emak
semalam baru ku menatap wajahmu
banyak kedutan namun kau tetap menawan..
kelmarin baru ku memeluk tubuhmu yang kurus 
masih gagah menghayun langkah.. 
masih terasa pelukan itu 
melahirkan kerinduan kehangatan yang tiada pengganti
senyumanmu mencair resah lantaran dugaan dunia yang datang silih berganti..
kau bisikkan kata keramat
itulah kehidupan...
hari ini..
aku disini, meninggalkanmu
demi menghirup titisan ilmu.
maafkan diriku, adakalanya 
tidak mampu membalas yang terbaik..

mak......
emak...
sentiasa ku menjengah wajahmu
ditirai kebosanan diriku saat buntu menanti ilmu itu meresap
ciumanmu masih segar dirasai
dalam dakapan mesra kasih
meniup semangat agar terus bertahan..

semalam..
ku melihat kau menangis
lalu kutanya, apa sebabnya..
kau katakan ''maaf anakku, ku tidak dapat memberi ang terbaik buat dirimu''
emak..
dikaulah yang terbaik
jika tidak..
mana mungkin anakmu disini
dimenara gading impian semua insan..
jika tidak..
mana mungkin Allah aku kenali
cinta sejati membawa kita menuju kebahagiaan hakiki
jika tidak..
mana mungkin mulut ini bisa mengungkapkan doa buat dirimu
hanya itu yang ku mampu..
ketahuilah.. dikaulah yang terbaik! 

emak..
setiap langkah dan derapku
ada kamu yang mengiringi
kau pembangkit semangat kejayaanku..
kau lah.. ratu hatiku..

emak mithali impian sanubari...
p/s : hargai mereka saat mereka masih ada dihatimu juga dihadapanmu...

November 14, 2010

ujian tanda kite diperhatikan.

Nur merenung mencari hikmah

''ya Allah! minyak motor ni habis pulak'' rungut Nur namun lekas dirinya beristighfar,

'ujian itu tanda sayangNya' bisiknya perlahan memujuk dirinya supaya bertenang.

Lantas dicapainya handphone didalam poket mencari nama sahabat yang boleh diminta bantuan. Dengan lafaz bismillah, dia menekan punat call.

'tut...tut..tut..tut..' hanya itu jawapan yang diperolehinya. Hampa. Setelah cuba mendail beberapa orang sahabat namun tiada jawapan.

'Mereka solat barangkali' pujuk hatinya menyahkan perasaan su'u dzon yang hampir menguasai. Dicubanya sekali lagi, kali ini alhamdulillah, suara u.Nor melegakan hatinya.

''ye Nur, nape?'' tanya u.Nor.
''asif ukhti, motor ana habis minyak ni, sekarang di round about kat tepi jalan belah kiri, ana x solat maghrib ag ni, minta tolong anti belikan minyak bleh x?'' terang Nur panjang lebar.
''Allah, sabar ye ukhti, hari ni sayang betul Allah ke kamu, jap ag ana ngan k.ilin datang'' suara u.Nor yang lembut itu menenangkan perasaan Nur. 
''jazakillah ukhti'' lantas menamatkan perbualan. 

*******

''Assalamu'alaikum pakcik, ade nampak wallet warna hitam tak di seat blakang teksi pakcik?'' tanya Nur.

'' Minta maaf nak, xde pulak, nape?'' tanya Pak Din kehairanan.

''Oh, xpelah macam tu, minta maaf ye pakcik, kalau ade tolong hubungi saya semula ye'' pinta Nur.

Selang beberapa minit Nur menghubungi Pak Din semula, jawapan yang diterima tetap sama. Tiada. 'Subhanallah, ini kah sebabnya mengapa keresahan menghantui sejak pagi tadi?' monolog Nur.
Zikir ma'thurat bermain dibibirnya menenangkan hati yang galau.

'Innaka ni'mal maula wa ni'mannasir, la haulawala quwata illa billahil 'aliyil 'adzim', ratibnya perlahan.

''Assalamu'alaikum ukhti, asif, wallet ana hilang, kad ATM, IC, tiket balik kampung dan kad tren anti lesap semua'' terang Nur untuk meminta pendapat sebaik suara pemanggil kedengaran. Nur menelefon u.Min memandangkan dirinya blurr atas kejadian yang berlaku.

''Innalillahi wa inna ilaihi raji'un, bila perasan hilangnya?'' tanya u. Min sambil bernada cemas.

'' Baru je ni tp alhamdulillah dah beli tiket untuk pulang ke Nilai'' jawab Nur.

'' Ok2, anti balik dulu, t kite settlekan kat umah, emm.. tp kan ukhti, akak rasa baik anti terus buat report kat balai polis Nilai masih di kawasan Negeri Sembilan lagi tu, tentang tiket balik kampung tu xpelah, esok ana try carikan ye'' tersenyum Nur mendengar kata2 akhawat yang sangat dihormatinya itu.

'' camne ana nak beli tiket train'' tanya Nur lagi.

''em.. tawakal boleh x? insyaAllah, guard x jage pagar masuk'' cadang u.Min.(don't try this at home)

''.....jazakillah ukhti, ana x tahu nak cakap pe'' balas Nur sambil menahan sebak.

'' xpe, hati2 pulang, assalamu'alaikum''

''wa'alaikumussalam'' jawabnya sambil menekan punat end call.

Nada mesej kedengaran menandakan mesej masuk. Read. Ooo.. mesej dari Diana rupanya.

''Salam ukhti, ant ok?'' tanya Diana
''Em., nope, doakan ana ye'' jawab Nur.
''Mengapakah?'' sambung Diana.
'' haha, musibah menguji, wallet hilang kat bus stand ni'' jawab Nur lagi.

November 12, 2010

jatuh CINTA atau jatuh NAFSU

Kata orang barat  "What's the fuss all about?"

Hari ini saya ingin mengajak saudara meneliti permasalahan ummat yang berlaku kini khususnya bagi golongan muda belia yang masih lagi baru dalam meniti hakikat kehidupan.

Permasalahan mengikut usia. 

Apa yang dapat saya lihat, kebiasaannya masalah bagi golongan muda adalah mengenai hubungan atau percintaan. Masalah kepada mereka yang sudah berumah tangga lebih kepada permasalahan daipada aspek tanggungjawab kepada keluarga, kecurangan dan juga politik tempat kerja. Mereka yang berada dalam kategori kepimpinan pula permasalahannya lebih kepada korupsi dan penyelewengan, tidak kira sama ada daripada golongan ‘ikan bilis' hinggalah ke ‘jerung besar' dan daripada parti Islamik, komunis, sosialis mahupun sekularis.

Melihat kepada rancangan televisyen, dapatkah anda  menilai betapa banyaknya filem, teledrama, telefilem bahkan apa rancangan sekalipun yang membincangkan mengenai cinta sesama manusia? Dalam ruangan akbhar pula, akhbar manakah yang tiada ruangan kaunseling cinta? Berapa banyaknya majalah yang menerbitkan tentang hubungan sesama manusia dalam erti kata cinta yang tidak sah? Cuba anda lihat pula pada diri anda sendiri atau setidak-tidaknya pada mereka yang sebaya dengan anda. Berapa ramaikah di antara mereka yang  mempunyai kekasih pujaan hati? Jawapannya bukan sahaja ada, bahkan terlalu banyak dan barangkali sudah menjadi darah daging!

cepat2 sambut hidayah ni..

Bermula mungkin daripada persahabatan, lewat sistem pesanan ringkas (SMS) ataufacebook. Setelah beberapa lama, pertemuan diatur. Kemudian, keluar berdua-duaan. Malu-malu. Segan-segan. Selepas itu, bermulalah adegan ayang-ayanganje-anje. Mula berpegangan tangan. Perhubungan ini diisi dengan madah cinta yang sangat romantis.

Cinta suci...

Cinta agung...

Semoga perhubungan diberkati dan kekal...

Setelah itu, mungkin ada yang ke jinjang pelamin dan mendirikan rumah tangga dan mungkin pula daripada berpegangan tangan mula melangkah lebih maju dalam keadaan yang tidak baik.

Malaysia Boleh katakan...

Di akhir cerita lahirlah anak luar nikah. Paling tidak, kehormatan diri sudah tergadai atau mungkin hampir tergadai. Barangkali situasi ini tidak berlaku kepada semua pasangan tetapi hal ini berlaku hampir kepada semua.

Kita lihat pula pada sikap mereka yang berada dalam situasi ini. Sanggup lakukan apa sahaja, betul? Sanggup membelanjakan wang dan mengorbankan masa. Sanggup melayan dan menahan banyak kerenah. Sanggup menyerahkan tubuh badan untuk dijadikan sebagai persembahan ‘cinta teragung'. Lebih dahsyat lagi ada yang sanggup menukar agama kerana sayangkan kekasih hati.

Lihat pula kepada perbualan harian mereka.

"Kenapa dia tak call aku hari ni?"

"Dia suka aku ke tak? Sayang aku ke tak?" 

Kalau nak dengar dengan lebih lanjut, saya mencadangkan supaya dengan tak malunya sila duduk di sebelah mereka yang sedang berpacaran dan dengar perbualan mereka. Jika ingin jalan selamat supaya tidak dimaki, tonton sahaja TV3.

Sekarang harap anda mula melihat dengan jelas. Sejujurnya hal ini adalah masalah yang berlaku dalam golongan muda-mudi kita. Kita disibukkan oleh permasalahan sebegini remeh.

Cinta itu juga satu ciptaan. Bukan Pencipta. Cinta bukan Tuhan!

Bukankah cinta itu telah Allah ciptakan kepada manusia sebagaimana Dia menciptakan pancaindera manusia dan akal manusia. Jadi boleh sahaja kita katakan bahawa cinta itu cuma satu jalan daripada jalan-jalan yang telah Allah kurniakan kepada kita untuk mencari redaNya. Sayang... Kita menjadikan jalan itu sebagai matlamat sedangkan matlamat sebenarnya sudah hilang ke mana. Jadinya, secara tidak sedar kita telah terlampau mengagungkan kalimah cinta dan cinta itu sendiri.

JATUH CINTA 
atau JATUH NAFSU?

Bukankah sudah jelas dalam al-Quran dinyatakan bahawa syaitan akan menampakkan sesuatu yang buruk itu sebagai sesuatu yang baik pada pandangan kita?

Berpegangan tangan. Bercumbu mesra. Peluk-memeluk. Tangan menjalar merata diiringi kalimah-kalimah yang manis puji-memuji. Kadang-kadang siap berdoa supaya kasih akan terus berkekalan. Poorah! Bila sudah perut membesar, barulah tersedar dan tersentak. Bila keluarga si perempuan bawa "abang-abang besar" suruh bertanggungjawab barulah rasa kecut dan takut.

Haq dan batil tidak boleh bercampur. Islam itu lahir daripada keruntuhan jahiliah. Kita ini terbalik pula. Islam itu jadinya pada kita bercampur dengan jahiliah. Maka patutkah Allah reda dengan tindakan kita? Sepatutnya kita melihat melalui kaca mata al-Quran yang sudah terang haq dan batilnya. Bagaimana indah sekalipun jika yang batil itu dicantikkan oleh syaitan, kita tetap akan sedar betapa buruknya apa yang kita lakukan, betapa jijiknya dan kotornya dosa yang kita lakukan itu.

Berhenti dan
 Periksa diri Anda.

Kita bukanlah manusia yang sempurna daripada segala salah dan silap. Kita seharusnya sedar jika telah berbuat kesalahan dan melakukan perubahan. Itulah yang membezakan Adam dan Iblis. Kedua-duanya membuat kesalahan tetapi Adam bertaubat sedangkan Iblis telah bersumpah dengan angkuh dan sombongnya untuk menyesatkan anak cucu Adam sampai hari perhitungan. Berhenti dan periksa diri kita, muhasabah kembali tiap perlakuan kita. 

Semoga apa yang tertulis ini mampu memberi sedikit kesedaran kepada saya dan anda.

 Wallahua'alam.

no couple b4 married

salin dan tampal,

www.iluvislam.com
Oleh: tajulrijalannuar
Editor: Rasailul Ashwaq

monolog semalam

Pedih mencengkam jantung hati, Nur termenung jauh, entah mengapa tiba2 perasaan rindu pada mereka yang turut sama berjuang menjemput. Namun, ia disertai dengan rasa penyesalan dan risau. Ya Allah, terasa macam banyak pula buat salah kepada mereka, getus hatinya. Resah, seolah-olah menanti hukuman. Kasihan mereka adakalanya tanpa sedar aku menceritakan tentang dirinya. Walau niatnya untuk mencontohi kebaikan dan mencari penyelesaian akan masalah dirinya. Oh hati, tetaplah dikau dalam mematuhi syariat Allah!Setelah di layan semua rasa itu baru dia tersedar, kembali kepada Allah. Saat untuk merintih kepadaNya telah tiba. Dia rindukan rintih suaramu barangkali. Sibuk dengan urusan dunia sehingga kau alpa untuk merintih kepadaNa. Usah lengah, teruslah bertindak.'Andai ingin bercakap dengan Allah, dirikanlah solat, jika ingin Allah bercakap denganmu, bacalah Al-Quran' terbayang kalimat keramat ini.

Wudhu' diperbaharui, saat ini Nur merasa sebak seiring dengan aliran dingin air yang mengalir membasahi anggota wudhu'nya. Terdetik, Ya Allah.. andai ciptaanMu ini sejuk dan mententeramkan, Kau izinkanlah aku merasakan tenangnya keampunan dariMu.

''Allahu Akbar'' lirih suara hati Nur melaungkan takbir. Cuba untuk khusyuk dan menghayati solat taubat ditengah kesunyian malam itu. Sambil hatinya beristighfar memohon keampunan.

*******

''assalamu'alaikum warohmatullah''
'' Segala puji bagiMu ya Allah, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga baginda serta sahabat baginda. Ya Allah! ampuni dosaku dosa kedua ibubapa kami dan kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak dari kecil. Ya Allah, kau lembutkanlah hati orang2 disekelilingku untuk memaafkan kesalahanku. Aku insan yang serba lemah dan hina ya Rabb. Adakalanya cuba menjadi yang terbaik di mataMu namun tanpa kusedari, khilaf pula yang kulakukan. Ampuni setiap tuturku, kelakuanku yang menyimpang bukan keranaMu. Bisikan hati kecilku yang mendekati murkaMu dan akalku yang jauh dari memikirkanMu. Moga dengan keampunanmu dapat meraih kemaafan mereka kepadaku. Hidupku memerlukanmu disetiap helaan nafasku ya Rabb. Perkenankanlah wahai tuhan Yang Maha Pengampun''

Usai melipat telekung dan sejadah, handphone dicapai. Jari menari laju menekan keypad membentuk bait kalimah. Dari hati turun ke jari turun ke skrin.

'' salam, ukhti, ia takkan mengubur resah andai tidak diluah. Maafkan diri ini andai pernah berbuat kesilapan samada yang disedari atau tidak. Keampunan Allah itu sangat diharap kemaafan kalian pula sangat ku pinta''

dengan lafas bismillah punat send ditekan.
(mesej sent)

Lega. Itu perkataan terbaik dapat diungkapkan selepas melakukan kerja 'pembersihan' tersebut.

Selang beberapa minit kemudian, balasan dari mereka bertubi-tubi memasuki inbox. Ada yang berbaur kerisauan, ada yang takut adakah aku sakit,  x kurang juga ada yang membalas dengan gurauan, buat menghibur lara.Mungkin x kurang juga yang memikirkan '' biasalah, kan nak pekse'' hanya Allah yang Maha Mengetahu suara hati mereka.  ''Mungkin pada pandangan mereka, aku ada masalah ni'' getus hati Nur.''

Alhamdulillah'' ucap Nur sambil tersenyum.

Terkesan dengan respon salah seorang dari mereka berbunyi :

'' Saat Allah S.W.T menyintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian diganti dengan harapan dan keinginanuntuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik : KU TAHU BILA ALLAH MENYINTAIKU IAITU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKU. salam istighfar dan asif jiddan ye kak''

''Terima kasih kalian, bagi yang risau, tiada apa ukhti, biasalah terkadang kita merasa bersalah lantas ingin meminta maaf. Moga ini yang dinamakan hidayah. Ada seorang pemuda bertemu Rabiatul Adawiyah salah seorang ahli sufi dan bertanya kepada beliau, ''adakah Allah masih ingin memberikan aku hidayah dan keampunan'' Rabiatul Adawiyah menjawab '' ya, jika tidak, masakan kau dikurniakan rasa ingin bertaubat'', bisik Nur. Walau mungkin mereka tidak mendengar tp Nur tahu, mereka turut pernah merasa pengalaman sebegini.

Harapan Nur agar kalian teruskan perjuangan. Kalian sahabat yang baik. Moga menjadi peneman ke syurga.

p/s dari Nur : buat u.Zila UTM, u.Yani, u,Hdayah n u.Wani, jazakunnallahu khoirul jazak atas responnya. u.adeq jazakillah kerana memaafkan, u.GMS & u. Ima, jawapannya sudah kuberikan, syukron ya ukhti, u.Maryam & u. Solehah, subhanallah, kata2 y kalian berikan sangat membekas dijiwa. Pada semua yang tidak disebutkan namanya, terima kasih juga yang tidak terhingga.

alhanun Nur pun nak tumpang minta maaf sekali andai diri ada melakukan perkara yang mengguris hati semua sama ada sedar atau separa sedar atau xsedar sehingga disedarkan, buat semua yang mengenali atau x mengenali tp pernah terasa dengan penulisan yang ditulis. Maaf kalian menjadi bekal untukku meneruskan kehidupan. Salam imtihan buat mereka yang ingin menduduki peperiksaan dan salam najah tawakkal buat mereka yang telah menduduki peperiksaan.

sekian, wassalam..

November 11, 2010

kebesaranMu

Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milikMu
mencintaiMu sejati

ku manusia yang penuh dosa
mengharap ampunanMu
lihat dilangit
kesempurnaan hadirMu
Kau cinta pertama dalam hidup
insyaAllah..

Allahu akbar Maha Besar
memujaMu begitu indah
selalu Kau berikan semua

kebesaranMu Allah..

kala kesunyian Dia hadir
kala keresahan Dia menenangkan..
namun hambaNya terus2an melupaiNya
melanggar laranganNya
mengabaikan hidayahNya

oh..
zalimnya kau terhadap diri..
dirimu ingin merasakan bahagia
namun...
kesenangan sementara itu juga yang kau harapkan
kembalilah kepadaNya..
kerna..
satu hari nanti kau pasti menuju kearahNya..

duhai diriku, insaflah...

November 10, 2010

lamunan...

Timbang2 diri dimana letak hati

Jika tak kelihatan lekas koreksi rohani

Jangan biar ego menguasai

Jangan biar mazmumah mebutakan mata hati

Tiba-tiba….

Tersentak diri tersentuh hati

Dosa silam dating menghantui..

Diterpa Malu..malu.. inilah aib sendiri

Allah itu Maha Mengetahui

Kumohon ya Rabbi

اسطر عيوبي يا كريم!!!

Saat ini mungkin terasa down

Lantas syaitan membisik nista

Tiada keampunan buat insan berdosa sepertimu

Lantas, kita bersikap putus asa dari keampunanNya

kalamNya lembut menyentuh atma

‘’katakanlah buat hambaku yang melampaui batas terhadap diri 

Mereka sendiri,jangan berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya
 Allah mengampuni dosa2 semuanya kecuali dosa syirik kepadanya
Sungguh! Dialah Maha Pengampun Maha Penyayang’’ ( az zumar 39:53)

Mungkin juga iman sedang memuncak

Menari rancak menyerikan ibadah

Lalu, rembesan air mata menitis saat terkenang dosa silam

Agar menjadi pedoman tidak mengulngi kesilPan

Saat ini, iman tinggi atau rendah, mendatar atau menjunam

Ambil Al-Quran..

Ubat mujarab segala kesakitan, terutama rohani

Ubat menuju jalan yang lurus..

‘’sesungguhnya, kami menurunkan Al-Quran kepadamu dengan membawa kebenaran untuk manusia, barangsiapa mendapat petunjuk maka petunjuk itu untuk dirinya sendiri, dan sesiapa sesat maka sesungguhnya kesesatan itu untuk dirnya sendiri, dan engkau Muhammad, bukanlah orang yang bertanggungjawab kepada mreka’’ (39 : 55)

Alhamdulillah, jika niat benar

Hati akan basah disiram embun hidayah

Yang mengalir saat hati kegersangan akibat penyakit

cintakan dunia..

Pepatah bermadah..

العقل السليم في الجسم السليم
 
القلب السعيد في اللإيمان السعي

Bagaimana nak dapat iman yang sohih?

Dengan mewajibkan diri melaksanakan amalan wajib

Dan memaksa diri melakukan amalan sunat

Bukankah jika hidup ini tidak akan sempurna jika 

Tiada elektrik dirumah sedangkan cahaya mentari  itu sudah cukup untuk
 menerangi..

Renung2kan… selamat beramal…

P/s : penulis menulis untuk dirinya, harap sama2 dapat dikongsi.. penulis hanya insan biasa yang cuba menjadi solehah wa muslehah..

November 9, 2010

pembaharuan..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang, biiznillah...
setiap orang pasti ingin malakukan pembaharuan kan? tapi, sewaktu dalm proses tu pasti ada sedikit kekelam kabutan.. begitu juga dengan pemilik blog mencari makna kehidupan ini dulunya da'wah.. maaf para pembaca yang dihormati sekalian, kalian boleh terus membaca blog ni tapi abaikan lah susunan sekalian yang ada dalam blog ni ye, sabaq sat, sikit masa lagi, insyaAllah akan pulih

pesanan dibawa dari blogger

sekalung ucapan buat mereka yang menjayakan jaulah ukhuwah..

Alhamdulillah, setelah berusaha bersabar atas sebab mslh internet dapat juga melakar coretan. Kesabaran yeah!.
Minggu ini menerima kunjungan sahabat lama, akhawat UM, UITM dan UPM. kalian memang membawa berkat. Makan tengahari yang sederhana tapi cukup mengenyangkan (n_n)  Jazakunnallahu khoirul jaza'. Asif, sambutan tidak seistimewa kehadiran kalian. Tiada makanan sedap2, tiada acara menggembirakan hanya layanan dapat diberikan. Semalam dapat msg dari sorang akhawat ni n katanya akan bertandang khamis ni. Tafaddholi ya ukhti, Raudhatul Wardah sentiasa mengalu-alukan kehadiran kalian. Kata sorang akhawat yang datang kelmarin, ''xpelar akak, tetamu datang kan bawa berkat'', ish.. akak pula yang jadi malu ukht. Anyway, thankz.. kKA. Terima kasih juga buat ukhti husna mumtazah yang sudi menjadi pembekal kenderaan. Harap2 dapat ajar ana drive keta plak lepas ni ye, sangat berjasa.

Terima kasih kalian, ukhti timah : teruskan dengan perjuangan kamu, habis sume citer lama kita bongkar balik. Tak berubah ya kamu, sayur tauge n lipas.. jaga2 kamu! . iQa : tQ beri kami bermalam, kugembira melihat kau bahagia, kem salam ta'aruf kat 'sakinah' ye, moga dirinya dapat menjadi sahabat yang memberi itmi'nan. to Leny : wah2.. jaulah sakan kamu yea, buat akak jerlous jeq. Maaf atas kelakuan malam tu, emosi tergugah bila melihat kalian ... hehe, sampai menyusahkan kamu saja. Teruskan meng'adapt' dan teruskan memimpin program tu. Ukhti Ayu : sombong eaa.. flashback blek kate2 akak kelmarin, asif, saje jeq nak tengok, knal akak ag ke tak.. gurau semata ye, jangan ambil hati.. ukhti afifah : salam perkenalan buat anti..jaga timah untuk ana ye,

Sudah! kerana terima kasihku tidat dapat kuluahkan melalui coretan ini. Terlalu bersyukur punya sahabat yang sentiasa mengingatkan ana dengan pencipta Agung. Moga kita tetap tsabat dijalan yang dijanjikan penuh liku ini, jumpa lagi di jaulah akan datang..  confuse nak letak nama, jaulah ka ziarah ka..

*********

kadang pelik, kenapalah akhawat ni susah payah untuk menjaga ukhuwah. Sangat menjaga. Ta'ajub. Bayangkan ber kilometer jauhnya, berkorban duit, masa, bukannya mereka dapat ape2 ganjaran pun. tp.... subhanallah! inilah penangan tarbiyah, 'jalan itu mengajar kami begini'. Allah penguat utama sedang ukhuwah itu supporternya..

ukhuwah dijalan Allah harumannya ke syurga

p/s : iQa n Tim : pasni kena ambil kursus camne nak ambil gambar molek2 deh..haha..

wassalam

November 2, 2010

diari : semuanya tertulis..

 Usai baca blog sahabat yang difollow, kesemangatan mereka terserlah bila ada saja entry baru walau sedang exam ( cara berfaedah untuk release tension ) apatah lagi bila dapat tahu seorang akhawat yang sering dinanti penulisannya dah start berblog ( huhu, syabas ukhti!.. maju ke depan). Semalam, satu demi satu post lpas di baca, seperti ada kekurangan pada sekalian post yang ada (apakah? biarlah diri y tahu). Ditambah dengan masih mentah dalam bidang ni, pada sesiapa yang pakar, tunjuk ajarku sifu! =)

Long journey is begin with one step

    Pejam celik duduk diri, dah nak habis sem rupanya. Bererti, Allah dah panjangkan hayat almost 6 bulan. Subhanallah, banyaknya tarbiyah Allah yang diperolehi. Antara perkara besar yang berlaku ialah menghadapi perkara pemilihan 'bahtera' tunggangan pelayaran ke akhirat. Sangat mencabar sehingga menggugah ESQ. Agak payah juga untuk menerimanya, namun, berkat pertolongan sahabat yang gagah dan sedikit kesabaran, ujian itu dapat diatasi. Mungkin..mungkin.. dan mungkin.. aku disini bersama sahabat yang tetap bertahan.Mengapa mungkin? krana hanya Allah yang akan merealisasikannya.

    Ada kesyukuran disana, jika mereka sibuk memilih sama ada ingin menerima tawaran si dia(declare couple), pilihan business ini menguntungkan or tidak, pilihan nak ke shoping or karaoke, pilihan nak merempit di jalanan atau duduk dirumah menonton drama namun kami, diuji untuk memilih jalan mana y di yakini supaya pelayaran dapat dinakhoda dgn baik. Dan akhirnya, ini langkahku!

''dan orang2 yang berusaha dengan bersungguh-sungguh krana mmnuhi kehendak KAMI, sesungguhnya KAMI pimpin mereka ke jalan-jalan KAMI ( yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang yang berusaha memprnaiki amalannya'' 
( Al-Ankabut 29 :69) 

       Sem ini juga banyak mengajar erti ukhuwah, akibat dari pemilihan 'bahtera' ni, ada sahabt yang sudah tidak se'kerja', nah! disitu ukhuwahfillah yang sering disebut teruji. Adakah ukhuwah hanya di jalan ini? setelah itu, tiada lagi ukhuwah? saat ini, sgt2 menguji kosep berlapang dada. Alhamdulillah sahabat, kita berjaya menghadapinya. Kisah kau dan aku akan tersemat dalam ingatan. Buat semmuaaa (ta'qid bil lafzi ni) sahabat yang pernah bersalaman, berpelukan, berprogram ringkasnya bertemu samada dialam maya atau dialam realiti kalian akhawat ku sayang. Teruskan melangkah ya! ana menyokong penuh antunna kerana ku tahu matlamat kita adalah Allah! ukhuwah kita hakikatnya...

'' setiap orang mu'min itu adlah bersaudara, maka damaikanlah diantara mereka sekiranya mereka berselisih, bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat''(al-Hujurat : 10) 
pasni bleh beri tasbih wat sahabat..=)

      Alhamdulillah, seperti dibuka satu persatu pintu penyelesaian dari ujian ini. Petuanya, buka mata hati dan pulangkan segalanya pada Allah. Selain bertawakal dengan segala kehendaknya. Bersihkan fikiran yang tidak jernih.

 ''Sesungguhnya, orang2 yang bertaqwa apabila mereka dibayangi fikiran jahat dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan dirinya''  ( surah Ibrahim 7:201)  

      Kata DR. Aid Al Qarni, kesalahan atau kekurangan terbesar kita adalah tidak pernah berjuang semaksimal mungkin untuk mengisi hari-hari yang sedang kita jalani. Kita malah lebih asyik bernoltagia dengan kemajuan masa lalu serta membincangkan masa depan. Kenapa bersikap begitu wahai kaum muslimin. ( Dr. Aidh AlQarni, KOLEKSI MUTIARA KATA AL QARNI) 

       Dan kini, hari ini, sedang berjuang untuk mempersiapkn diri menghadapi peperiksaan. Ampun dipinta buat semua. Harapnya agar sem yang penuh ceritera ini diakhiri dengan sakinah.

p/s : * ta'qid billafzi = pengukuhan kata2 ngan lafaz.
           Buat akhawatku ku tahu jalan ini berat, izinkan kita untuk saling membahu.
           teruskan~!!!

           Ramai gak akhawat dan ikhwah yang post tentang nikah dan jodoh, oh.. saya sebagai junior kalian, mendoakan.. mane yang terbaik teroboslah ia( huhu, saje jeq..)
 
-relakan diri berubah dan relakan diri diubah-