twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

January 19, 2012

Jendela Gaza

Cahaya di ufuk senja samar-samar menghilang. Angin yang berhembus lembut menerbangkan debu tanah yang kering.

Di suatu rumah yang hampir roboh, robek disebabkan jentolak dan peluru soldadu Israel. Kelihatan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun termenung sambil menopang dagu di birai jendela. Jendela yang hanya ditutup oleh sehelai kain langsir hanya sebagai alas menutup ia dari ternganga  meraih unggas masuk. Kanak-kanak yang bernama Ahmed itu, saban senja akan begini. Usai solat maghrib, ia akan kembali berjeda. Jika kanak-kanak sebayanya di negara luar, jam ini mungkin akan digunakan untuk menonton rancangan kartun kegemaran. Tapi bagi Ahmed, jendela itulah alat tontonan cerita. Cerita kehidupan bahagia dan sengsara sebuah bandar bernama Gaza.

 ‘’Ahmed...’’ tiba-tiba ada suara halus menerpa telinganya. Dekat.

‘’ ya ibu...’’ sahutnya sambil menoleh memandang arah datang suara itu.

‘’ sudah senja begini, mengapa masih termenung disini?’’ tanya Puan  Omsyette sambil turut memandang luar jendela. Tidak kelihatan apa-apa. Hanya sinaran lampu jalanan dan cahaya rembulan. Lampu rumah yang suram itu pun tidak membantu penglihatan. Sengaja disuramkan agar selamat  dari Iblis soldadu Israel yang seenak mereka saja menerajang daun pintu.

‘’ Tiada apa ibu’’ jawabnya sambil sengihan mengoyak bibirnya.

‘’ Dah baca Al-Quran? Anak ibu dapat baca berapa muka surat hari ini?’’ tanya nya sambil mengusap kepala satu-satunya permata tinggalan suami. Sesekali terlihat olehnya percikan api kecil dari kawasan lapang yang jauh dari rumahnya. ‘mungkin ada yang sedang menunggu syahid disana’ detiknya sambil menghadiahkan al-Fatihah buat semua warga syuhada’. 
'atau mungkin tentera Hamas sedang membuat latihan, moga Allah membantu mereka' 

‘’Alhamdulillah.... separuh juzuk sudah. Lepas isyak nanti Ahmed akan sambung semula’’ jawab Ahmed tanpa lepas memandang kegelapan malam.

‘’ Baik anak ibu. Jangan lama-lama disini, ibu ke dapur dahulu’’ pinta Puan ingin berlalu. Baru beberapa langkah digerak Tiba-tiba.....

‘’ Ibu, bila Ahmed dapat bermain seperti dulu? Pagi-pagi keluar ke sekolah. Petang pula menolong ibu mengutip buah zaiton. Sekali-sekala pergi menghirup udara di pantai Gaza. Ahmed rindu.’’ Mulutnya lancar berbicara.

Puan Omsyette kembali mendapatkan Ahmed.  Di elus rambut anaknya dengan penuh belas. ‘kau masih terlalu mentah untuk mengrti makna  semua penderitaan ini anakku’ getus hatinya. Dia faham situasi Ahmed. Kehilangan bapa dalam usia seawal 8 tahun malah melihat bapanya syahid dihadapan mata sendiri, merupakan satu penderitaan batin yang tidak terungkap. Di kucup kepala Ahmed penuh kasih. 

‘’ Ahmed anakku, ingat tak apa yang Syeikh Ahmad Ghazzah sampaikan di rumah Hanak semalam?’’ tanya Puan Omsyette sengaja diimbau pesanan dari Syeikh Ahmad Ghazzah yang mengadakan kuliah setiap Khamis dirumah sahabat Ahmed sendiri. Walaupun siang malam diselubungi teriakan ngeri dan bunyi peluru mencari tubuh, namun mereka tidak sunyi dari kalam peringatan dan pengisian rohani.’’ Jasmani yang hidup itu berpunca dari hati yang hidup’’. Kata Syeikh Ahmad Ghazzah setiap kali mengakhiri pengisiannya.

‘’..........’’ mulut yang tadi petah berbicara menjadi kelu.

‘’ Masa bahagia lalu kita yang menyebabkan kita diuji hari ini. Kita bukan derita pada hakikatnya tapi kita sedang berbahagia dengan nikmat syahid yang akan datang bila-bila masa saja’’ kata Puan mengulangi pesanan Syeikh yang dikaguminya itu. Kata- kata Syeikh yang lumpuh kaki dan cacat kedua-dua penglihatannya itu, sentiasa menggerakkan setiap jiwa yang hadir untuk terus bersemangat.  Dirinya membuktikan, apa yang sentiasa di lafaz nya di akhir pengisian. Ya, hanya jiwa yang hidup bisa menggerakkan jasad untuk terus bersemangat.

‘’ anakku.. sini sayang... ‘’ katanya sambil menarik Ahmed dalam pelukannya. Ahmed berpaling dari jendela dan  membalas pelukan ibunya. Diusap lembut belakang Ahmed bagi meredakan perasaan anaknya.

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment