twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

December 28, 2011

Allah.. 
Langkahan ini ku teruskan tanpa henti
terus mencari makna sebuah kehidupan
jauh.......... ku rasakan masih terlalu jauh......
Suka, duka, pahit, bahagia
hampir semua sudah ku rasa
namun,
bukan lah bererti ku sudah matang 
dalam menilai segala kurniaMu
tidak..
hanya ingin dikatakan bahawa
kerana masih terlalu jauh perjalanan ini
pantas masih banyak lagi yang akan kurasai..

Langkahan ini adakalanya 
laju derasnya bak air yang mengalir ke hilir sungai
adakalanya
perlahan bak batu besar yang menyekat air mengalir
adakalanya
payah bak helaan nafas selepas kencang berlari
adakalanya
berhenti bak putusnya bekalan elektrik
namun
hikmahnya
semua yang dilalui akan ada kemanisan selepasnya.

tak semua faham akan rasa ini
walau 3 hari 3 malam dikongsi
Hanya Allah tempat rintihan hati
kerana hanya Dia yang tahu segala isi sanubari

Langkah kadang nampak sumbang dek kerana dunia baru yang diceburi..
ah..
kadang aku jadi sangsi
mengapa dalam berjuta insan aku yang diletakkan disini
yakini wahai diri!
walau kadang lintasan hati yang tidak mengerti mengejek bahawa
kerana dosamu kau disini
namun alhamdulillah, bisikan iman pantas memintasi
kau tidak tahu apa yang akan terjadi
tanggapi semua yang berlaku sekarang sebagai satu hikmah
yang ingin kau sangka baik denganNya..

Allah..
ku tahu perkongsian ini hanya untuk tatapan diriku satu masa nanti
saat itu mungkin aku sedang berbahagia dengan perjuangan ini
apa yang ingin ku kongsi
sekadar luahan hati

ya Allah
bantu aku untuk tsabat dijalan ini
sehingga mati
agar redhaMu sentiasa aku kecapi
sehingga ke pintu jannah Firdausi

p/s : jangan baca jika tak sesuai dengan jiwa anda.. 

3 comments:

  1. "bace je walau tak sesuai ngan jiwa anda"
    hehhehe

    ReplyDelete
  2. cam bese r.. huhu

    ^_^

    sonok type nampak, ngan laptop baru~ hehe