twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

January 19, 2012

Jendela Gaza

Cahaya di ufuk senja samar-samar menghilang. Angin yang berhembus lembut menerbangkan debu tanah yang kering.

Di suatu rumah yang hampir roboh, robek disebabkan jentolak dan peluru soldadu Israel. Kelihatan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun termenung sambil menopang dagu di birai jendela. Jendela yang hanya ditutup oleh sehelai kain langsir hanya sebagai alas menutup ia dari ternganga  meraih unggas masuk. Kanak-kanak yang bernama Ahmed itu, saban senja akan begini. Usai solat maghrib, ia akan kembali berjeda. Jika kanak-kanak sebayanya di negara luar, jam ini mungkin akan digunakan untuk menonton rancangan kartun kegemaran. Tapi bagi Ahmed, jendela itulah alat tontonan cerita. Cerita kehidupan bahagia dan sengsara sebuah bandar bernama Gaza.

 ‘’Ahmed...’’ tiba-tiba ada suara halus menerpa telinganya. Dekat.

‘’ ya ibu...’’ sahutnya sambil menoleh memandang arah datang suara itu.

‘’ sudah senja begini, mengapa masih termenung disini?’’ tanya Puan  Omsyette sambil turut memandang luar jendela. Tidak kelihatan apa-apa. Hanya sinaran lampu jalanan dan cahaya rembulan. Lampu rumah yang suram itu pun tidak membantu penglihatan. Sengaja disuramkan agar selamat  dari Iblis soldadu Israel yang seenak mereka saja menerajang daun pintu.

‘’ Tiada apa ibu’’ jawabnya sambil sengihan mengoyak bibirnya.

‘’ Dah baca Al-Quran? Anak ibu dapat baca berapa muka surat hari ini?’’ tanya nya sambil mengusap kepala satu-satunya permata tinggalan suami. Sesekali terlihat olehnya percikan api kecil dari kawasan lapang yang jauh dari rumahnya. ‘mungkin ada yang sedang menunggu syahid disana’ detiknya sambil menghadiahkan al-Fatihah buat semua warga syuhada’. 
'atau mungkin tentera Hamas sedang membuat latihan, moga Allah membantu mereka' 

‘’Alhamdulillah.... separuh juzuk sudah. Lepas isyak nanti Ahmed akan sambung semula’’ jawab Ahmed tanpa lepas memandang kegelapan malam.

‘’ Baik anak ibu. Jangan lama-lama disini, ibu ke dapur dahulu’’ pinta Puan ingin berlalu. Baru beberapa langkah digerak Tiba-tiba.....

‘’ Ibu, bila Ahmed dapat bermain seperti dulu? Pagi-pagi keluar ke sekolah. Petang pula menolong ibu mengutip buah zaiton. Sekali-sekala pergi menghirup udara di pantai Gaza. Ahmed rindu.’’ Mulutnya lancar berbicara.

Puan Omsyette kembali mendapatkan Ahmed.  Di elus rambut anaknya dengan penuh belas. ‘kau masih terlalu mentah untuk mengrti makna  semua penderitaan ini anakku’ getus hatinya. Dia faham situasi Ahmed. Kehilangan bapa dalam usia seawal 8 tahun malah melihat bapanya syahid dihadapan mata sendiri, merupakan satu penderitaan batin yang tidak terungkap. Di kucup kepala Ahmed penuh kasih. 

‘’ Ahmed anakku, ingat tak apa yang Syeikh Ahmad Ghazzah sampaikan di rumah Hanak semalam?’’ tanya Puan Omsyette sengaja diimbau pesanan dari Syeikh Ahmad Ghazzah yang mengadakan kuliah setiap Khamis dirumah sahabat Ahmed sendiri. Walaupun siang malam diselubungi teriakan ngeri dan bunyi peluru mencari tubuh, namun mereka tidak sunyi dari kalam peringatan dan pengisian rohani.’’ Jasmani yang hidup itu berpunca dari hati yang hidup’’. Kata Syeikh Ahmad Ghazzah setiap kali mengakhiri pengisiannya.

‘’..........’’ mulut yang tadi petah berbicara menjadi kelu.

‘’ Masa bahagia lalu kita yang menyebabkan kita diuji hari ini. Kita bukan derita pada hakikatnya tapi kita sedang berbahagia dengan nikmat syahid yang akan datang bila-bila masa saja’’ kata Puan mengulangi pesanan Syeikh yang dikaguminya itu. Kata- kata Syeikh yang lumpuh kaki dan cacat kedua-dua penglihatannya itu, sentiasa menggerakkan setiap jiwa yang hadir untuk terus bersemangat.  Dirinya membuktikan, apa yang sentiasa di lafaz nya di akhir pengisian. Ya, hanya jiwa yang hidup bisa menggerakkan jasad untuk terus bersemangat.

‘’ anakku.. sini sayang... ‘’ katanya sambil menarik Ahmed dalam pelukannya. Ahmed berpaling dari jendela dan  membalas pelukan ibunya. Diusap lembut belakang Ahmed bagi meredakan perasaan anaknya.

Bersambung.....

January 16, 2012

Dua kalimah ringan

Assalamu'alaikum semua pencari ketenangan. Moga kalian dilitupi rahmatNya.. ;) 

Lontaran soalan buat para pelawat sekalian. Bila dua pasangan manusia saling bercinta, apakah yang sering mereka lakukan? dating... gayuting, chatting, dan segala macam cara atas tujuan agar mereka ingin orang yang mereka cintai tahu yang mereka sangat diingati. Takkan dilupa walau sedetik. itulah zikir cinta manusia. Tapi natijahnya entah kemana. 

Kita switch dengan cinta kepada sang Pemilik Cinta! A.L.L.A.H.... ya, itu lah Dia. Kita susah Dia tolong. kita lupa Dia ingatkan dengan ujian. Kita sakit Dia sembuhkan. kita menangis Dia beri Al-Quran sebagai perawat. Lalu, kalau kita lupa Dia, wajar kah? tapi selalu jeq buat.... 

Ada satu jalan untuk kita selalu ingat Dia. Dengan zikir penenang jiwa. Kalau tak, masakan Hafiz Hamidon buat album zikir terapi. Zivilia yang famous dengan lagu aishiteru tu pun buat lagu yang bertajuk 'pintu taubat'. Semua tu menjurus kepada jalan kita berzikir mengingat Tuhan yang Esa. Maksud 'zikr' tu sendiri bererti ingat.

Tanamkan dalam diri anda bahawa pahala berzikir itu sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : 

كلمتان حفيفتان على اللسان , ثقيلتان في الميزان, حبيبتان إلى الرحمن : سبحان الله وبحمده , سبحان الله العظيم
(H.R Muslim)
maksudnya : Dua kalimah yang ringan diucapkan, berat di timbangan dan disukai oleh sang Maha Penyayang, yakni Subhanallah wa bihamdihi (maha suci Allah dan bagiNya segala pujian) dan Subhanallahi al- Adzim (Maha suci Allah yang Maha Agung)

sering saja alasan sebegini keluar dari kita : 

' alar.... assigment berlambak sangat, tak sempat nak duduk istighfar'
' ngantuk nya mata, tu yang terlepas ma'thurat pagi, sedar-sedar dah tengahari'
' emm... sunat jeq kot baca Al-Quran tu, 1/2 ayat jadilah... buku study ni tebal kot nak baca... '

aku kah?

Penulis sendiri pernah saja menggunakan alasan sebegini. Tapi, akhirnya sesal yang bertandang dihati. Oleh itu., buat sesiapa yang ingin dirinya sentiasa diingati, mari kita sama-sama jadi para pengingat Tuhan yang Esa. moga hati kita sentiasa terbuka untuk mengecapi nikmat Iman dan Islam dari Nya.. 

Astaghfirullahal 'adzim

-biarkan amal yang berbicara- 

January 15, 2012

sepi

menginsafi sendiri laman coretan yang kini sepi
terdampar dek lautan fatamorgana kesibukan yang sangat melalaikan
dipandang bosan
dilihat menyeksakan
lalu tercoret warkah buat diri
yang merindukan sebuah kelapangan
mencoret dengan hati penuh keikhlasan..
menyentuh hati yang rindukan cahaya iman
dan sentuhan muhasabah buat kembali me'refresh' tahap ketenangan

mungkin ada yang menuduh nista
dek kerana rasa buruk sangka dan mainan musuh iblis durjana
tidak kurang juga yang membiarkan saja
dengan meletakkan sebaik-baik sangka
ia bukan dibiarkan
hanya mungkin tuannya sedang kesibukan
sebab aku pun pernah begini.. dulu...

buat pembaca dan pengikut yang tidak putus menjengah
laman yang bersawang ini
akan disapu dengan goresan kata semula
insyaAllah
buat bimbingan diri sendiri
juga buat tautan para penyinggah yang dihormati.. 

January 3, 2012

Perutusan SELAMAT HARI LAHIR

بسم الله الرحمن الرحيم

dentingan jam 12 pada tanggal 4 hb kedengaran.. 

memori tercipta bila kita rasa diingati
hati terusik bila rasa dihargai
akhirnya lidah diam saja tanpa kata
kerana mulut tidak lagi mampu berbicara
hanya kata ini yang mampu lahir
alhamdulillah... 

Allah
kau ciptakan aku hanya untuk bersyukur kepadaMu.
lantas, pada jam ini
aku ingin katakan
terima kasih ya Allah! 
dan jam seterusnya aku akan sentiasa mensyukuri nikmatMu
insyaALLAH..

mak abah
terima kasih atas jasa kalian
membesarkan tanpa lelah dan bosan
kasih kalian lah
yang mengizinkan aku mengenal
pemilik segala cinta

adik2 juga
terima kasih sudi layan kerenah akak
yang buat sakit telinga kalian
kadang-kadang.. hehe..

kawan-kawan
terima kasih atas ingatan
moga Allah membalas hati kalian
dengan kebaikan

akhawat sayang
jazakunnallahu khoir atas segala doa
terutama doa ini 
'ukhti, moga terus tsabat dijalanNya'
insyaAllah, kita kan pernah janji bersama
untuk terus berada di jalanNya
sampai mati!
moga Allah kabulkan setiap kebaikan yang kita hajati.. 

akhir tapi bukan untuk selamanya
terima kasih semua atas apa yang kalian lakukan.. 
hanya doa yang dapat ana kirim sebagai balasan, 
moga Allah sentiasa menjaga kalian
kerana Dia sebaik-baik penjaga.. 

Allahu akbar
terasa semakin dekat dengan kematian
tepuk diri ya nafsi!
tanya iman bagaimana persiapan?
كل نفس ذآئقة الموت
''setiap yang hidup akan merasai mati''
hakikat yang terpaksa kau telan
ya Allah, 
dihari ini dan hari seterusnya
moga Kau sudi membimbingku
menuju redhaMu.. 
Allah.. Allah.. Allah.. 

Jom tahajud!! (buat pembaca selepas isyak) 

selamat menikmati perjalanan menuju tahun 2012. susun dengan perancangan yang rapi, emm.. ana quote kata-kata ni :

''Untuk memulakan memang susah, membangunkan memang payah, namun yang lebih susah antara keduanya ialah mengekalkan kerja yang sudah tersusun dan istiqamah'' credit to Saudara Azim Shaari. 

JUGA.... 

Selamat maju jaya dalam menempuh peperiksaan
tawakkal pada Allah dari awal hingga akhirnya
فإذا عزمت فتوكل على الله 
usaha terus............. result bagus................
insyaAllah.. 