twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

January 18, 2011

setakat mana kebanggaan mu dengan Bahasa Arab?

Dengan menyebut bismillahirrohmanirrohim..

Ana akhukum fil islam, Assalamu'alaikum. Pejam celik, dah masuk minggu ke tiga menjejak kaki di sem baru. bererti semua subjek hampir sudah difahami kandungan dan matlamat mengapa ianya dimasukkan dalam sukatan kos or universiti. Macam biasa lah, mungkin terdengar keluhan sem ni banyak pula kredit hour nya. Apa lagi, pasakkan azam setinggi langit, genggam agar dibawa sehingga ke akhir sem. Coretan kali ni, ana ingin berkongsi satu pembukaan yang berjaya dibuka oleh seorang ustaz yang mengajar subjek Bahasa Arab Kemasyarakatan dan Kesihatan. Setelah puas berteka teki selama dua minggu siapalah gerangan lecturer yang akan mengajar subjek ni, akhirnya terjawab lah persoalan kami.. 

''Subhanallah, ustaz ke'' tedengar beberapa suara coursemate yang mungkin terkejut dengan kehadiran ustaz.

mengapa begitu? Ustaz yang mengajar kami ni, pernah mengajar tutor sem lepas, beliau merupakan seorang yang penuh dengan peraturan. Sampaikan ada yang didenda berdiri atas kerusi gara-gara tidak dapat menjawab soalan. 

''In lam as al fatus al ( kalau tiada yang bertanya, maka saya yang akan bertanya) kalau tak dapat jawab, ada lar denda yang menanti. Selain tu, Ustaz ni sangat fasih berbahasa Arab. 

Sebenarnya bukanlah ciri-ciri guru itu yang ingin dikongsikan, tapi persoalan Ustaz membawa kami yang duduk dalam kos Bahasa Arab dan Komunikasi ini sedar akan pentingnya matlamat dalam belajar sesuatu subjek. Bukan sahaja tahu, malah faham dan cuba untuk aplikasi dalam kehidupan.

Persoalannya mudah.. mengapa antum belajar bahasa arab?

Dengan menggunakan skill yang ada para audience pon berusaha mengeluarkan pendapat masing-masing. Namun,.. ade saja bidasan yang dikeluarkan dari ustaz. Tapi secara kasarnya, sekalian banyak pendapat yang dikeluarkan, sama saja dari dulu sehingga sekarang. Disekolah pun, soalan sebegini sentiasa saja diutarakan, dan jawapn begini jugalah yang diberikan. Antaranya, sebab bahasa arab bahasa Al-Quran, bahasa Syurga, Rasulullah berbahasa arab, untuk menambah bahasa dan banyak lagi. (ini jeq yang sempat dirakam dalam memori). 

Satu persatu pendapat itu disangkal, antaranya, cube kita tengok kalau lah bahasa Al-Quran tu dalam Bahasa Cina? adakah kita akan meninggalkan bahasa Arab? Disini, tidaklah dinafikan, memang pada hakikatnya Al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab hanya sebagai contoh. Macam mane ye? cam tiada jawapan..

Jika kita katakan untuk mendalami Al-Quran, nak tanya, berapa banyak ayat dalam Al-Quran yang kita hafal dan dapat terjemahkan tanpa melihat terjemahan? Tak perlu banyak, ade tak sampai 6 muka surat? 

Jika kita katakan, kita nak jadikan bahasa arab sebagai bahasa tambahan kita, nanti bila dah kerja atau dalam kehidupan seharian kita, selain bahasa melayu kita lebih banyak bercakap Bahasa Arab ke Bahasa Inggeris. Siapa yang jawap ye! saya memang bercakap Bahasa Arab aktsar min Bahasa Inggeris, angkat tetikus, termasuk dengan penulis sekali menikus. 

Akhirnya, setelah penat nak balas, telinga dah berasap, dewan kuliah pun senyap, Ustaz pun mungkin dah penat tunggu jawapan, satu persatu Ustaz jelaskan. Disini, menyentak juga lah hati ni untuk melihat dengan lebih dalam kepentingan mempelajari Bahasa Arab.

"Adakah rasa bangga bercakap dan belajar dalam bahasa Arab?" Ustaz bertanya lagi. Ada lar sebahagiannya yang mengangkat tangan itu pun teragak-agak, takut angkat kena tanya pula kerana apa bangga. Tanda bangga kah itu?

Sepatutnya kita kena bangga belajar dalam bahasa Arab, kerana Allah dah banyak kali jelaskan dalam Al-Quran bahawa Bahasa Arab adalah bahasa yang Allah pilih untuk dimuliakan. Maknanya, Allah suka bahasa Arab. Siapalah kita ni sebagai hamba Allah untuk membenci ape yang Allah suka. Layakkah kita untuk menolak apa yang Allah dah tetapkan pada kita untuk menjadikan Bahasa Arab sekaligus as Bahasa Al-Quran sebagai jalan kehidupan. Sebenarnya, kita belajar Bahasa Arab untuk mendekati Allah. Memuliakan izzah bahasa Arab itu.  Memahami mengapa Al-Quran itu diturunkan dalam Bahasa Arab sedangkan banyak lagi bahasa lain yang ada. Dengan ini, bila ada yang mempertikaikan mengapa kita belajar bahasa Arab, kita dapat tetap pada prinsip untuk menjadikan ilmu Bahasa Arab ni sebagai bahasa yang tidak akan pernah luput dari ingatan, tidak kira lah dimana zaman kita berada. Kerana kita muslimin, wajib mempertahankan apa yang diredhai Allah. Akhirnya, teringat pesan Imam Hassan Al-Banna :

''berusahalah untuk mempelajari bahasa arab kerana bahasa arab itu merupakan bahasa yiar-syiar Islam''

Alhamdulillah, jazakallahu khoirul jazak ustaz 'ala nasihatuka. InsyaAllah, nahnu sanuhawilu li taghoiyar lughotuna wa natadarrob nafsina li atakallam al lughatul arabiyah daiman. 

Terbukakah minda? Jom tetapkan matlamat semula. Belajar bahasa Arab itu semata-mata untuk mendekati Allah. 

'' Dan Kami menjadikan Al-Quran itu dalam bahasa Arab agar kamu mengerti''
(Surah AzZukhruf 43 : 3)

Wallahu a'alam

4 comments:

  1. terima kasih ukhti untk pencerahan ini. moga Allah redha akan dirimu.

    ReplyDelete
  2. saya bangga..

    cuma sedeh

    xpro lg..

    ni la padahnye
    dulu2 kat skolah tak nk blja arab btul2,
    skali ni Allah takdir kn ke bumi arab

    :)

    teringin nk bce bulu2 arab yg bnyk kt sini

    ReplyDelete
  3. inni : banyak lar hikmahnya tuh..

    ana nantikan ceritera anti berlatarbelakangkan medan studimu itu...