twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

November 23, 2011

Pengamen

dalam esak tangis, Hanak mengadu dengan sahabatnya Jannah

'' Aku dah usaha sedaya upaya, tapi gagal juga! nak dibandingkan dengan dia, tak usaha pun. Banyak main, selalu ponteng kuliah, assignment orang lain yang siapkan, tapi tetap dapat dekan, sedang aku?!''
nadanya separuh menjerit. 

'' erm.. mungkin tawakal kau kurang mantap berbanding dia'' Jannah cuba menuang air ditengan kemaraan sahabatnya itu.

'' Tiap malam aku bangun, solat diawal waktu, aku jaga lisan dari kecilkan hati orang lain, cuba jujur dalam setiap lapangan hidup, masih tak cukup lagi ke?. Entah. Terkadang terasa Tuhan ini tidak adil'' Luahnya sambil melepaskan keluhan berat. 

' Usah kata begitu, sedang rezeki yang kau ada untuk esok pun kau tak tahu, inikan pula nasib baik buruknya seseorang' kata Jannah, tapi kalam itu hanya terluah jauh disudut hatinya, takut kalau-kalau menambah berat lagi emosi sahabatnya. 

'' Tenang.'' jawabnya sepatah, mungkin itu yang lebih mampu meredakan gejolak jiwa Hanak, fikirnya. 

''........ kau pernah tak tengok orang peminta sedekah yang menyanyi mengharapkan orang bagi duit? Kat Malaysia jarang ada, tapi kat Indon banyak'' tanya Jannah

''erm... yang diorang panggil pengamen tu kan?'' jawab Hanak dalam ragu

'' yup, dalam citer apa entah yang ada Agnes Monica tu lar contohnya'' sambung Jannah mengiakan

'' Pastu apa kaitan ngan aku?'' pelik. Getusnya. 

''ok, aku nak tanya, kalau pengamen tu nyanyi lagu sedap agak-agak orang halau tak walaupun diorang taknak bagi duit?'' tanyanya lagi dan lagi.

''Mesti dengar jeq, lainlar kalau suara dia tak sedap, dengar pun tak mahu apa lagi nak beri duit'' jawab Hanak

''Kawan, camtu lar Allah. Kau pernah dengar tak ''wahai malaikat, biarkan hambaku itu terus menerus meminta, aku ingin terus mendengar suaranya'' masuk jarum

'' ..............'' Hanak bungkam.

'' Kalau kita mengeluh dengan Ibadah kita, ada something wrong somewhere kat diri kita, dari sudut niat contohnya, kau solat sebab Allah suruh ke sebab solat tu wajib?'' 

''wajib.''

''betul tapi kurang tepat, kalau kau solat sebab Allah suruh, kau akan buat saja walau tak dapat balasan dari Allah sebaliknya kalau kau rasa solat tu wajib, kau terus buat ke kalau hati kau tak yakin ganjaran dari ALLAH?'' jelas Jannah.

''emm...'' speechless.

'' Come on kawan, Allah kata dalam Al-Quran وقل اعملوا فسيرى الله عملكم kita buat saja apa yang kita mampu usaha, selebihnya pulang pada Dia, Allah lihat semua usaha kita,  kita kan selalu dengar 'student yang dapat 4.0 flat pun tak sure dapat kerja bagus atau kehidupan baik selepas grad, tu bukti yang apa pun yang berlaku, terus berusaha, doa jangan putus dan tawakal natijahnya'' hembusan nafas keluar.

'' Astaghfirullahal 'adzim'' beban terasa ringan sedikit. 

Hanak memandang wajah Jannah, perlahan-lahan senyuman terkoyak dibibirnya. 

'' betapa kasihnya Allah pada kita, takkan dibiarkan kita bersedih'' kata Jannah sambil merangkul sahabatnya dalam pelukan. 

'' terima kasih Jannah, tinggal aku saja yang nak laksanakan nya, terima kasih.'' kata Hanak membalas pelukan. 

'Alhamdulillah, moga ujian seberat ini lah yang mendekatkan aku dengan Mu' getus Hanak. 

tidak ingin dinding ini dibiar sepi
cuma semakin pantas ia berlari
dalam diam sudah lama ia tidak dijejaki
harapnya masih ada pahala yag terus terusan menanti... 
dalam older post ia takkan sunyi
itulah sunnatullah masa dan komitmen diri... 

3 comments:

  1. best..best..student selalu mengalami situasi ini..

    ReplyDelete
  2. macam pernah baca je..bagus, olahan dan adjustment yang sangat baik