twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

April 17, 2011

tazkirah imtihan

''apa yang ku cari dalam kehidupan ini?'' Sumayyah berbisik pada dirinya sendiri.

saat genting untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan ini lah, sering sahaja terimbau kembali hubungan dengan Allah. Pemilik keputusan. Hampir saja setiap sem begini. Study week bukan dianggapnya sebagai minggu menelaah habis-habisan, tapi minggu itu digunakan sepenuhnya untuk memperbaiki hubungan dengan Rabbul Izzati. Yalah, mungkin jika sebelum ini, menyiapkan assignment untuk mengejar due date, memenuhi tugasan lecturer sehingga lupa, lupa dan terus lupa untuk terus meniatkannya kerana Allah. Bukan sekali, tapi acap kali begitu. Adakah kesibukkan yang harus dipersalahkan?. TIDAK. Adakah kita ni Hamba yang mengingati Tuannya saat lapang sahaja? Adakah kesibukkan itu membuat kita bergantung kepada yang tidak kekal? bolehkah dikau menambah waktu 24 jam yang Allah beri itu menjadi 28 jam untuk memberi ruang kau mengingatiNya? TIDAK. jawapanmu saat ini kan? Apa pun alasannya, sedarlah, waktu itu IMAN mu sedang RAPUH, lantas kau lupa kembali kepada asal kejadianmu. Namun, usah bersedih hati, Allah tahu kau insan yang sering melakukan kesilapan. Kau juga insan yang sering mengulangi kesilapan itu. Kesedaran ini, manfaatkan sebaiknya, buka buku kerana Allah, menghafal kerana Allah, memahami kerana Allah, take five tenang hanya untuk Allah, pendeknya, semua usaha yang kita lakukan sepanjang study week ni adalah semata-mata kerana Allah.

Teringat kata-kata Al-Qaiyum al Jauziyah ketika mendefinisikan makna ibadah :  
'ibadah ialah amalan yang dilakukan niat kerana Allah'.

Pastinya emosi di minggu genting ini sangat memerlukan untuk kita bertenang.
Telah tertulis 'hanya dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang'(surah ar Ra'du : 28 ) Manfaatkan hakikat kemanusiaan itu sebaiknya.   

Bukan bererti minggu study week ini minggu berserah semata tanpa berusaha mengangkat kepingan kertas nota, tanpa usaha membaca walau sebaris ayat, hanya duduk berteleku sambil berdoa diberi kejayaan Allah. Salah tu. Tapi ayuh kita serahkan usaha kita bulat-bulat kepada Allah. Usaha biar bersemangat terus. Tapi jangan lupa tawakal itu diawal usaha sehingga ke akhirnya. Bukan tawakal selepas penghantaran kertas peperiksaan sahaja. Luruskan yang bengkok.Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

'....... alhamdulillah, Allah jualah matlamat hidupku' sambung Sumaiyah berbisik lirih.  

-Allah, terimalah amalan kami-

sayonara malas~

April 11, 2011

dariku untukmu..

assalamu'alaikum, terimalah..

gendang gendut tali kecapi,
ukhuwah itu datangnya dari hati..

malam-malam jalan rumah pak abu,
bila dah jauh baru rasa rindu..

sayang-sayang daun selasih,
bila sayang jadikan doa pengikat kasih..

kulihat monyet berpaut didahan,
ku ucapkan salam imtihan.

bila terasa rindu,
kusebut namaMu,
di keheningan malam yang syahdu,
hanya Allah Kau lah penawar kalbu..