twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

August 26, 2010

mencari cinta teratas 2

 ''ya Allah, sape plak yang gatai tangan dok sepah aku punye buku ni.. terima kasih lah pagi2 dah buat aku sabar'' omelan Hadijah singgah ditelinga Farhana.

''Awatnya?? semacam jeq ana tengok, dapat surat layang lagi ke? tegur Farhana.

Tanpa menghiraukan teguran Farhana, Hadijah terus mengemas buku yang berselerak memandangkan jam sudah menghampiri pukul 7.30am. Tiba-tiba.....

"eh, makhluk ni datang lagi" bisik Hadijah lantas terduduk. Hampir menangis dia apabila menatap cebisan surat tanpa pemilik itu.Singkat mesejnya tapi cukup membuat jiwanya gundah.

''in the name of Allah, moga saudari bisa menjadi mawar yang berduri menjadi peneman syuhada' di firdausi' 

allazi mukhlis

Hampir setiap minggu dia menerimanya dan setiap kali itu jugalah, hatinya sangat perit untuk memikirkan hal ini. Ianya cukup mengganggu jiwanya yang mudah terusik dengan hal sebegini.
'Astaghfirullah.., Hasbi Rabbi jallallah, ma fi Qalbi Ghairullah..' zikirnya perlahan menenangkan hati yang gundah. Bagaikan salju dirasakan mengalir membasahi hatinya, tenang dalam kesyahduan tatkala mengalunkan asma-Nya. benarlah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang.
''Lupakan ini buat seketika duhai diriku, Allah tahu engkau mampu, let's focus to the study!'' bisik Hadijah memujuk diri.

****
" Perkara pertama apabila kita mahu berubah, bersihkan nama kita dari lelaki. Hati lah tempat jatuhnya pandangan Allah dan di situ jugalah hala tuju diri kita samada kita ni positive or negative person. Allah akan menguji kelemahan setiap dari hambanya untuk menjadikan kita memperbaikinya. Jangan mohon dikecilkan ujian, tapi mintalah dibesarkan hati untuk menerima ujian itu. Zaman remaja memang tidak akan terlepas dari masalah sebegini. Lumrah dan fitrah ini terlalu suci untuk dipersoalkan, tapi tepuklah dada kita tanya iman kita sejauh mana kita ikhlas untuk menyintai Allah. Bukan sekadar ini sahaja, setiap hawa memang akan diuji dengan lelaki selagi dia belum nikah. Bertahanlah ukhti.. mohon doa dariNya moga kita terhindar dari perkara yang menjauhkan diri kita dariNya'' panjang lebar k.yana memberi taujih halaqah kali ini.

Berdesup hati Hadijah mendengar masukan itu, keringat membasahi dahinya. Perasaan malu membuatnya terus tertunduk. Walaupun sahabat lain terus mengajukan musykilah, tidak sedikitpun dia bersuara.

Usai bersalaman dengan naqibahnya, dia terus menuju ke bilik meninggalkan sahabat lain yang kehairanan. Dia terus mengambil wudhu' dan melakukan solat taubat. Sujudnya lama merintih, mengadu pada yang maha Esa akan kegundahannya.
' ya Allah! andai ujian ini yang mendekatkan aku denganMu, aku redha.. namun jangan ya Allah, jangan Kau jadikan ujian ini semakin ku menjauh dari Mu' rintahnya pada sang Khalik yang mencipta alam buana. Suasana malam itu menambah ketenangan di hatinya.

'' Ukhti, tolong tengokkan Hadijah ye, akak rasa dia ada masalah tu.'' pesan naqibahku.

'' InsyaAllah akak, Dijah memang macam tu, nanti bila dah reda ana akan tanya ye. Akan jangan risaulah..serah kat ana ye'' jawabku.

''Jazakillahu khoirul jaza' ukhti, Su akak pulang dulu" balasnya sambil tersenyum.
Kami bersalaman dan seperti biasa beliau akan memberikan pelukan ukhuwah yang sangat erat sambil membisikkan kata-kata semangat agar aku terus tsabat di jalan ini.Inilah ukhuwah. The power of ukhuwah dan ukhuwah fillah, hadiah dari Allah pada mereka yang saling mengasihi kerana jalanNya.Sebagai balasannya aku akan menghantarnya sehingga ke pintu pagar.

***
Suasana asrama telah pun sunyi. Hanya suara cengkerik kedengaran. Namun, mata Sumayyah tidak mahu lelap memikirkan apa senenarnya yang dihadapi oleh sahabatnya Hadijah. Tiba-tiba kedengaran pintu terkuak dan seseorang masuk. Sumayyah berpura-pura memejamkan mata apabila mengetahui Hadijah masuk.

'' Lamanya beruzlah, tak ajak pun ye'' tegur Sumayyah mengejutkan Hadijah.

''Ya Allah! Alhamdulillah tak ada sakit jantung, kalau tak, susah Ustazah Suhaiza kena hantar hospital malam-malam ni, kok ye pun bagi lar salam ke ape ke.. ish'' marah Hadijah.

''Hehe, assalamu'alaikum ukhti, bleh ana tahu kemana gerangannya kamu?'' pinta Sumayyah sambil ketawa.

''Ha.. molek sikit camtu, tak ke mana pun, kat musolla jeq temankan cicak kat situ, kesian mereka sorang-sorang, hehe'' seloroh Hadijah.

'' Amboii... boleh buat lawak plak dia. Kita risau bukan main, dia tinggalkan kita sorang-sorang bukan nak kesian. Cicak tu juga lah yang untung ye...'' bebel Sumayyah.

''Yekew, ana mutaassifah ya ukhti, jazakillahu khoirul jaza' for your concern. huarrrgh... mata ana dah ala-ala puyu ni, jom tidur, hikayati sauwassilu ghodan, assalamu'alaikum'' sambung Hadijah.

'' La syukron 'ala wajib, wa'alaikumussalam'' balas Sumayyah.

***
Sunyi dewan peperiksaan, hanya kedengaran helaian kertas diselak oleh calon peperiksaan. Saat inilah, kebergantungan kepada Allah setinggi jabal Uhud. Sangat unik, waktu peperiksaan adalah waktu yang membuatkan pelajar merasa ingin dekat dengan Allah. Ia menjadi satu fenomena, apabila musim peperiksaan sahaja, musolla akan ceria dengan solat sunat, program qiamullail akan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan tidak kurang juga jika ada yang bermusuhan akan berbaik dikala itu. Alangkah indahnya jika suasana sebegitu kekal hingga ke hari biasa.

''Masa menjawab sudah tamat, berhenti menulis dan sila letakkan pen dan pensel anda'' arah ketua peperiksaan.
 ''.... sila letakkan pen dan pensel anda di kanan anda" sambung ketua peperiksaan apabila menyedari ada pelajar yang masih menulis jawapan.
 "... terima kasih atas kerjasama anda, ma'a taufiq wannajah. boleh bersurai" sambungnya

Semua pelajar beredar meninggalkan dewan membiarkan pengawas peperiksaan mengutip kertas jawapan.
Terpancar riak gembira di wajah mereka setelah bertungkus lumus menjawab peperiksaan STAM selama seminggu. Terasa ringan beban yang dipikul.

"Amacam tadi, ok?" tanya Sumayyah

"Alhamdulillah, khoir.. Tawakal pada Allah dari awal hingga akhirnya.Su balik bila ni, atau nak stay jeq kat sini? " usik Hadijah.

" Ish cik adik ni, belum ape-ape dah lupa. Kita tak jadi nak ziarah kak yana ke?'' tanya Sumayyah sambil memandang Hadijah.

"Allah! lupa sementara lar pula..haha" tangan yang tadinya ligat memasukkan baju ke dalam beg terhenti.

" Kita pergi berdua je ye?" sambung Hadijah.

" Nampaknya macam tu lah" jawab Sumayyah.

" Aiwa La Baksa, pasni 3 bulan tak jumpa.." balas Hadijah sambil tersenyum.

***
"... tapi akhirnya muslimin tu minta maaf, terlalu ikut kan kata hati sangat katanya.Alhamdulillah, selesai masalah.'' senyum Hadijah mengakhiri cerita.

 "Ooooh.. alkisahnya, ini rupanya ribut yang melanda. Mujur Su taw benda ni sekarang, kalau tak mahu kena sembur itu muslimin. Suka hati je nak kacau kawan ana ni"

" Haa... sebab tu lah Dijah rahsiakan, tapi betullah, pengalaman itu adalah pengajaran terbaik untuk manusia kan. Lepas dari kejadian itu, ana jadi lebih berhati-hati nak nasihatkan orang. Allah akan uji apa yang kita kata. Waktu perkara tu berlaku, memang ada kawan kita yang mengadu asyik diganggu muslimin, asyik kena usha, siap dapat hadiah lagi. Dijah jawab, korang mesti kuat dan lawan. Diri kita adalah main power yang utama. Perit rupanya... Su kalau ada masalah macam ni kena kuatkan kesabaran taw, yang penting kawal emosi" jelas Hadijah panjang lebar.
''... lagi satu, mujur kita berada di jalan tarbiyah ni, dikelilingi oleh sahabat yang baik-baik, pandang muka mereka jeq tak jadi nak buat jahat. Ada mutaba'ah yang sering ingatkan kita tentang amalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah, halaqah untuk refresh iman kita tiap minggu, juga akhawat yang sering ingatkan kita tentang perlunya refill pahala selalu, doakan dijah moga thabat ye." sambungnya lagi. Sumayyah menjadi pendengar setia menghadam semua nasihat sahabatnya itu. Pandangannya dilemparkan pada sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain air di Pantai Punggur yang terletak di Pontian Johor itu.

''Kita perlu pada tarbiyah sahabatku, moga kita sama-sama tsabat untuk mempertahankan diri dari dunia yang penuh mehnah ini. Moga kau menjadi mawar yang berduri'' doa Sumayyah didalam hati.  

Sekarang baru Sumayyah mengetahui apa sebenarnya yang berlaku, sahabatnya itu berubah watak kala itu. Lebih suka mendiamkan diri, selalu pulang lewat dan bila di tanya ke mana jawapannya membawa diri mencari cinta teratas. Tabah dirinya menyerahkan segalanya kepada Allah. Rupa-rupanya, ada muslimin yang menaruh harapan kepadanya. Akhirnya Hadijah tekad untuk bertemu dengan muslimin tersebut dan menjelaskan ketidak senangan hatinya menerima surat itu. Allah permudahkan, muslimin itu mempunyai kembar yang bernama Halimah. Mujur adik kembarnya itu agak rapat dengannya. Pada awalnya, Halimah tidak menyangka abangnya akan melakukan itu tapi setelah diselidik, benarlah apa yang berlaku.

Tenang air di pantai itu setenang jiwa mereka.Hadijah dan Sumayyah menarik nafas lega. Sekolah itu tidak akan dilupakan, disanalah segalanya bermula. Menjadikan mereka memahami apa itu perjuangan dan kehidupan. Mujahadah yang menjadi bekal diharap cukup sebelum saat bertemu Allah.

Cuti tiga bulan menanti mereka.Saat inilah segala ilmu yang ditimba selama 10 bulan akan cuba di aplikasikan.  Saat itu jugalah akan di uji sejauh mana mereka dapat bertahan dengan segala macam ujian yang mematangkan. Saat itu, barulah terasa nikmatnya ukhuwah, nikmatnya pengisian dan nikmatnya sebuah mujahadah. Duduk dalam biah yang solehah tidak akan sama apabila dikelilingi suasana mayarakat biasa.Kata Imam Hassan Al Banna : 'Jadilah kamu biji benih yang bisa menghijaukan persekitaran dimana kamu dicampakkan'. Dakwah family menanti dan pastinya cabaran akan datang lebih mencabar.

''Dijah, see you di IPT'' ucap Sumayyah menutup pertemuan itu.

nantikan seterusnya.....

-relakan diri berubah dan relakan diri diubah-

No comments:

Post a Comment