twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

December 15, 2010

Jalan itu mengajar kami begini..

epilog

''Isteriku hanya dakwah'' jawab seorang peserta berusia tingkatan 4. Apabila diminta untuk memilih peserta muslimat sebagai isteri. Bergegar dewan utama D'Kok dengan hilai tawa peserta mendengar jawapan itu tp bukan bagi diriku dan akhawat yang mendengarnya. Ta'ajub.

'' Ooh.. nama isteri Siti Dakwah ea?'' seloroh motivator Abi Ahmad.'' Dah dapat anak ni nak namakan siapa?'' sambung Abi Ahmad lagi.

''Tarbiyah'' jawab adik itu ringkas.

''Ok, nama anak Ahmad Tarbiyah k'' sambut Abi Ahmad diikuti hilai tawa sahabat peserta.

Sekitar begitulah peristiwa yang berlaku di Slot Muhasabah dalam salah satu program yang aku ikuti minggu lepas. Subhanallah., macam mana adik tu boleh beri jawapan sebegitu? soalku sendiri.

nikah kerana Allah
Berkat

'' Islam, peserta tu kan yang pernah mengisi waktu program ngan pelajar sekolah rendah tu?'' tanyaku pada seorang peserta yang sebelum ini menjadi teman 'fasi' di lain program. Dalam program ini beliau menjadi anak kumpulanku. Wajah adik ting 4 itu membuatku tertanya.

''Ha'ah, nape akak?'' tanyanya, mungkin kehairanan apabila aku bertanyakan perihal muslimin.
''Tak de lar, akak ingatkan dia student IPT waktu tu'' jawabku.
'' Masih sekolah lagi lar akak'' sambung Islam sambil tersenyum.

Subhanallah, jika adik ini boleh berfikir begini, mesti didikannya mantap. Terus-terusan aku memuji asma' Allah lantaran peristiwa itu. Ku cuba menyelidik siapa ibu bapanya. Berkat baitul Muslim.

Bertambah kagum aku apabila mengetahui, ibu dan bapanya adalah orang yang sentiasa basah lisannya mengajak manusia ke arah kebaikan. Memberi erti kebenaran kepada mereka yang kesesatan. Memberi keperluan pada yang memerlukan. Yang paling penting, mereka adalah antara insan yang ditarbiyah dengan Islam. Benarlah kata Imam Hassan AlBanna : tarbiyah bukanlah segala-galanya namun tanpa tarbiyah, kita tiada apa-apa.

Intipati tarbiyah

Tarbiyah mampu mengubah manusia ke arah jalan yang lebih lurus walau sepanjang jalannya penuh berliku.Mana tidaknya, orang lain sibuk memikirkan perihal dirinya sendiri, apa yang ingin dibeli untuk kepuasan diri, cerita apa yang ingin ditonton untuk mengisi masa lapang, namun mereka berjaga malam untuk memastikan keselamatan peserta, bersusah demi mereka yang hatinya tersentuh, pendek kata, semuanya dilakukan untuk ummat. Semata mengharapkan keredhaaN Allah.  Natijahnya disajikan Allah hidangan yang indah kebahagiaan dunia dan akhirat. Mereka yang berada di jalan itu bukanlah yang suci, tapi yang cuba mensucikan diri. Kerana yakin dengan janji Allah bahawa barangsiapa menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah, akan mendapat balasan berkali ganda mereka teruskan juga perjuangan menegakkan kalimatul hak.Dari keluarga hingga kepada masyarakat.

Di jalan inilah belajar Islam itu syumul. Belajar bagaimana mengekalkan keimanan dengan kadar berterusan. Menghapuskan diri dari karat-karat jahiliyah.Mengerti ibadah itu lah kehidupan Fokus niat semata kerana Allah. Ukhuwah imaniyah yang menjadi tunjang kekuatan, saling membahu memikul beban dan yang paling penting disinilah membentuk ghuraba' yang mencari makna kehidupan sebenar. Kuncinya ada pada diri kita sendiri. Kita sudah tidak punya banyak masa untuk menolak atau beralasan apabila diajak untuk menyucikan diri dengan menghadiri majlis ilmu kerana QIAMAT itu semakin hampir. Apa bekalan akhiratmu?

Masih beralasan 'tidak mampu kerana ilmu tidak ukup lagi', 'rasa diri tidak layak' dan sebagainya. Wajar jika seorang itu memberi alasan begitu, bagus lantaran sifat rendah diri yang dimiliki, namun, sedarkah?! umat hari ini sangat memerlukan orang-orang yang sudah punya kesedaran tentang nilai Islam itu. Bergeraklah dan teruskan.
bangkitlah pengganti Salahuddin!

Remaja generasi harapan
''keadaan masa depan umat kamu dan diri kamu adalah bermula dari sekarang. Siapa kamu hari ini adalah siapa generasi kamu akan datang'; taujih Abi Ahmad bukan saja membuka mata para peserta malah fasilitator dan AJK yang ada.

Sesi bersama Abi Ahmad sangat praktikal, contoh yang diberi menggamit peserta untuk memahami punca sebenar mengapa remaja sekarang terbelenggu. Tidak membantu dan melemah dalam mengamalkan Islam secara penuh.Sebab paling utama adalah aqidah. Kepercayaan Muslim secara total kepada Allah. Beliau juga memberi penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku. Adunan praktikal dan penyelesaian di lapisi keimanan.
salam ukhuwah
ukhuwah imaniyah

'' Adik-adik tahu tak, sakit ketua kalian kat depan tu menahan lenguh'' kata seorang fasi sambil tersedu. Saat itu, ketua setiap kumpulan diarah duduk separuh lutut akibat anak kumpulan mereka tidak menyanyikan lagu tema dengan semangat. Sedu sedan kedengaran dibarisan belakang.
(rasa-rasa siapa yang biasa duduk belakang bila ade pangisian ek, guard yang baik hati ^_^)

'' haa,,. bagoslah tu! ikut kawan, mana jati diri kalian!'' teriak seorang fasi lain kepada seorang peserta apabila dilihat peserta itu menunggu temannya untuk maju ke hadapan.'' ya Allah! bukak lah mata hati adik-adik, rasa apa yang kami sedang rasa ni,'' sahut fasi lain yang kelihatan telah tunduk dari awal slot. Tuduk menyembunyikan.  Kagumku dengan semangat para fasilitator yang berusaha memberi momentum supaya para peserta melakukan sesuatu terhadap ketua mereka. Para fasilitator, sudah tidak terkata. Andai mereka yang menjadi peserta, pasti tindakan 'menyelamat' diambil. Lagu background juga memainkan peranan menyentuh emosi (lagu teman sejati). Bagi diriku, ingatan terhadap akhawat yang ketika itu berprogram di Sg. Chongkak datang menggamit. Bertambah kepiluan. Tabahnya kalian. Tahniah! Kami berusaha buktikan Izzah tarbiyah kita di program itu dan alhamdulillah Allah banyak menolong.

Setelah berusaha keras, akhirnya para peserta menyanyikan lagu tema dengan kesemangatan yang semangat. Puas meluahkan apa yang terpendam. Terbang segala kegeraman. Ianya meninggalkan moment yang bermakna dan penuh pengertian.

Begitulah jalan dakwah intipatinya tarbiyah mengajar kami..

sekian.

5 comments:

  1. beginilah jalan dakwah mengajarkan kami.. bacalah buku tu ukhti..

    ia betul2 mengajar apa itu ukhwah

    ReplyDelete
  2. dr.mujahidah : sedang berusaha untuk menghabiskan buku tu.. huhu,

    ReplyDelete
  3. wow.Ingatkan dah x ingat kami kat sungai tu.ntah lemas ke,tenggelam ke kan.hehe.jzzk atas ingatan.

    ReplyDelete
  4. adeq : ne bleh lupe.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. salam 'alaiki,
    nice post k.umiey, thanks...
    "umur yang pendek bkn penghalang utk memanjangkan usia"
    sejauh mana kita faham, sedar & mengerti hidup ini, sejauh itulah kita boleh pergi..