twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

July 28, 2011

'message charger'

mujahidah ditemani sahabat palestin..

You have no space for a new mesej, sambil menyala-nyala handphon tu.. 

‘’Allah, tak tahu dah nak buang mesej yang ne, semua penting’’ kataku seperti biasa kepada office mate, k.Mumu.

‘’Buang lar mesej kata-kata,’’ macam biasa akak yang cute ni memberi pendapatnya.

‘’sayangg lar… sedap pula tu,’’ balasku sambil tangan leka membelek-belek mesej yang tidak penting.

‘’ kalau Jiha tulis dalam buku’’ tak putus pemilik ‘solehah’ (nama kerita) memberi cadangan

‘’hehe, rajin kot’’ angkat kening sambil pandang muka akak tu slumber.

Akhirnya, segala mesej yang sangat indah dan puitis itu akan di tulis disini ( walau dah separuh buang begitu saja, sambil hati berkata, tidakkkk…! Mana tak nya, terbayang , penat orang-orang ni taip dengan penuh semangat nak hantar kat aku)mesej yang banyak berjasa pada iman. Teringat kata-kata seorang akhawat. Indicator iman tu bukan setakat dalam USRAH, HALAQAH dan DAURAH ( khusus untuk waktu cuti saja ye, waktu masuk IPT jadi WAJIB semua ni) ;) tapi, bila kita berbuat sesuatu dengan niat agar iman kita ter’top up’, ianya juga boleh menjadi charger yang sangat-sangat membantu..
Moga bermanfaat

Di celah-celah badai kesukaran..
SENYUMLAH.. 
pasti ada kesenangan selepas kesusahan,
kegembiraan selepas kesedihan, kejayaan selepas kegagalan.
Jiwa-jiwa yang gelisah akan takut menghadapi KESUSAHAN..
manakala jiwa-jiwa yang disaluti IMAN akan tabah mengatasi kesakitan..
kerana jiwa yang disaluti IMAN percaya apa yang berlaku adalah kehendak yang Maha Esa..
sama-sama usaha menggapai keredhaAnNya..
ketenangan yang hakiki apabila kita hidup dengan merasai kehadiranNya setiap saat.. berzikir & bersyukurlah ~
may Allah bless you ukhti…. ( from the most puitis akhawat, zikr always~)

tq ukhti.. balasan untuk kamu.. 
‘’dengan mengingati Allah jiwa-jiwa akan menjadi tenang’’ ( ar ra’du 13 : 28  )

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia,
Sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
Berhentilah memberi alas an walau ingin menyatakan kebenaran
Hiduplah dengan iman walau hari dipenuhi dengan dugaan dan,…
Berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan..
Bukti kasihNya kita wujud didunia pinjaman ini..
Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Dia menguji setiap hambaNya
Berdasarkan kemampuan hamba itu… (u.maryam) 

Hanya Dia yang tahu betapa sukar dan berlikunya perjalanan hidup kita,
 jadi hanya pada Nya ayuh kita sandarkan segala harapan.. (alhanun nur) 

Suratan mentaqdirkan kita berjuang bersama,
andai setitis air mata yang mengalir dipipimu kesedihan,
sejuta semangat membahumu dari belakang,
andai seorang rebah tak dibarkan rebah untuk kali kedua,
ya Allah..! kami punya tali persaudaraan yang sukar untuk di mengertikan,
namun janganlah Kau dugai kami dengan dugaan yang tidak mampu kami tanggung,
kekalkanlah ukhuwah diantara kami bak kasih para sahabat
pada RASULULLAH,
untuk kesekian kalinya, hanya padaMu kami pohon.
Kekalkanlah ukhuwah diantara kami & tunjukkanlah kami jalan yang Kau rahmati.. 

kkA forever… 

Sahabat tu bukan macam skateboard..
Belum digilap, dah main pijak..
Sahabat bukan macam bola sepak, belum dapat kejar, dah dapat tending..
Sahabat tu bukan macam bulu tagkis.. belum main pegang dah main pukul..
Tapi…………
Sahabat tu ibarat ragbi, belum dapat rebut dah dapat peluk kuat-kuat…
Sahabat tu macam piala kemenangan.. belum dapat usaha sungguh-sungguh,
Dah dapat kucup puas-puas..
Sahabat umpama jari-jemari
Lukanya sembuh sendiri, hilang tiada galang ganti… 

Setiap kali butang ingatan ter ‘ENTER’ ana terus ‘SAVE’ ingatan tu dalam ‘MEMORY’ dan takkan pernah DELETE malah akan terus REFRESH..

I know, I can’t always make you happy
Ya Allah..
Kau berilah rahmatMu dalam memelihara insan ini,
Kerana hanya Kau yang mampu menjaga hati & perasaannya jauh lebih baik daripada aku.
Sahabat
Kerana peristuwa semalam, insyaAllah, esok kita akan terus bersahabat di jalan Allah,
Kerana hari ini kita terus mendoakan ikatan yang akrab ini akan terus bersemadi.
Sahabat,
Mungkin hari ini atau esok aku akan pergi tanpa sempat bertemu denganmu lagi,
Dalam mengisi kekosongan ini, namun,
Aku sempat berdoa dalam kesyahduan,
Ya Allah, sayangilah sahabatku ini,
Kerana aku tak mampu menandingi kasih sayangMu.
Terima kasih kerana sudi menerima diri ini sebagai sahabatmu..
Maafkan aku sahabat.

Macam luahan perasaan, macam kata-kata hikmah semata,
tapi kata-kata inilah yang berjaya bawa aku keluar dari satu kekhilafan.. huhu.. apakah?.. tarapappa..

Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah,
Bukan semudah memetik dua jari,
Itupun belum pasti bias berbunyi,..
Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan,
Namun tidak menjadi satu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Tuhan…
Teruslah untuk melangkah meski dalam kepayahan…
Kita kan khalifah, mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah…
Sedang kepayahan iu perkara wajib sebelum tiba di Jannah
Lalu, haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita
Terduduk! Menangis hiba???!!
Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang!
Tangisan itu pasti tidak akan ssia-sia andai langkah mu terus teguh menuju jalanNya,
SALAM MUHASABAH~!! 

Ye ukhti… memang keyakinan bahawa setiap dugaan itu ada ganjaranNya andai kita sabar dalam sabar,
Tapi sebagai seorang manusia, yang sangat lemah.. satu masa dia akan merasa tidak mampu
Tanda kekerdilan diri.. namun Alhamdulillah,gerhana itu hanya sementara.. =)

Ya khazinatul Asrar, padamu ada asrar yang menjadi idaman mujahid
Tersingkap asrarpadamu dimukadimahkan secebis makrifat. Hasil campakan cahaya Illahi dari Allah,
Salami maksud hidup KEPADANYA, KERANANYA, DENGANNYA..
Jagalah humaira’ di wajahmu, jagalah nur syuhudiah di qalbumu,
Jagalah akhlak nubuwwah pada perilakumu,
Moga-moga gelaran wanita solehah jadi milikmu.
Salam rindu… 

Jazakillahu khoir ukhti… Terasa diriku begitu berharga, ^_^.. yeah! Akhawatku memang berharga..

Ambillah pengajaran di setiap peristiwa yang berlaku disetiap sudut kehidupanmu. Segalanya. Ketika dapat mesej, ketika membaca blog, ketika diberi ilham untuk menulis entry, ketika tersepak batu, even sekecil-kecil perkara seperti terlintas dihati, ‘awat lar rasa lain macam kesihatan hati hari ni’. Kerana bila kita memandang ia sebagai satu pengajaran membuat kita teringat Allah dan setiap kali hati kita mengenang Allah, ia bakal memberi keputusan terbaik buat IMAN kita. J
Tak caya?! Jom buka al-Quran..

“ sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi serta penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata),’’ ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia; maha suci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka’’. ( ali Imran : 190-191)

Karya terpilih, actually banyak lagi… tapi dah namanya terpilih, sebahagian je lah.. yang lain DELETE saja..

July 26, 2011

kamu dah ada blog?

Bismillahirrohmanirrohim..
Ish..ish... Banyak nya isi blog ni berkenaan cetusan rasa atau lebih senng kata lebih berkait perasaan, haha. aku memang begitu, ntah. cuba menulis sesuatu yang fakta, serius. terfikir tapi bila jari mula menaip, hilang semua. Akhir-akhir ni banyak juga ilmu yang ingin dikongsi, cuma lebih senang jika diajak bicara. suka cakap beginilah. Tapi ada sesuatu yang mengusik hati. Dah setahun blog ni wujud, teringat diawal-awal usaha bagaimana nak lahir jadi blogger. Habis je exam terus pecut ke library USIM yang letaknya diatas bukit. Tekad sungguh waktu tu. Tak tahu semangat apa yang mendorong untuk buat semua ni. Tapi yang pasti ada satu niat tersembunyi. Nak cuba sebarkan dakwah dibidang penulisan tambahan suka sangat lah bab gode2 (korek) function sume yang berkaitan ngan IT ni. 
Tambah semangat lagi bila dapat tahu ada akhawat yang turut sama buat blog juga waktu tu. Tapi tu lah, awal niat sangat bersih. Kadang-kadang dikotori pula dengan emosi. Biasa lah, manusia. Sebab tu lah kata Rasulullah, ''mulakan sesuatu dengan niat'' at least dah ada perisai if terpesong dapat cepat tersedar dan paksa diri untuk kembali ke pangkal jalan. Refresh kembali niatmu. Setiap kali setiap saat.
Dari nama Da'wah menjadi Mencari Makna Kehidupan. Dari dinding yang warnanya ungu menjadi putih pucat ni. Dari gencar penulisan menjadi slow dan slow. Tapi disini banyak belajar tentang makna 'ikhlas' 
ana percaya, kebanyakan penulis blogger takkan lepas dari rasa ' ingin publisiti', 'ingin post nye di komen', ingin itu, ingin ini yang akhirnya membuat kita merasa berbaloi sakit jari tekan keyboard ataupun berbaloi dua tiga kali edit entry sewaktu menyiapkan satu entry 
( atau saya sorang saja, mungkin...) ianya akan hadir. Lumrah. Tapi jangan biarkan ia terus beraja dihati bersultan di sanubari. Terutama blogger yang punya status daie ataupun yang guna kata ganti nama anta anti juga bila di shoutbox tinggalannya,' assalamu'alaikum','salam ziarah' mahupun ada tambahan ukhti atau akhi. Rasa nya mereka ni ( kredit untuk kamu! wahai diri) lagi faham apa yang dinamakan mana yang patut mana yang tidak. Terkesan dengan post brohamzah yang sentuh tentang' kita tulis tapi buat tidak apa yang ditulis?' cam tulah lebih kurang maksudnya. pap! tamparan baik punya. Sama-sama renungkan.

nape tulis entry ni?

motivasi buat diri. Banyakkan membaca agar penulisan selari dengan fakta bukan banyak nya emosi.
Buat follower, maaf andai segala entry Mencari Makna Kehidupan yang sering pop up di dashboard antum tidak memberi faedah buat diri kalian. Terus abaikan jika ianya hanya menimbulkan ketidak senangan dihati antum ( asume jika ada yang membaca, hehe) 

sedang usaha memperbaiki

segala komen sangatlah dialu-alukan...

ilham blog : langit illahi, brohamzah, ukhtikusayang, kami 4R, akhawatmedik, GMS, SATU UMMAH, shoutul ikhwah dan semua yang turut serta menjayakan Mencari Makna Kehidupan..
                         terima kasih kalian!!

...puitis itu indah...

terus ber 'blogging' and blogwalking!

wallahua'lam

July 21, 2011

PINANGLAH DAKU KERANA DA'WAH..

''Allah, ramai betul yang tulis  pasai nikah lately, '' kataku pada officemate, k.Mumu.

''dah kamu click kat blog yang tajuknya berkait nikah, itu lar yang kamu dapat'' balasnya sambil tersenyum sinis

''hehe.. baiklah, dah kalau blog yang saya follow tu tulis entry tu, mana nya tak pop up kat dashboard ni'' balasku kembali, mana boleh kalah. 

''.......'' sambil memandang geram. 

lebih-lebih lagi rata-rata penulis dikalangan ikhwah dan akhawat, makin lar terasa nak berkongsi berkenaan ni. tetiba ada pula terjumpa blog sorang akhawat monolog sang pencinta pena yang post berkenaan BM. Apa tu? Bahasa melayu kah? of course bukan kerana saya kos BA. BM singkatan bagi Baitul Muslim.Sangat menarik jom sama-sama baca..

tarik scroll ke bawah untuk teruskan membaca..

Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.
Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan....?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.
Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.
Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.
Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.
Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.

Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.

Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.
Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.
Melamar secara direct

Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email. Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.

Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.
Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.
Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.
Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.

Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.
Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.

Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.
Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu.

Ada kata-kata mengatakan:
' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'
Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus.
Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.

Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah.

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.

Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah.

Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.
Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.

Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.
Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.

Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.
Ianya amat manis, subhanalllah.

Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.

Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.
Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.

Jadilah moderate dalam prosesnya
Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.

- Artikel iluvislam.com
Biodata Kolumnis
Nur Aisyah Zainordin merupakan seorang doktor di Royal Alexandra Hospital, Paisley, Scotland. Penulis yang berasal dari Gombak ini merupakan graduan perubatan dari University of Dundee dan kini merupakan Timbalan Presiden Majlis Syura Muslimun cawangan Scotland. Beliau aktif dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan di United Kingdom dan Ireland. 

July 17, 2011

we believe... and you??

sedang sangat addict dengan lagu ini
dan dia berjaya bawa keyakinan  kepadaNya
malah lebih padu!
insyaAllah.. 

dalam kekalutan jiwa kita kadangkala mengeluh tanpa berusaha melakukan apa yang menghilangkan kegusara itu,
sedikit demi sedikit keyakinan padaNya terhakis
mungkin bukan tergelincir keyakinan itu tapi rupanya tersembuntyi dek kerana keluhan demi keluhan
kita merasakan ujian itu tidak wajar diberikan kepada kita
tapi ingatkah kita akan firmanNya '' tidak akan aku bebankan hambaku diluar kesanggupan nya''
sejauh mana setiap kali semua perkara berlaku
walau sekecil perkara berlaku
seperti tersepak batu dijalanan
terpelosok kedalam becah
juga terhantuk dinding
kita kembalikan semula kepada Tuhan yang mentaqdirkan.

buat diriku.
sungguh! mungkin kau telah berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap perkara
melangkah sebagai seorang hamba yang kerdil
tapi ingatlah sentiasa, natijah datang hanya dariNya
tapi teruskan lah diriku
mantapkan keyakinan mu pada Nya
moga kau sentiasa dalam bimbingannya.

mungkin kau salah seorang yang telah ditulis suratannya
untuk berada dijalan ini, menyambung perjuangan Rasulullah
dirimu jauh dari mampu dan layak untuk berada di jalan yang mulia ini
tapi peganglah firmanNya
''jika kamu menolong agama Allah, maka aku akan menolong kamu dan mentsabatkan kakimu''
genggam erat firman itu. dakap. usah lepaskan ia
manfaat ka semua harta yang kau miliki
untuk jalan ini
ingat! keluargamu sedang menanti sentuhan ini
tidak sehangat sentuhan tarbiyah Rasulullah buat keluarganya tapi mudah-mudahan
Allah perkenan izinkan kami memasuki syurga bersama.

HE ALWAYS CLOSE TO YOU
HE KNOW EVERYTHING ABOUT YOU
ALLAH..

He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time

MUHAMMAD..  

tQ ukhti Maryam zainal USIM atas cdgn menghayati lagu ini, sangat membekas dan meresap dihati.=)

July 14, 2011

pujuk IMAN kembali..

salin dan tampal  : zirwa

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha penyayang

disuatu pagi yang hening, di sebuah pejabat Syarikat Hati Cooperation, berlaku perbualan ini :

Iman : Assalamualaikum, bos.

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?

Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS danTV.. jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar...

Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..

Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...

Diri : Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.

Iman : Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.

Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..

Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..

Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.

Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya 

Diri : Terima kasih Encik Iman.

sebuah kronologi yang dibawa dari alam fantasi ke dunia reliti, moga ianya menggamit hati memujuk iman agar kembali melindungi hati memberi kesejahteraan kepada diri juga mendekatkan kita dengan Illahi.

ingatlah! bukan usrah sahaja pembangkit imanmu, bukan penggilan dari akhawat sahaja yang mencetuskan kesedaran dirimu, bukan hari yang padat dengan aktivias dakwah sahaja yang akan menggerakkan nuranimu. juga bukan paksaan dari murobbiah mu sahaja yang mengisi rohani mu, tapi kembali kepada ujian yang diturunkan dari Nya ini, ujian 'futur' tanda Dia mahu kita kembalikan ketulusan iman kita. Hanya padaNya. Lihat sekeliling yang dijadikan untuk mu. Moga kau mendapat cahaya Rabbani.

salam pembebasan diri dari jahiliyah yang sentiasa berkunjung tak henti.

July 13, 2011

....disini....

Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah keperluan
bukan sekedar sambilan apalagi hiburan

Aku rindu zaman ketika mambina adalah kewajiban 
bukan pilihan apalagi beban dan paksaan

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan
bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan,
 bukan keraguan apalagi kecurigaan

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan
bukan tuntutan, hujatan dan obyekan….

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan
 bukan su’udzon atau menjatuhkan

Aku rindu zaman ketika kita semua 
memberikan segalanya untuk da’wah ini

Aku Rindu zaman ketika nasyid ghuroba
 manjadi lagu kebangsaan

Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan 
dan terlambat adalah kelalaian

Aku rindu zaman ketika malam gerimis 
pergi ke puncak mengisi dauroh 
dengan ongkos yang cukup2
dan peta tak jelas

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah (akhawat) 
benar-benar berjalan kaki 2 jam 
di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah …

Aku rindu zaman ketika pergi liqo 
selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan 
dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan

Aku rindu zaman ketika binaan menangis 
karena tak bisa hadir di liqo

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk 
untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah 
berangkat liqo dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi 
sakit dan harus dirawat, 
para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya

Aku rindu zaman itu

Ya Rabb …
Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami

Ya Rabb …
Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini … 

 DIPETIK : KH Rahmat (Sang Murobbi) 
Allah, izinkan ku membawa izzah nya dimana jalan mana ku berada...
.... hanya Kau yang tahu apa yang terbaik buatku
..... lapangkan lah dada ini seperti mana  ku cuba melapangkan urusan hambaMu
..  tenangkan lah hati ini saat aku berusaha menenangkan mereka yang disampingku
... sabarkan aku sebagaimana aku cuba untuk memahami semua ini...
moga kau beri aku kekuatan saat kegoncangan dan keredaan...

muthabaah jdkan amalan dan suasana
... hati itu bawalah kepada Yang Esa... 

serah lah ! sabar lah! sedar lah! 

July 10, 2011

Negeri indah~

tumpang semangat adik~

hayati hingga titiskan air mata... 
ha... ha... ha...

Singsingkan lengan baju pancangkan asa
Ukirlah hari esok pertiwi jaya
Bergandengan tangan tuk meraih ridho Allah

Buatlah negri ini selalu tersenyum
Bahagia dan Sejahtera dalam cinta-Nya
Tiada lagi resah tiada lagi duka lara

Negeri indah 
oh malaysia
Memanggil namamu
Menyapa nuranimu

Negeri Indah 
oh Malaysia
Menanti hadirmu
Rindukan karyamu 

edit dari : Indonesia Memanggil by shoutul Harakah

Malaysia hak milik rakyatnya, bukan hak milik sebuah pertubuhan NGO atau sesebuah Badan politik semata.

July 6, 2011

aprisiasi lagi~

Post yang sudah lama tersimpan dalam memori. InsyaAllah., ditujukan buat insan yang bertanggungjawab menepuk diri agar bergerak berhijrah menuju kesyumulan cintaNya. Khas buat ukhti AR ex graduate Universiti Tarbiyah Manusia (UTM). Buat masa ni nyanyikan melodi sendiri, munsyeed sebenar akan menyusul pula selepas ini.
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan...
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
munsyeed : UNIC

terima kasih kerana sudi memanggil aku sebagai ukhti, walau seringkali ku mencipta keserabutan, memilih sesuatu yang nampak agak sumbang, luahan perasaan yang sukar diterjemahkan, bisik rahsia yang buat anti susah nak faham. InsyaAllah, tautan rabithah ini akan tetap berada dalam maghfirahnya.
venue : Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) 
time : seperti masa blog post (rehat)
mood : kenangan semalam

Stay for Ummah or run from Jannah

salam perjuangan 

semakin laju masa merangkak pergi, semakin banyak bebanan yang diterima semakin besar skope dakwah yang dilalui semakin banyak pula cabaran yang wajib ditempuh. Ketika inilah, terasa semakin banyak kekangan yang menjengah. Jika dahulu, tajuk pengorbanan yang sering menjadi mainan bibir menguatkan mereka yang lemah, bila ujian tertuju kepada diri, semuanya seolah menemui jalan buntu. Asam garam seorang hamba yang berkumpul berjuang untuk menegakkan kalimah Allah. Hati tempat persinggahan segala rasa. Ingat lah pesannya dalam kitab Nya yang mulia.

''janganlah kamu lemah dan janganlah kamu bersedih hati sedangkan kamu orang beriman''
(ali imran 3 : 139) 

Lumrah manusia jika punya rasa begitu, kerana itu memang sunatullah yang Maha Punya Suratan. Namun bersyukurlah, kelelahan saat sedang gencar dalam perjalanan itu tanda Dia mahu membersihkan kita dari dosa.

'' apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?'' (ankabut 29 : 3)

Rasa sesak menghimpit akibat kewangan yang tidak stabil, situasi pekerjaan yang tidak memahami waktu seorang da'ie, ahli unit yang tidak dapat beri komitmen, ada pula berlaku interaksi yang tidak harmoni dalam satu organisasi, semangat bergerak yang semakin pudar, da'ie yang on off, kader yang susah nak memahami dan segala macam kesusahan yang bisa menghenyakkan punggung ke kerusi juga menaikkan kadar denyutan jantung mengalahkan orang lari,  semua itu akan dilalui oleh seorang insan lebih-lebih lagi buat da'ie ilallah yang sudah berjanji taat setia akan memikul tugas ini. Setiap orang akan melalui fasa ini.Ingatlah, jalan ini terlalu suci sehingga hanya akan dihuni oleh orang-orang yang benar-benar tulus. Sibak lah Al-Quran bila terasa kau sedang berada dizon ujian ini. Ayuh sama-sama renungi ayat ini.

'' wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan jiwa dan harta mu. Itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ''( as saff 61 : 10) 

duhai ikhwah dan akhawat yang dirahmati kerana Allah, bukan senang untuk kita sampai ke tahap ini. Pun masih jauh perjalanan kita yang akan kita tempuhi. Jika dahulu kita kuat dan bersungguh kerana kemanisan iman yang kita rasai, ayuh cek semula darjah keimanan saat ini. 

Marilah! rehatkan dirimu untuk seketika, namun perlu diingat diwaktu kerehatan ini, berjaga-jaga dari tipuan syaitan durjana. Beri peluang pada diri menginsafi setiap apa yang terjadi. Lapangkan fikiran, renung segala akibat dan sebab jika kau terus-terusan bersikap sebegini. Ingat! bukan kau seorang sahaja dijalan ini, ramai lagi yang memerlukan khidmat bakti mu. Kembalikan semuanya pada Yang Esa. Bukankah orang mukmin itu ajaib! kembali kepada Allah saat ditimpa ujian? 

teruskanlah bergerak sehingga kelelahan bosan untuk menjengukmu. 

insyaAllah, pasti ada jalan. 

''dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan kami, kami akn tunjukkan jalan-jalan kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik'' (al ankabut 21 : 69) 

syurganya menanti dengan segala macam kemanisan yang  pasti. Duri dijalan ini, memang sakit untuk diinjaki, namun kau lebih tahu mana yang terbaik buat diri. You is your choise. Stay for ummah or run from Jannah. 

p/s : post ini banyak nye ditujukan khas buat diri sendiri, yang baru je  nak bertatih belajar bertahan disetiap fasa kefahaman yang Allah beri. Moga salam perjuangan dariku ini, bisa menjadi satu nilai disyurga nanti. Ya Rasulullah, syafaat kan kami, ya Allah! bantulah kami untuk meneruskan langkahan ini. 

July 4, 2011

nikmat yang membawa hikmat

 p/s : post ini adalah perkongsian penulis, penulis tidak bertanggungjawab atas segala kemalangan jiwa dan kecederaan hati bila selesai membacanya. (copy n paste ayat ek adeq)

Nikmat sakit  

Manusia ni tidak akan selamanya sihat, jawabku apabila seorang sahabat bertanyakan macam tak sihat je ni, suara lain macam. Oh walaupun begitu, marilah bersyukur dengan nikmat ini. Jika tidak, bukan senang lidah ini nak mengucapkan hamdallah. Tika demam selesema menyerang maka akan sering kita menyebut alhamdulillah. Berduyun-duyun juga doa orang bersebelahan kita dengan doa moga kita dalam rahmat Allah.
''hatchummmm...!!'' alhamdulillah
'' yarhamukallah'' terima kasih siapa yang mendoakan itu. 

sakit tu nikmat. 
Beri peluag pada saudara yang lain menambah pahala. Pernah terbaca satu buku 'kiat-kiat menyentuh hati ' tulisan 'Abas As-Sisi' yang menyentuh tentang kepentingan seorang saudara terhadap saudaranya yang lain. Dipetik dari hadis Rasulullah S.A.W antara salah satu intipati penting adalah ''jika seorang saudara bersin, saudara yang mendengan hendaklah mengucapkan yarhamukallah bila dia mendengar ucapan alhamdulillah dari saudaranya yang bersin''. Nampak tak nikmat sakit tu?

Pada awalnya, ingatkan ni lah penangan Mukhoiyam di Johor baru-baru ni, almaklumlah, tidur berbumbungkan awan gelap, berselimutkan embun dan akhirnya bermandikan rintik-rintik hujan. 
(memperkasa akhawat agar bersedia susah) mujur ada unggun api. Ditambah lagi denngan sekalian akhawat senior wardahians pun demam.Tapi rupa-rupanya memang sedang musim demam selesema & batuk. Buktinya,  masuk pejabat terserempak dengan makcik cleaner pun demam, officemate pemilik Kancil KBC 3762 (cam tak sure) pun demam juga. Subhanallah, faktor cuaca barangkali. 

Nikmat rindu 
Hati ini hanya Allah yang tahu betapa rindunya dengan Maahaj Johor ( MJ). Sambil cari fatwa sambil jalan-jalan blog. Bukan saja-saja tapi membuang ngantuk yang tak habis-habis bertandang. Ditambah dengan suhu bilik yang memaksa kulit memucat. Bertambah lar, tak sihat. Jalan-jalan dan terbaca blog sorang senior MJ bertajuk sebuah perjalanan beliau sedang menjadi guru praktikal di Maahad Johor sekarang. Serius, terselit sedikit cemburu bila mendengar beliau akan mengajar disitu. Ingin pulang semula ke situ, ingin merasai biah disitu, ingin mengenang kembali saat awal pentarbiayahan dan ingin menarik ahlinya agar dapat sama-sama merasai nikmat tarbiyah. Kesitu lah cemburu itu dihala tuju kan. Banyak perubahan mungkin, tapi kesuburan tanah itu dengan ilmu Islam, tak pernah berubah. InsyaAllah.

maahadi anta hubbi 

Diam tak diam, sudah 4 tahun meninggalkan bumi itu. Teringat ketika dipanggil untuk menjadi salah seorang panel 2 tahun lepas. Bagi memberi semangat baru untuk adik-adik maahad johor yang akan menghadapi peperiksaan. Bercampur baur perasaan ketika melangkah kan kaki di pintu pagar aspuri MJ. Ketika itu, usia berada di universiti baru mencecah 3 bulan. Subhanallah, terharu. Air mata saja yang dapat dizahirkan. Terlalu emosional malam itu, sehingga ketika forum, kalimah ini sahaja yang terkeluar dari bibir.

''adik-adik, ambillah setiap permata yang antunna dapat sepanjang sisa berada disini, jangan sis-sia kan semua yang ingin Allah beri. Hirup manisnya madu taman yang islami ini'' kataku berulang kali.

Medan Jihad (MJ) itu disana segalanya bermula. Walaupun mendapat nikmat belajar disekolah agama semenjak dibangku sekolah rendah, sewaktu di Maahad Johor baru merasai kemanakah hala tuju ilmu itu seharusnya digunakan. Jika selama ni merasakan ilmu itu hanya untuk kegunaan diri atas urusan duniawi, tapi di sanalah terbuka mata dan minda bahawa ilmu itu akan beku jika tidak dikembangkan kepada saudara seislam yang lain. Memang ada bercita-cita untuk menyalurkan ilmu itu kepada anak bangsa, tapi feel ruhi tiada. Jadi hanya menganggap ia adalah lumrah kehidupan seorang insan yang dididik dengan agama. 
Merasa sentuhan tarbiyah dari lingkungan halaqah cinta, baru terbuka minda tentang kepentingan ilmu YANG dipelajari. Tambahan disentuh oleh insan yang dahulunya sekolah sains. Bukan berasal dari sekolah agama. Subhanallah, kemanisan nya hanya akan ditempuh oleh mereka yang ber hati terbuka. 
Apa yang didapati dalam halaqah relate dengan MJ ni : 
1) Semangat untuk praktis ilmu yang dipelajari
2) Praktikal bagi semua ilmu kehidupan 
3) Nilai tambah dalam diri meningkat
4) Fungsi Al-Quran dapat dihayati dengan sentuhan hikmah
5) Membantu Istiqamah dalam perjuangan utama dakwah 
6) Yakin dengan janji Allah buat mereka yang menolong agamaNya, maka Allah akn menolong nya. 
7) Kejar cintaNya satu hari nanti akan kau kecapi 'cintanya' 
8) Keluar dari Maahad Johor dah tahu ke mana hala tuju hidup.
............................................................ dan banyak lagi.

warghhh... terlalu banyak sangat rasa yang ingin dikongsi, cuma akal ini tidak dapat menterjemah ke dalam tulisan. Nak rasa? masih belum terlambat lgi jika nak terjun ke dalamnya.

Terlalu banyak kebaikannya buat mereka yang menghayati setiap nikmat yang Dia beri. Bila berta'aruf dengan kawan baru, berbagai expresi diberikan bila aku menjawab, 'sebelum ni belajar di Maahad Johor' respon yang paling kerap adalah.''waahh!! subhanallah, mantap lah..!'' tapi, bagiku, tiada apa ertinya Medan itu jika tiada sentuhan tarbiyah. 

Buat sahabat yang pernah belajar di Maahad Johor diluar sana. Teruskan menjaga izzah MJ itu, Medan Jihad menuntut ilmu para ulama'. Andai rasa tersasar, kembalilah merenung kembali, kemanisan biah di sana. Siapa lagi jika bukan anda yang harus mencorakkannya. Jangan kita hanya tahu menggunakan nama Maahaj Johor sebagai satu nama yang sangat gah di mata masyarakat bila orang bertanya 'sebelum ini sekolah mana?'. cubalah bersikap seperti layaknya mereka yang digelar Pelajar Maahad Johor. 

Wahai pendidik di Maahad Johor, kalian terlalu berjasa. Hanya Allah yang bisa membalasnya. 

dah 50 tahun kamu ya hubbi..
rindunya susur laluan ini....    

buka mata buka hati walaupun ianya hanyalah niat dikongsi...

logo MJ warna ungu tu...~