twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

September 25, 2011

kerana kau.....

khusus buat diri dan akhawat tercinta khususnya dan sesiapa yang bercita-cita mendapat syurga disamping serikandi Islam amnya...

salam diberi pembuka bicara
jom renungkan bersama-sama.. 
wahai puteri! 
Islammu kini ketandusan pembela
bersama sendu mengalir lesu,
tertunggu-tunggu mujaddid baru..
kembangnya kini diulit sepi..
tiada lagi rajaluddin sejati..

wahai puteri,
khidmatmu dinanti..
ummah derita engkau pengubatnya...
kelembutanmu penawar sengsara..
engkau penyeri islam dan tamannya..
tanganmu bakal menggoncang dunia.
cuba kau renungkan
kau menginginkan anakmu menjadi soleh dan solehah..
gambaran bagaimana yang dikau bayangkan pada diri mereka
tetap kau harapkan kebaikan
anak yang mendengar kata
baik akhlaknya
disegani orang kerana mengikuti semua ajaran agamaNya..
namun,
lihat dirimu..
bagaimana auratmu dihadapan lelaki ajnabi?
wajarkah kau menginginkan anak yang menutup aurat jika kamu sendiri tidak rapi menjaganya..
kasihan mereka,
lihat solatmu..
hanya sekadar syarat ia ditunaikan atau penuh penghayatan..
lalu bagaimana anak kita nanti jika mereka tidak mahu mendirikannya
kita mahu apakan mereka? pukul? mencaci? 
apa kata lakukan itu dahulu untuk dirimu..

wahai sahabat puteri yang dikasihi Rasulullah.. 
malumu mahkota yang tidak ternilai harganya..
lalu wajarkah kau mempamerkan nikmat kecantikan wajah yang Allah anugerahkan kepadamu
di facebook? di blog? myspace? ingin rasanya kalian
mempamerkannya di semua kemudahan maya bukan?
agar dipuji, mendapat sanjungan tinggi, teruna menggilai...
begitukah?

nafikan kata-kata ku ini! 
lantas bertindaklah berdasarkan IMAN dihati
hatimu dekat dengan rahimmu
jika hatimu hitam bagaimana mampu melahirkan zuriat yang putih bersih fikrah agamanya
tegakkan syariat Allah dalam dirimu...
nescaya Allah akan membantumu menolong agamaNya

kita tidak segagah lelaki yang bisa merubah dunia menjadikan ISLAM sebagai RAJA alam ini..
tapi tanpa kita, akan adakah lelaki begitu?
sedarlah, 
kita yang mencorakkannya....

bertindak sekarang! 
tanam dan amalkan ISLAM dalam kehidupanmu..
jika kau tidak mahu untuk dirimu
fikirkan nanti bagaimana zuriatmu...

....  lahirnya pembela agama.  

tangan dihulur maaf diucap.. buat tatapan diri terutamanya... minta maaf salah silap... moga manfaat ini kita kongsi bersama... 

2 comments:

  1. salam InshaAllah..tidak semua wanita sosoknya lembut, lelaki jangan bersangka bahawa kami ini lemah dan mudah mengalah kepada proses penawananmu.hehe.

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH..sgt bermakna n bermanfaat~jzkk ukhti atas ingatan..^_~ zikr always