twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

August 26, 2010

mencari cinta teratas 3

 Suriya subuh memancar ceria. Burung berkicau mengimarahkan lagi alam yang sedang bermula. Cahayanya membuatkan hati yang lunak dengan ratiban zikir memuji kebesaran Illahi. Para ibu bapa keluar mencari rezeki, sang anak pula dihantar ke sekolah dengan iringan doa agar mereka menjadi anak yang soleh dan solehah bekalan doa di akhirat nanti. Hidup perlu diteruskan walau apa pun cabaran.

Di sebuah bilik tutor, duduk termenung seorang gadis bernama Sumayyah. Baginya, masa yang berlalu banyak mengajarnya erti kehidupan apatah lagi buat dirinya yang agak 'istimewa' berbanding sahabat yang lain. Komitmen yang dipikulnya bukan sesuatu yang mudah, perlukan kesabaran dan pengorbanan. Sementara menunggu coursemate tiba, lidahnya mengalunkan bacaan al-Quran dengan suara sederhana.

Allah berfirman : Telah diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak kamu sukai. Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu tetapi ia baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu dan itu lah yang terbaik buat kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.  (surah al-Baqaroh 2:216)

Sumayyah bermonolog. Ayat ini menginsafkan diri tentang kehilangan seorang sahabat seperjuangan. Mereka bukan meninggalkannya dari dunia tetapi berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik, kata mereka. Teringat naqibah kesayanganku berpesan lewat liqa' kelmarin.

" Segala apa yang berlaku sekarang ini serahkan lah pada Allah, mungkin diambilnya mentari tapi Allah ingin memberikan kita pelangi. InsyaAllah, kita semua masih dalam perjuangan yang sama cuma cara berbeza. Menegakkan kalimah Lailaha illallah itu yang utama. Betulkan niat antunna dalam berdakwah ini kerana Allah semata... kerana Allah!" semangat naqibahku memberi taujih menaikkan ruh kami yang sedang kelayuan.

Padaku, saat inilah kata-kata yang sering kami laungkan 'ukhuwah fillah' teruji. Memberi sedikit sebanyak pengalaman dan erti. Syaitan mula meniupkan bisikan permusuhan, ia hanya dapat ditepis dengan cahaya iman. Walau dalam lapangan dada ada robekan jiwa, jika segalanya diterima dengan redha, manis akhirnya. Ayuh diriku, bangkitlah! Dikaulah mujahid setia!!! monolog Sumayyah jauh merentasi sempadan masa. Dirasakannya masa terlalu lambat berlalu.

"Assalamu'alaikum ustazah, awal sampai" teguran classmate mengejutkan Sumayyah dari lamunan.
"Well you know me, Su ni kalau lambat nanti korang risau plak" seloroh Sumayyah.
"Allah, ades.., perasaan je tu. hahaha" usik Njihah.

" Mestilar, huhu, mana yang lain?" tanya Sumayyah
"Dalam bas lagi, biasalah hari ni mujahadah sikit nak naik bas. Banyak fakulti yang ada kuliah pepagi. Tidak bisa ku tolak akhirnya ku ditolak, huhu" balas Najihah disambut hilai tawa.

''Su nak hadiahkan Jiha sesuatu, ambil nii.." pinta Su sambil menyuakan al-Quran kepadanya.
''Apa topik hari ni, let's me see.. emmm.. menarik, Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNya, kekadang kita suka tapi bukan yang terbaik buat kita dan sebaliknya.. betul3"
jelas Najihah sambil meniru gaya upin dan ipin.

" Su nak relatekan ayat ni dengan suruhan Allah dalam berdakwah, dakwah itu kehidupan seorang muslim kerana seluruh penghidupan seorang muslim itu adalah ibadah. Jangan biarkan hari mu berlalu tanpa zikir. Amar ma'aruf nahi munkar juga adalah zikir.Zikir bererti ingat dan dispesifikkan kepada mengingati Allah walau apa jua keadaan kita. Dakwah juga nak tak nak siapa yang bergelar muslim wajib lakukan. Itu lar yang terbaik." jelas Sumayyah panjang lebar.

Perbincangan mereka diganggu oleh ringtone nasyid Sunnah orang berjuang milik Sumayyah.
Dia tersenyum tatkala melihat nama yang muncul di skrin telefon bimbitnya. Dia meminta izin untuk menjawab panggilan.

" Assalamu'alaikum, kaifa haluki ukhti" tanya Sumayyah memulakan bicara. Senyap.
''.. haaa... nak kenakan Su ye" tanya Sumayyah lagi. Namun, tetap tiada jawapan. Dia memandang skrin, 'eh,masih dalam talian' getusnya
Dia merasa tidak sedap hati, talian diputuskan dan didailnya semula nombor si pemanggil.

Kini kedengaran esak tangis si pemanggil. Sayu dan syahdu seolah-olah dia menanggung beban yang sangat berat. Risau Sumayyah semakin menggila, andainya sang pemanggil berada di depan mata, pasti sudah didakapnya.

'' Menangislah ukhti, andai itu yang melegakanmu'' kata Sumayyah didalam sebak.
''..........em, alhamdulillah....... maaf ukhti........ nanti ana call semula ye'' jawab si pemanggil lalu memutuskan talian.

Selang beberapa minit kemudian. Telefon Sumayyah berdering lagi, tanpa membuang masa, Sumayyah menekan punat angkat.

''Assalamu'alaikum, ukhti sihat'' tanya si pemanggil dalam suara serak akibat tangisan.

''Alhamdulillah sihat, anti tu sihat tak'' balas Sumayyah.

''hehehe, sihat lar ni, tu yang mampu call Su''

'' Sempat lagi dia ye, nape ni Dijah? anti tak ok kan? meh share kat ana'' pinta Sumayyah.

'' Entah lar Su, Dijah dilanda futur barangkali... Rasa down sangat. Macam nak lepaskan segala-galanya. Dakwah dah terabai sebab sibuk sangat dengan aktiviti kolej dan kampus, akhawat pun dah jarang contact, diuji pula dengan muslimin mane entah yang ada perasaan kat Dijah. ya Allah! berat sangat. Su datanglar sini, temankan Dijah lalui semua ujian ni'' luah Hadijah panjang lebar. Terdengar esak tangisnya.

'' Sayangnya Allah kat Dijah, tiap-tiap hari Allah nak dengar suara Dijah. Boleh solat tak ni?'' tanya Sumayyah.

'' Bolehh... tolong Dijah ye''

'' Ye sayang, apa saje untuk akhawat ni. Dijah, cuba pegang hati Dijah, tanya kat hati yang paling dalam, Allah kat mana, dakwah kat mana dihati kamu,,? tanya dan jawab sendiri. Kalau ketenangan tu kita dapat capai dengan sibuknya kita dengan perkara lain selain dakwah, just go ahead. Tapi kalau bila kita tinggalkan dakwah hati kita tak boleh tenteram, sentiasa rasa kosong.. wajar tak kita tinggalkan dia?'' Sumayyah cuba memujuk temannya itu.
"...... Su beri analogi kat Dijah ye, waktu kita kecil dulu, mak kita pakaikan baju cantik dan bersih then lepaskan kita main. Kita akan main dan pegang apa sahaja yang kita suka tanpa mengenal bahaya sampailah baju kita di selaputi debu yang kotor. Bila kita balik rumah, mak kita akan tukar baju kita dengan baju yang bersih. Waktu tu, kalau mak kita pakaikan baju kita dengan baju yang dah kotor tu kita nak pakai tak? confirm taknak kan? Macam tu juga relate tarbiyah dan dakwah, dulu kita tak mengenal erti hidup ni. Warna-warni tarbiyah mencorak kita ke arah yang lebih sempurna. Takkan kita nak kembali ke saat kita tak mengerti itu? Sekarang giliran kita untuk memberi erti ukhti., Allah tahu kita mampu, sebab tu diuji kita sebegitu. Okey ukhti?" tanya Sumayyah.

'' Alhamdulillah, reda sikit gelombang kat jiwa ni.. Jazakillahu khoi ukhti.'' jawab Hadijah.

''La syukron ala wajib, betul dah ok ni? jangan sambung nangis ye, malam ni, sujud tahajud lama sikit. nangis sepuasmua waktu tu'' usik Sumayyah.

'' Nak sambung, tapi tangisan kesyukuran kerana Allah sentiasa meletakkan Dijah dikalangan orang yang sentiasa mengingatiNya'' gurau Hadijah ketawanya kedengaran.

'' Hehe, yelah.. ape2 aje, Su pun nak minta Dijah doakan moga tabah menghadapi ujian yang menimpa ye, moga Su tak kalah dengan ujian ni. Su doakan Dijah dapat contohi isteri kesayangan Rasulullah Saidatina Hadijah. Apa yang penting, pentingkan mane2 yang sangat penting. Dijah tahu kat mana diri Dijah dan teruskan dengan perjuangan. Moga terus gencar! yeah!!'' tambah Sumayyah.

'' Eh, tak ade kelas ke ni?'' tanya Hadijah.

'' Huhu, tak ada tapi baru tahu pagi tadi'' jawab Sumayyah.

" Ok ye Dijah, Su nak dengar talk Fatimah Syarha dan zaujnya Dr. Farhan Hadi ni.. kalau ada masalah jangan segan taw nak share dengan Su''

'' Insyaallah, terima kasih sekali lagi'' ucap Hadijah lantas mematikan talian, takut pula sekiranya perbualan berpanjangan.

Sumayyah menarik nafas lega. Alhamdulillah, sekali tekad takkan pernah berundur. Moga ini wasilah kekuatan. Sambil menyusun langkah menuju ke DKP, Sumayyah menitip doa buat semua sahabatnya yang turut sama mempunyai 'komitmen'. Moga langkah ini setegar langkah mujahidah setia. Dakwah itu kehidupanku.

Wallahu ta'ala a'lam.

-relakan diri berubah dan relakan diri diubah-

No comments:

Post a Comment