twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

June 29, 2011

tinta ringkas Israk mikraj

semalam negeri sembilan cuti 
beri peluang kepada warganya untuk mengenang Israk mikraj..

tapi sejuauh manakah kita menghayati sejarah Israk mikraj itu
kata seseorang : janganlah kita hanya tahu menumpang cuti hari ini (semalam)
tanpa sempat mengerti
Israk mikraj itu apa yang terjadi
walau haya Rasulullah yang mengalami
kita ni umatnya patut dan wajib lah menghayati
kalau tidak, tak perlu sibuk-sibuk cuti.

sebelum terlupa
ada lagi satu perara
duhai teman wahai saudara
sedar tak kita Rasulullah itu sangat berjasa
kita ni bukan siapa-siapa tapi kita kena sedar yang kita ni umatnya
kalau tak kerana baginda yang kenangkan kemampuan kita
aku pasti hidup kita hanya untuk solat semata
50 waktu awal perintahnya
sanggup baginda berulang-alik sehingga 'aku sudah malu untuk menemui Allah untuk minta dikurangkan syariat solat itu'
ya Allah, kalau kita fikir diri kita, sanggupkah?
berkorban untuk orang yang tidak tahu patuh atau tidak dengan syariat itu.
5 waktu itu, jagalah sebaiknya..
jangan leka untuk tunaikannya, jangan lambat untuk langsaikannya,
walau kau sedang menonoton 'ketika cinta bertasbih', 'mihrab cinta' yang isinya sangat menginsafkan sehingga lupa praktik kan.

usah berkata 'nanti / pergilah dahulu'

Palestin?
masih segarkah di minda mu saat ini?
atau sekadar ambil tahu sebagai bahan usrah dan tazkirah
ingin dikata semangat bila melaungkan 'khaibar khaibar ya yahud'
iktuilah perkembangan mereka sentiasa
Qunut nazilah? masih lagi segar dalam ingatan?
atau segar bila media menyiarkan kemusnahan bila palestin dibedil peluru tidak bermata,
bila tiada apa-apa berita, kamu pun sepi untuk mendoakan mereka,
kerana itu setiap 27 Rejab kita akan mengenangkan Baitul Maqdis
hikmah mengapa diperjalankan baginda ke sana
simbolik kemuliaan tempat itu dan sekelilingnya.

ayuh diri juga siapa yang mengelilingi
walau sesibuk mana pun kita dalam mengejar ganjaran dunia dan akhirat
beri peluang pada diri untuk menginsafi
melihat apa yang berlaku bukalah hati
biar ianya terus subur sampai mati.

June 22, 2011

rindunya pada kalian...

kata-kata tak terkata
biarlah mata yang menafsir 
telinga menadah lantas hati yang memahami...

kau dan aku sahabat, untuk selamanya.. selama-lamanya, untuk selamanya.... setia...~
kita berbeda untuk saling mengisi kekurangan kita,
atasi semua perbedaan...
tak ada bukit yang terlalu tinggi untuk kita daki bersama..
dan tak ada laut yang terlalu dalam untuk kita selami...

kau dan aku sahabat,
saling berbagi dan menjaga
selamanya...

kkA 4eva~

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”
[Hadis riwayat Muslim]

jika jalan dakwah ini yang menyatukan kita, mengapa berhenti bergerak? jika sayangkan ukhuwah ini, terus lah bergerak kerana ukhuwah fillah itu hanya buat mereka yang menyatu dibawah panji ISLAM...

wassalam.

June 19, 2011

answer this question

aSSalamu'alaikum to anon, sebelum menjawab pertanyaan mu ''ukhuwah itu harus bagaimana?'' di post zone aprisiasi, apa kata hayati kata-kata Imam Syahid Hassan Al Banna ni. Dulu tika ana diuji hati dengan ukhuwah. Ayat ini yang berjaya menyentak hati agar sedar.   

Yang aku mahu dengan Ukhuwwah itu ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Ukhuwwah adalah adik beradik kepada Iman, sedang perpecahan adalah adik kepada Kekufuran. Kekuatan pertama ialah kekuatan Kesatuan. Tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Minina kasih sayang ialah berlapang dada. Maksima kasih sayang ialah Ithar (mengutamakan seseorang melebihi diri sendiri).
“Sesiapa yang selamat dari kebakhilan diri sendiri, mereka orang-orang yang berjaya” (Al-Hasyr).
Seorang akh yang jujur (dalam Ukhuwwahnya) melihat ikhwahnya lebih utama pada dirinya dari dirinya. Ini adalah kerana sekiranya dia tidak bersama mereka, dia tidak akan dapat bersama selain mereka. Sedang mereka pula, jika tidak bersama dia, mereka bersama selain dia. Hanyasanya serigala memakan kambing yang bersendirian.
“Orang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah binaan yang saling kuat menguat antara satu sama lain” (Hadis). “Orang-orang beriman lelaki dan perempuan adalah wali (penolong) diantara satu sama lain” (Al-Quran).
Beginilah kita sepatutnya.
[Imam Hasan Al-Banna]
kalau tidak menjawab juga. Khabarkan, agar dapat dibantu lagi. 

Zone Aprisiasi

Bacalah dengan menyebut nama Allah yang menjadikan.

Alhamdulillah, setelah melepasi dua program besar dan satu aktiviti rutin mingguan. Kelegaan yang sukar digambarkan, tapi nyata kesibukan ini banyak mematangkan diri. Makna kehidupan itu terletak pada hati yang terbuka. Hati umpama cawan, jika cawan terlungkup maka tidak dapat menerima air begitu sebaliknya. Ana tertarik dengan satu part dalam cerita HLOVATE. ''terjumpa apa yang kita cari dengan menjumpai yang kita cari adalah dua frasa yang berbeza''. Analogi nya lah, kita terjumpa kawan yang sudah lama kita tak jumpa dengan kita dah janji nak jumpa kawan yang selalu dah jumpa? mana lagi kita havock? rasa tahu kan jawapan.. jadi alhanun, pesanan buat diri kau sendiri. Pandang hikmah disetiap langkah mencari makna kehidupan.

Infiniti terima kasih buat team yang menjayakan Hari Beliawanis Nasional, maaf lah ana tidak dapat hadir membantu sepanjang program. Hanya membant di balik tabir sahaja. Begitu juga dengan team UPM, jasa kalian sangat lah di syukuri. Juga peserta BEDAM, Perkongsian antum sangat bermakna dan berisi. Moga Allah menetapkan kaki untuk kita meneruskan langkahan ini. =) Start sekarang perlulah kreatif ye,agar lebih effektif dalam masa yang sama ukur  produktif dan dinamik sesuatu kerja itu.

Buat akhawat cilik, U.Maryam, U.Aina,U.Anis & U.akmal, cayalah antunna, sorak semangat MARHA3!!! buat antunna. Tenang itu langkah kegencaran. 'Hari' itu mengajar kita banyak erti kan U.Maryam. =)

Salam kemaafan buat akhawat johor, u.Aman, tidak sempat kita bertemu mungkin ada jodoh di lain hari insyaAllah. U.Wanie, maaf ukht, kelelahan menghambat sewaktu panggilan, U. Nabila yang ada kemahuan ingin berbicara, maaf ukht, kita sambung by fon ye. Alhamdulillah, nama kalian sentiasa di tirai kerinduan. Teruskan berdoa untuk akhawat walau jauh dimata.

Lastly, terima kasih kepada semua ikhwah dan akhawat yang sangat membantu agar kaki tsabat di jalan ini samada secara langsung atau tidak langsung. Allah sebaik-baik ganjaran.

moga rabithah di jalan dakwah ini berkekalan buat bekalan menggapai redhaNya.

Ya Allah…
Engkau mengetahui bahawa
Hati-hati ini berhimpun kerana mengasihi-Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu
Bersatu memikul beban dakwah-Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk menegak dan mendaulatkan syariah-Mu
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini
Akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini
Dengan makrifat pengetahuan yang sebenar tentang-Mu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu
Engkaulah sebaik-baik sandaran
Dan sebaik-baik penolong Ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin…

kader dakwah

fokus ngan INFAD plak lepas ni.. 

June 15, 2011

subhanallan ciptaanNya ( Fasa-fasa penting Gerhana Bulan Penuh)

 KHAMIS, 16 JUN 2011

(Photo credit and copyright to Fred Espenak) 

Fasa-fasa penting sewaktu Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011 nanti. Grafik adalah daripada utiliti di laman web http://shadowandsubstance.com/  . Semua hakcipta adalah daripada laman web tersebut. Saya tidak buat sebarang modifikasi terhadap screenshot tersebut. Oleh itu perhatikan tarikh yang dipaparkan 15 Jun waktu Universal. Kejadian Gerhana berlaku di Malaysia berlaku apabila sudah masuk ke tarikh 16 Jun Waktu Malaysia.
Saya syorkan lawati laman web http://shadowandsubstance.com/ untuk melihat animasi Flash gerhana tersebut.

1.22 PAGI
 
Bulan sudah mula memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Dijangka tidak banyak perbezaan cahaya yang boleh dilihat, malah boleh dikatakan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh dilihat dengan mata. Oleh itu, rileks dan jangan gopoh-gopoh! :-)
 
2.22 Pagi
 
Bulan sudah mula memasuki kawasan bayang-bayang umbra. Kini jelas kelihatan satu bayang-bayang gelap memasuki satu sisi Bulan. Semakin lama ia akan semakin besar dan mula menutupi bentuk bulatan Bulan tadi. Bulan penuh tidak kelihatan  bulat lagi!
 
3.21 Pagi
 
Secara rasminya, Bulan sudah memasuki sepenuhnya kawasan bayang-bayang umbra. Maka fasa Gerhana Penuh pun bermula. Bulan dijangka tidak akan gelap sepenuhnya, dan akan kelihatan kemerah-merahan.
 
4.12 Pagi
 
Bulan berada di pertengahan fasa gerhana penuh. Ini bermaksud ia sudahpun berada dikawasan paling 'dalam' bayang-bayang umbra. Ketika ini gerhana berada pada puncaknya dan Bulan akan berada pada kecerahan yang paling malap.
 
5.02  Pagi
 
Bulan secara rasmi sudah menamatkan perjalanannya di dalam bayang-bayang umbra, dan mula memasuki kawasan penumbra yang kurang gelap tadi. Bentuk bulan masih lagi sompek, tidak bulat.
 
6.02 Pagi
 
Bulan secara keseluruhannya sudah keluar dari kawasan umbra dan kelihatan seperti hampir sediakala. Namun ia masih berada di dalam kawasan bayang-bayang penumbra.
 
7.02 Pagi
 
Tamatnya gerhana. Bulan sudah pun keluar terus daripada kawasan bayang-bayang Bumi di angkasa!  Jom tunggu Gerhana Penuh seterusnya pada 10 Disember 2011 pula!!! 
 
http://www.falak-online.net/portalfalak/fasa-fasa-penting-gerhana-bulan-penuh-nanti
 
June 14, 2011

cot cet

tenang..tenang...tenang,...                                                                                               
susah nak mencapai seni bertenang ni...
tapi yang susah tu lah yang berharga...
moga tenang,,...
biasanya manusia susah bertenang kalau 
banyak perkara nak selesaikan
tiba-tiba terjadi agenda luar dugaan seperti aktiviti last minute or sebagainya yang menyerabutkan..
tapi alhamdulillah, 
kita MUSLIM yang MUKMIN
jika tiada tenang maka carilah ALLAH.....

kerana nama itu mengandungi seinfiniti ketenangan..
''..bukankah dengan mengingati Allah, jiwa-jiwa akan menjadi tenang'' 

mode : cuba lah bawa bertenang.....

June 12, 2011

moga ia menjadi kekuatanku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
pernah dengar perkataan semangat? tidak kira diucapkan dengan nada biasa saja, atau penuh semangat atau berbagai versi lainnya.. biasanya manusia yang sentiasa semangat ni adalah mereka yang dipanggil syabab dan fatayat, atau pemuda dan pemudi, kerana itulah banyak pihak yang akan mengambil kesempatan keatas mereka ini. lalu siapakah yang bertanggungjawab kepada mereka? diri mereka, keluarga mereka juga masyarakat disekeliling mereka. Bila dikorek semula kisah manusia terdahulu pun, banyak kisah yang dapat dikaitkan dengan semangat pemuda. Contoh, ashabul kahfi dengan SEMANGAT mereka mempertahankan agama, Sultan Muhammad Al-Fateh dengan SEMANGAT beliau menakluk konstantinople, sahabat Rasulullah Mus'ab bin Umair dengan SEMANGAT beliau menghafal Al-Quran dan ramai lagi. Mereka melakukan itu semua saat umur mereka masih tersangat muda.

Cuma terpulang kepada pemuda, ingin dicorakkan kearah kebaikkan atau sebaliknya. Penuhi dada dengan iman dan ilmu.

berlumba-lumbalah untuk kebaikan.

-mode : perjalanan balik dari kampung mencetus banyak perasaan-

June 6, 2011

tanpa tajuk

nyanyian sepi bernada sunyi
hanya hati yang mampu berkata-kata
saat jiwa sedang berbicara
namaMu bertiup lembut menyapa
Allah... aku lemah dan penuh dosa

ujian ini
ujian cintaMu
tanda Kau ingin ku rebut kembali hatiku
agar hanya terarah kepadaMu
andai ku tahu batas keampuanku
akan ku terus-terusan mempertahankannya
namun diri yang dhaif ini
hanya mampu bertahan menghadapi ujian
hanya cintaMu ya Allah yang suci
izinkan diriku menepis cinta selainMu
walau ku tahu
sakit terasa
payah terseksa
itu jaminan syurgaMu
kerana menuju syurga itu jalannya berliku

Allah.. Allah... 
izinkan nama Mu sentiasa dihatiku
agar bisikan laknat tidak mampu untuk menjengah
agar bisikan nista tak punya ruang memusnah

impian itu kan terbina dengan hanya satu ikatan suci
kuatkan mujahadah ku
menghadapi fitrah yang bisa mengundang musibah 
tundukkan hatiku agar gagah
Allahu akbar..!

Namun aku bersyukur
semakin diuji semakin ku rasa Kau dekat denganku
semakin rancak nama Mu ditubir hatiku
semakin rindu untuk terus berduaan denganMu
semakin ku kenal diri ini penuh lemah dan mudah layu
rupanya.. 
hanya Kau yang Maha Mengetahui rasa ku
lantas ayat-ayat cintaMu menjadi penawar terbaik bagi kalbu
andai ujian ini yang terbaik buat ku,
Kau tahu ku mampu
Kau tahu ianya semakin mendekatkan ku pada Mu
ku pasrah dalam maghfirah Mu.. 

pintaku
izinkan ku menjauh darinya saat kesediaan belum lagi rapi
biarlah ianya berlalu sepi
membuatkan iman menguatkanku kembali
pegang kejap hatiku dan ikatlah dengan tali ketaatan
hanya padaMu....

Allah... mohon dengan sangat....

mode : nyanyian sepi bernada sunyi

June 1, 2011

maher zain freedom song with lyrics

ALLAH..ALLAH..ALLAH...
Dia pemilik kekuatan
Dia pemilik segala kemenangan..
freedom~
impian mereka yang merasa tertindas
bukan ditindas kerana apa
mereka ditindas kerana mereka mengaku MUSLIM

wahai kuffar!!!
jika kekuatan kau pada senjata yang kau cipta sendiri..
kekuatan saudara Islamku adalah Pemilik peluru itu!
Maha Pemilik segala alat yang kau cipta..
siapkan diri kalian untuk menerima taufan kemusnahan dari perindu syahidNya..
sungguh DOA ini adalah kekuatan kami
yang tidak akan pernah kau lihat...

saudaraku,
BERSABARLAH! BERTAHANLAH!!
insyaAllah..
hanya DIA Maha Tahu akan segala hikmah kejadian....

berilah saudaraku kekuatan ya ALLAH..
mereka mempertahankan Palestin bukan kerana itu tanah mereka sahaja
mereka mempertahankannya kerana itu TANAH suci Mu..
lambang ISLAM kalimah LAILAHAILLALLAH..
bantu mereka,
moga doa ini menjadi titian menuju kemenangan
didunia dan diakhirat sana..

mode : semangat Palestina!!!