twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

June 12, 2011

moga ia menjadi kekuatanku

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
pernah dengar perkataan semangat? tidak kira diucapkan dengan nada biasa saja, atau penuh semangat atau berbagai versi lainnya.. biasanya manusia yang sentiasa semangat ni adalah mereka yang dipanggil syabab dan fatayat, atau pemuda dan pemudi, kerana itulah banyak pihak yang akan mengambil kesempatan keatas mereka ini. lalu siapakah yang bertanggungjawab kepada mereka? diri mereka, keluarga mereka juga masyarakat disekeliling mereka. Bila dikorek semula kisah manusia terdahulu pun, banyak kisah yang dapat dikaitkan dengan semangat pemuda. Contoh, ashabul kahfi dengan SEMANGAT mereka mempertahankan agama, Sultan Muhammad Al-Fateh dengan SEMANGAT beliau menakluk konstantinople, sahabat Rasulullah Mus'ab bin Umair dengan SEMANGAT beliau menghafal Al-Quran dan ramai lagi. Mereka melakukan itu semua saat umur mereka masih tersangat muda.

Cuma terpulang kepada pemuda, ingin dicorakkan kearah kebaikkan atau sebaliknya. Penuhi dada dengan iman dan ilmu.

berlumba-lumbalah untuk kebaikan.

-mode : perjalanan balik dari kampung mencetus banyak perasaan-

June 6, 2011

tanpa tajuk

nyanyian sepi bernada sunyi
hanya hati yang mampu berkata-kata
saat jiwa sedang berbicara
namaMu bertiup lembut menyapa
Allah... aku lemah dan penuh dosa

ujian ini
ujian cintaMu
tanda Kau ingin ku rebut kembali hatiku
agar hanya terarah kepadaMu
andai ku tahu batas keampuanku
akan ku terus-terusan mempertahankannya
namun diri yang dhaif ini
hanya mampu bertahan menghadapi ujian
hanya cintaMu ya Allah yang suci
izinkan diriku menepis cinta selainMu
walau ku tahu
sakit terasa
payah terseksa
itu jaminan syurgaMu
kerana menuju syurga itu jalannya berliku

Allah.. Allah... 
izinkan nama Mu sentiasa dihatiku
agar bisikan laknat tidak mampu untuk menjengah
agar bisikan nista tak punya ruang memusnah

impian itu kan terbina dengan hanya satu ikatan suci
kuatkan mujahadah ku
menghadapi fitrah yang bisa mengundang musibah 
tundukkan hatiku agar gagah
Allahu akbar..!

Namun aku bersyukur
semakin diuji semakin ku rasa Kau dekat denganku
semakin rancak nama Mu ditubir hatiku
semakin rindu untuk terus berduaan denganMu
semakin ku kenal diri ini penuh lemah dan mudah layu
rupanya.. 
hanya Kau yang Maha Mengetahui rasa ku
lantas ayat-ayat cintaMu menjadi penawar terbaik bagi kalbu
andai ujian ini yang terbaik buat ku,
Kau tahu ku mampu
Kau tahu ianya semakin mendekatkan ku pada Mu
ku pasrah dalam maghfirah Mu.. 

pintaku
izinkan ku menjauh darinya saat kesediaan belum lagi rapi
biarlah ianya berlalu sepi
membuatkan iman menguatkanku kembali
pegang kejap hatiku dan ikatlah dengan tali ketaatan
hanya padaMu....

Allah... mohon dengan sangat....

mode : nyanyian sepi bernada sunyi

June 1, 2011

maher zain freedom song with lyrics

ALLAH..ALLAH..ALLAH...
Dia pemilik kekuatan
Dia pemilik segala kemenangan..
freedom~
impian mereka yang merasa tertindas
bukan ditindas kerana apa
mereka ditindas kerana mereka mengaku MUSLIM

wahai kuffar!!!
jika kekuatan kau pada senjata yang kau cipta sendiri..
kekuatan saudara Islamku adalah Pemilik peluru itu!
Maha Pemilik segala alat yang kau cipta..
siapkan diri kalian untuk menerima taufan kemusnahan dari perindu syahidNya..
sungguh DOA ini adalah kekuatan kami
yang tidak akan pernah kau lihat...

saudaraku,
BERSABARLAH! BERTAHANLAH!!
insyaAllah..
hanya DIA Maha Tahu akan segala hikmah kejadian....

berilah saudaraku kekuatan ya ALLAH..
mereka mempertahankan Palestin bukan kerana itu tanah mereka sahaja
mereka mempertahankannya kerana itu TANAH suci Mu..
lambang ISLAM kalimah LAILAHAILLALLAH..
bantu mereka,
moga doa ini menjadi titian menuju kemenangan
didunia dan diakhirat sana..

mode : semangat Palestina!!!

May 25, 2011

ceritera 2 : ukhti, ana amzah faqot!

dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang

''... na'am, ana uridu an asma'a, maza ya ukhti?''( ye, saya nak dengar, apa dia ukhti?)  jawab Najwa penuh tanda tanya.

''hakikotan, ana jau'an.....''(sebenarnye... saya lapar,) jawab Nur sambil mukanya berkerut menahan gelak.

''anti..!!!!!!'' (awak!!!!) jerit Najwa sambil tangannya mencari sasaran melepaskan cubitan.

ketawa Nur pecah.

''hahahahaha.... asif..ana amzah faqot''( maaf, ana bergurau saja) sambil memegang perut yang sebu akibat terlebih ketawa.

'' aiwah! la baksa, haza yaumuki, ghodan yaumi''( xpe2.. hari ni hari awak, sok hari saya pula) jawab Najwa terus bangun ingin meninggalkan Nur.

Mereka berdua pelik sebenarnya, macam mana mereka boleh jadi semesra itu sedangkan baru berjumpa dan baru beberapa patah kata yang keluar dari mulut masing-masing.

''Najwa, ana mu tassifah, ana amzah faqot''( najwa, minta maaf lar, saya gurau jeq) kata Nur sambil memaut bahu Najwa.

'' hehe. hal takhofina? huhu. la, haiya narji'u ilal bait, insyaAllah, sa nulqi ghodan'' ( hehe. awak takut ke? tidak. jom kita pulang ke rumah, insyaAllah, kita akan bertemu lagi esok.

''toiyib, fi awali sobah, mamnu' muta akhirah!'' ( baik, esok pepagi ea, jgn lambat tau)

''insyaAllah, sallim sallimi ila ahli baitiki''( insyaAllah, sampaikan salam saya kepada ahli rumah awak)

''insyaAllah, assalamu'alaikum wa ilalliqa' '' balas Nur sambil tersenyum

''wa'alaikumussalam wa ma'as salamah''

langkah mereka semakin jauh. Moga ada hari untuk mereka esok.

ilalLiqa'

mode : asif, sudah lama tidak berbahasa.

May 24, 2011

Contengan Jalananan Mencari Tuhan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Diam tak diam, hampir 3 minggu cuti semester. Sekejap sangat. Dan...alhamdulillah sepanjang tempoh itu, berjaya juga habiskan beberapa buah buku walaupun banyak urusan yang wajib diselesaikan. Release~ Sekarang sedang cuba mengkhatamkan buku karya HLOVATE tajuk 'contengan jalanan'. Sangat mem 'booster' iman dan minda. Ambil ibrah tentang perjalanan dua orang insan mencari Tuhan. Fend dan K square,( tak terjumpa plak tanda square kat keyboard ni) juga Chad sebagai watak yang terkait.  Sangat sesuai kalau kita cuba nak mendekati remaja yang hidup dalam kehidupan 'band' atau yang mereka gelarkan diri mereka ''saya ni biasa jeq''. Sebab antara cara kita nak kenal seseorang of course kita kena ambil tahu kehidupannya. Tertanya juga, siapalah gerangan HLOVATE ni, namanya misteri sungguh, perempuan ka? lelaki ka? sangat tidak diketahui melainkan mungkin ada mereka yang memang kenal dengannya. Tagline buku ni, ''the man who decided to change on the 12th hour dies on 11th hour'' simple tapi sangat mencapahkan makna. Senang cerita, kesimpulan tagline tu kalau kita lambat untuk berubah kearah kebaikan, menjadi seorang Muslim yang benar-benar Mukmin, kita akan tergolong dalam golongan tagline tu. Rugi. Ibrah dari tiga insan yang ada karaktornya tersendiri, si Fend yang digelar fender (pakar dalam salah satu instrument band)  lebih bersifat suka berfikir, si Chad yang berwatak spontaneous yang terlampau dan K square yang suka fikir luar kawasan, tak suka streotype ( tiru) katanya selain susunan cerita mereka yang dipisah kan terbalik.unik. akhirnya sama jalan ketika mendapat hidayah Allah. Dengan mereka bermusafir. Mencari erti hidup untuk hidup. Buat sang pembaca terfikir realiti sebenar kehidupan disamping usaha untuk memahamkan beberapa istilah yang agak tidak familiar bagi mereka yang tidak hidup atau memang tidak tahu langsung tentang instrument life band. Untuk kesan yang lebih mendalam, silalah dapat kannya. InsyaAllah tak rugi infak RM23 ke Jemari Seni.

'orang yang beriman mengatur seluruh hidupnya sesuai dengan al Quran dan berjuang untuk melaksanakan dengan hati-hati setiap hari apa yang telah dia baca dan pelajari daripada ayat alQuran. Dalam segala perbuatannya sejak bangun di pagi hari sampai di malam hari, dia berniat untuk berfikir, berbicara dan bertindak berdasarkan ajaran alQuran. ASllah menunjukkan dalam alQuran bahawa pengabdian seperti ini mrnjadi ciri utama seluruh kehidupan orang beriman' * 
''katakanlah : sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupkudan matiku hanyalah untuk Allah tuhan semesta alam'' (al an'aam : 162)

berfikir luar kawasan tu jalan menuju hikmah. 

p/s : baca buku baca juga... Al-Quran jangan lupa tadabbur naa..cuti ni mesti banyak masa, jom 1 juzu' sehari.=)

* rujukan halaman 145 contengan jalanan HLOVATE

mode > tersibghah ngan tulisan HLOVATE yang ringkas tp berbelit. Gunakan minda semaksimanya.( BI improve alhanun!)