twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

June 13, 2013

kembali tenang hanya bila kembali kepadaNya

sering saja hati telah rebah menanggung semua ujian
rebah menatang mehnah
tapi itu tak bermakna setiap kali rebah tiada peluang kembali gagah
punya peluang
cuma bayarannya...
kesakitan
air mata
semua yang dirasakan lelah
namun hakikatnya saat kesakitan itulah saat yang terindah
kerana apakah?
kerana sering saja kita ingatkan Dia..
Allah Maha Agung!

Dia lebih tahu apa yang kau rasa
meski telah kau hamburkan segala nya pada teman rapatmu
Dia cepat memakbulkan apa yang kau pinta..
meski sebelum kau pinta dengan sesungguhnya dalam sujud mu
Dia sering saja menghadiahkan ganjaran kemanisan sebuah pengorbanan
sebelum sempat kau merasa lelah dengan setiap ujian
Allah...
tanpaMu
tiada tempat lagi aku disini
kerana nyata aku sentiasa perlukan Mu disetiap helaan nafasku
tanpaMu juga tiada ku disini berdiri
apatah lagi untuk berlari..

January 4, 2013

4 Januari

buka blog.. pandang jauh jauh.. 
tenung tepat tepat.. ok, saya nak menulis sesuatu.. 

salam mengecapi nikmat tahun baru 2013. Empat hari sudah berlalu, dan di hari ini juga pada tanggal 1990 suatu masa dulu penulis dilahirkan. Pejam celik dah 23 Tahun, alhamdulillah juga masih layak digelar belia (baca : bukan tua) ^_^ 

berbagai ucapan tanda ingatan dari semua orang yang mengenali menerjah lewat dinding muka buku dan skrin handset. Bermula jam 12 malam sehinggalah pukul 12 malam hari ni (mungkin). 
sampai ada yang menegur, 'wau! banyak orang wish..' huhu..

subhanallah, satu rasa yang singgah sepanjang hari ni bermula dari pagi tadi, 'ingat mati'.. memaksa hati untuk terus meratib 'lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz dzolimin' (moga bertahan sehingga ke hujung nyawa) 

'Kakak, Selamat Hari Lahir, moga diberkati umur, doa yang terbaik untuk kehidupan ni, apa pun yang berlaku, mak tetap sayang kakak' ucap ibu tersayang disahut jeritan adik2 dari belakang lewat telefon. Oh! ikan haruan menyentuh hati (baca : terharu) 

Dalam banyak2 ucapan, ada satu doa yang sering diulang dan memanggil diri untuk bermuhasabah 'Ukhti, moga terus tsabat, moga cekal dijalan ni, moga tabah selalu, moga selalu Allah ada dihati' dan seumpamanya. 

Subhanallah, ye, dijalan ini, itu harapan semua pengemban dijalan ini. Moga Allah terus izinkan kami merasai nikmat nya berada disini.. 

Lagi ucapan menyentuh jiwa, 'salam ketemu di sorga' ucap seorang ukhti, mengapa? hakikat yang pahit tapi terpaksa ditelan.. sukarnya ingin bertemu dengannya.. jarak, keadaan memisahkan. Tapi yang pasti, bertemu kita kerana Dia, berpisah pun kerana Dia kan ukhti.. moga kita terus melakar ukhuwah hingga ke Jannah. 

Banyakk.. sangat ucapan, tak terkira terima kasih diucapkan. Terima kasih seluas langit dunia! 

Buat insan yang berhati Mulia dan berjiwa bagai dalam taman ada bunga, hanya ucapan terima kasih seluas  seluruh cakerawala ciptaan Allah aku sampaikan. atas ingatan ini. atas sentuhan ini. atas doa buat diri yang bukan siapa siapa ini. atas segala kebaikan ini. moga kita tergolong dalam orang yang disebut dalam surah al Balad 90 : 7 yang bermaksud : 

'kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang' 

moga Aku, dia dan kamu sentiasa dalam rahmatnya.

terima kasih Ukht Nisa' ;) sentap!

ni untuk akak

dan warga Hamra ian atas jamuan comel kalian~ ;) terima kasih akhawati fillah.. 