twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

November 14, 2010

ujian tanda kite diperhatikan.

Nur merenung mencari hikmah

''ya Allah! minyak motor ni habis pulak'' rungut Nur namun lekas dirinya beristighfar,

'ujian itu tanda sayangNya' bisiknya perlahan memujuk dirinya supaya bertenang.

Lantas dicapainya handphone didalam poket mencari nama sahabat yang boleh diminta bantuan. Dengan lafaz bismillah, dia menekan punat call.

'tut...tut..tut..tut..' hanya itu jawapan yang diperolehinya. Hampa. Setelah cuba mendail beberapa orang sahabat namun tiada jawapan.

'Mereka solat barangkali' pujuk hatinya menyahkan perasaan su'u dzon yang hampir menguasai. Dicubanya sekali lagi, kali ini alhamdulillah, suara u.Nor melegakan hatinya.

''ye Nur, nape?'' tanya u.Nor.
''asif ukhti, motor ana habis minyak ni, sekarang di round about kat tepi jalan belah kiri, ana x solat maghrib ag ni, minta tolong anti belikan minyak bleh x?'' terang Nur panjang lebar.
''Allah, sabar ye ukhti, hari ni sayang betul Allah ke kamu, jap ag ana ngan k.ilin datang'' suara u.Nor yang lembut itu menenangkan perasaan Nur. 
''jazakillah ukhti'' lantas menamatkan perbualan. 

*******

''Assalamu'alaikum pakcik, ade nampak wallet warna hitam tak di seat blakang teksi pakcik?'' tanya Nur.

'' Minta maaf nak, xde pulak, nape?'' tanya Pak Din kehairanan.

''Oh, xpelah macam tu, minta maaf ye pakcik, kalau ade tolong hubungi saya semula ye'' pinta Nur.

Selang beberapa minit Nur menghubungi Pak Din semula, jawapan yang diterima tetap sama. Tiada. 'Subhanallah, ini kah sebabnya mengapa keresahan menghantui sejak pagi tadi?' monolog Nur.
Zikir ma'thurat bermain dibibirnya menenangkan hati yang galau.

'Innaka ni'mal maula wa ni'mannasir, la haulawala quwata illa billahil 'aliyil 'adzim', ratibnya perlahan.

''Assalamu'alaikum ukhti, asif, wallet ana hilang, kad ATM, IC, tiket balik kampung dan kad tren anti lesap semua'' terang Nur untuk meminta pendapat sebaik suara pemanggil kedengaran. Nur menelefon u.Min memandangkan dirinya blurr atas kejadian yang berlaku.

''Innalillahi wa inna ilaihi raji'un, bila perasan hilangnya?'' tanya u. Min sambil bernada cemas.

'' Baru je ni tp alhamdulillah dah beli tiket untuk pulang ke Nilai'' jawab Nur.

'' Ok2, anti balik dulu, t kite settlekan kat umah, emm.. tp kan ukhti, akak rasa baik anti terus buat report kat balai polis Nilai masih di kawasan Negeri Sembilan lagi tu, tentang tiket balik kampung tu xpelah, esok ana try carikan ye'' tersenyum Nur mendengar kata2 akhawat yang sangat dihormatinya itu.

'' camne ana nak beli tiket train'' tanya Nur lagi.

''em.. tawakal boleh x? insyaAllah, guard x jage pagar masuk'' cadang u.Min.(don't try this at home)

''.....jazakillah ukhti, ana x tahu nak cakap pe'' balas Nur sambil menahan sebak.

'' xpe, hati2 pulang, assalamu'alaikum''

''wa'alaikumussalam'' jawabnya sambil menekan punat end call.

Nada mesej kedengaran menandakan mesej masuk. Read. Ooo.. mesej dari Diana rupanya.

''Salam ukhti, ant ok?'' tanya Diana
''Em., nope, doakan ana ye'' jawab Nur.
''Mengapakah?'' sambung Diana.
'' haha, musibah menguji, wallet hilang kat bus stand ni'' jawab Nur lagi.

'Sibuk barangkali' Getus Nur sebaik tiada balasan dari Diana.

'Eh, macam mana dia boleh terlintas nak tanya ana ni? x beritahu sesiapa pun' tanya Nur kepada dirinya sendiri. Kehairanan. Namun, dibiarkan soalan itu begitu sahaja setelah tiada jawapan.Teringat kata2 seorang sahabat yang kini berada di Mesir 'rabithah hati ni, mesti rasa walau x tahu' katanya.

Hujan sudah mulai lebat, kedinginan jelas terasa. Nur menghabiskan bacaan zikir ma'thurat yang tergantung sebentar tadi. Setelah itu, dicapainya AlQuran terjemahan menghayati setiap kalimat yang cuba disampaikan Allah kepada hambaNya itu.

Matanya tertancap pada satu ayat yang berbunyi :

..Allah tidak akan membebani hambaNya diluar kemampuannya.. 
( Surah al-Baqarah 2 : 284) 

'Yeah! aku mampu, ya Allah.. redha kanlah hal ini'.bisik Nur didalam hati.

*****
''... bertaubat lah kamu dengan taubat nasuha...'' Nur menghayati bacaan imam yang sedang mengimami solat Isya' di Masjid Putra Nilai itu. Cecair panas mengalir dipipinya. Agaknya inilah nilai pengorbanan yang Allah nak aku pelajari hari ini. Kalau tadi kau bersuara lantang mengisi mereka dengan sarana pengorbanan, kini, sejauh mana keredhaanmu terhadap ujianNya termenung Nur memikirkan hikmah apakah yang berlaku pada dirinya saat itu. Kalau Nabi Ibrahim diuji dengan bagaimana keimanannya untuk meninggalkan anak dan isteri dan anak di padang pasir yang tandus dan kontang, juga perintah menyembelih anaknya Ismail yang akhirnya membawa hari bersejarah Aidil Adha. Hikmah ujian demi ujian menguji sejauh mana kebergantungannya kepada Allah. Nur merelatekan ujian yang menimpa dirinya dengan kisah anbiya' itu. P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N senang dieja, diucap tp sukar dilalui. Itulah adat orang berjuang.

Satu demi satu wajah adik-adik  yang baru ditemui tadi menari-nari di tubir matanya. Hilang lelah perjalanan dari Nilai ke Kuala Pilah yang mengambil masa lebih kurang 1 jam apabila melihat sambutan mereka. Sibuk mereka bertanya,
''akak naik ape?'' sambil tersenyum simpul.
 ''Hari ahad hari akak jadi bos, ada driver, kenderaan pula tukar-tukar, amacam kaya x? hehe'' jawab Nur berseloroh. Jawapan Nur disahut hilai tawa oleh mereka.  Senyuman dan gurauan mereka membahagiakan. Feed back dan reaksi mereka sangat mencair perasaan, manakan tidak, wajah2 yang suci dan inginkan pembaikan dalam diri dan islam. Segalanya jadi indah bila disandarkan semata2 kerana Allah. 'Kalian permata Islam yang dicari, ya Allah! tsabatkan mereka dalam tarbiahMu' doa dihulur buat mereka.

Setelah itu, Nur melangkah pulang. 'Pasti mereka sedang menanti bicaraku' getus Nur sambil tersenyum terkenang akhawat yang sedang menanti.
'eee.. prasan' sambungnya lagi meleret senyum.

****
Hari ini Allah saaaayyang sangat kat kau Nur, tanda Dia sedang memerhatikan. Dari pagi menunggu bus yang sangat lewat dari biasa, kemudian dompet tercicir dan terakhir minyak motor habis.

'Macam ni agaknya perasaan seorang akhawat yang pancit motornya lepas tu dikejar anjing malah diganggu orang gila sewaktu mengambil seorang mutarabbi untuk ke program'. kenang Nur sambil tersenyum.

Kenangan pengorbanan akhawat di jalan tarbiyah ini datang satu demi satu menjengahnya. Bukan sedikit, jika tidak diberi kekuatan Allah, mesti dah surrender. Kemalangan usai halaqah, menukar kasut akhawat yang rosak kasutnya dengan kasut sendiri, berdebar setiap kali di traffic light apabila berusaha memandu kereta manual untuk menghantar akhawat ke UiTM (kes selalu naik auto lar ni) dan banyak lagi. Segala pengorbanan itulah yang mengajar Nur untuk terus berada di jalan dakwah ini. Kuasa ukhuwah, tawakal dan ketabahan adalah sesuatu yang sangat pahit dilalui namun manis natijahnya. Saat itu lah, hanya Allah sahaja yang diharap.
Betapa hebatnya orang yang berpegang teguh pada janjiNya.

'Wahai orang2 yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui'. (As Saff 61 : 10-11) 

Nur hanyut dalam pelukan kenangan semalam. Tanpa sedar dia terus terlelap

'Moga esok lebih baik bagi dirimu ukhti' doa u.Min yang melihat keadaan Nur. Keletihan jelas terpancar diwajahnya. Mainan emosi dan iman buat Nur hari ini memberi kekuatan pada dirinya untuk menjaga ukhuwah dalam dakwah ini sebaiknya. monolog u.Min.

..tamat..

 p/s : sELamat Hari rAya AidilAdha blogger ucapkan untuk semua. m0ga AidilAdha kali ini memberi makna pengorbanan sebenar buat kita umat Islam. Ambil masa malam raya tu untuk berdoa sebanyak-banyaknya kerana ia termasuk malam mustajab doa.

sELamat Hari rAya aidilAdha

13 comments:

  1. salam ukht,
    best.alhamdulillah.

    :)

    ReplyDelete
  2. menarik..tapi umi ok?ni kisah yang terjadi kat umi kan...

    ReplyDelete
  3. inni : jazakillah, doakan moga jauh dari mazmumah.. bumi adeq2 itu, bumimu suatu ketika dulu..

    sfatimahzj : ssshh.... hehe

    ReplyDelete
  4. owh kisah benar ke ukht ni?ingatkan rekaan semata2..hehe.atte, beno le ant dgn penuh tawakkalnya nek tren tanpa tiket? huh~
    ukhti, bile baca ttg hebatnya pengorbanan seseorg diuji, ana jadi cemburu pulak.. walau apa pun Allah itu maha adil kan? post yg sgt bermafaat..doakan ana dapat menulis seperti ant jua..

    ReplyDelete
  5. GMS : ssshh.. hehe, ana petik kate2 adeq, jgn pinta didatangkan ujian takut kite xmampu menghadapinya.. ya, Allah Maha Adil, anti pon ape kuranye ukht dalam penulisan, ana pon masih belajar lagi, moga kite berjuang demi islam.. marha3!!!

    ReplyDelete
  6. haha macam kenal jek pasai berdebar setiap kali kat traffic lite.berapa banyak traffic lite la di redah ek?haha pasti nak terkeluar jantung dan bibir sentiasa mengucap.huhu.

    Innalillah,ana x tahu ant kehilangan dompet.baru semalam kan?ant turun medan hari minggu selalunya.ada duit x?

    kalau x ada mintak kat u.min ek.hehe ana x dak la.

    ReplyDelete
  7. adeq : haha,ana kat sebelah apatah ag, dah lar x pandai bawa keta, pasrah je lar..xpe,
    xnak anti risau, hehe, mase habis minyak tu terfikir nak call anti jeq nak minta tolong, tp terfikir gak, dari puchong smata2 nak tuang minyak..., haha..

    jazakillah ukhti atas perhatiannya, moga Allah sentiasa merahmati kalian.. :-)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.. sudah habis ana membacanya.
    permulaan yang baik..
    penulisan juga sedikit sebanyak sudah diubah.
    tahniah..
    menulislah demi suamimu.. hehe

    umi.. semoga jumpa lagi. salam sayang dari ana.

    ReplyDelete
  9. dr.mujahidah : jazakillah ukhti, sila beri tunjuk ajar.. =)

    xnak lah, nak menulis demi anak..wee~

    insyaALLah, salam ketemu juga akak sayang.. =)

    ReplyDelete
  10. dr. mujahidah : link ag banyak sumber y akak rasa bermanfaat ea.., jazakillahu khoirul jaza'.. =)

    ReplyDelete
  11. hehe.ana pon x tahu kenapa diberikan satu perasaan untuk yakin.Alhamdulillah tapi skunk ana dah fobia bawak manual.gulp ~

    hehe waa terharunya,hehe.selalunya kalau dalam kesusahan then nak minta orang tu tolong sebab orang tu sentiasa diingatan tau.haha -perasan-

    menulis demi suami lak..menulis demi ana macam k.atifah lak.

    ReplyDelete
  12. adeq : sifu.. tunjuk ajar mu mendewasakan ku erti keyakinan pada kholiknya.. =)