twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

July 6, 2011

Stay for Ummah or run from Jannah

salam perjuangan 

semakin laju masa merangkak pergi, semakin banyak bebanan yang diterima semakin besar skope dakwah yang dilalui semakin banyak pula cabaran yang wajib ditempuh. Ketika inilah, terasa semakin banyak kekangan yang menjengah. Jika dahulu, tajuk pengorbanan yang sering menjadi mainan bibir menguatkan mereka yang lemah, bila ujian tertuju kepada diri, semuanya seolah menemui jalan buntu. Asam garam seorang hamba yang berkumpul berjuang untuk menegakkan kalimah Allah. Hati tempat persinggahan segala rasa. Ingat lah pesannya dalam kitab Nya yang mulia.

''janganlah kamu lemah dan janganlah kamu bersedih hati sedangkan kamu orang beriman''
(ali imran 3 : 139) 

Lumrah manusia jika punya rasa begitu, kerana itu memang sunatullah yang Maha Punya Suratan. Namun bersyukurlah, kelelahan saat sedang gencar dalam perjalanan itu tanda Dia mahu membersihkan kita dari dosa.

'' apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?'' (ankabut 29 : 3)

Rasa sesak menghimpit akibat kewangan yang tidak stabil, situasi pekerjaan yang tidak memahami waktu seorang da'ie, ahli unit yang tidak dapat beri komitmen, ada pula berlaku interaksi yang tidak harmoni dalam satu organisasi, semangat bergerak yang semakin pudar, da'ie yang on off, kader yang susah nak memahami dan segala macam kesusahan yang bisa menghenyakkan punggung ke kerusi juga menaikkan kadar denyutan jantung mengalahkan orang lari,  semua itu akan dilalui oleh seorang insan lebih-lebih lagi buat da'ie ilallah yang sudah berjanji taat setia akan memikul tugas ini. Setiap orang akan melalui fasa ini.Ingatlah, jalan ini terlalu suci sehingga hanya akan dihuni oleh orang-orang yang benar-benar tulus. Sibak lah Al-Quran bila terasa kau sedang berada dizon ujian ini. Ayuh sama-sama renungi ayat ini.

'' wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan jiwa dan harta mu. Itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ''( as saff 61 : 10) 

duhai ikhwah dan akhawat yang dirahmati kerana Allah, bukan senang untuk kita sampai ke tahap ini. Pun masih jauh perjalanan kita yang akan kita tempuhi. Jika dahulu kita kuat dan bersungguh kerana kemanisan iman yang kita rasai, ayuh cek semula darjah keimanan saat ini. 

Marilah! rehatkan dirimu untuk seketika, namun perlu diingat diwaktu kerehatan ini, berjaga-jaga dari tipuan syaitan durjana. Beri peluang pada diri menginsafi setiap apa yang terjadi. Lapangkan fikiran, renung segala akibat dan sebab jika kau terus-terusan bersikap sebegini. Ingat! bukan kau seorang sahaja dijalan ini, ramai lagi yang memerlukan khidmat bakti mu. Kembalikan semuanya pada Yang Esa. Bukankah orang mukmin itu ajaib! kembali kepada Allah saat ditimpa ujian? 

teruskanlah bergerak sehingga kelelahan bosan untuk menjengukmu. 

insyaAllah, pasti ada jalan. 

''dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan kami, kami akn tunjukkan jalan-jalan kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik'' (al ankabut 21 : 69) 

syurganya menanti dengan segala macam kemanisan yang  pasti. Duri dijalan ini, memang sakit untuk diinjaki, namun kau lebih tahu mana yang terbaik buat diri. You is your choise. Stay for ummah or run from Jannah. 

p/s : post ini banyak nye ditujukan khas buat diri sendiri, yang baru je  nak bertatih belajar bertahan disetiap fasa kefahaman yang Allah beri. Moga salam perjuangan dariku ini, bisa menjadi satu nilai disyurga nanti. Ya Rasulullah, syafaat kan kami, ya Allah! bantulah kami untuk meneruskan langkahan ini. 

No comments:

Post a Comment