twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

November 7, 2012

STML

Subhanallah.. fuh..fuh.. sapu sapu sikit, bagi febreze sikit, masyaAllah, sangat berhabuk sehingga menjemput pelbagai bakteria berbahaya untuk menyinggah (sila tengok apa jadi dengan chatbox saya, baca dan jangan lupa istighfar)

mencuri masa mengisinya dengan penuh manfaat, selagi ada masa..

Seputar kisah seorang insan yang berusaha mengubah dirinya kepada yang lebih baik...

AYUH teruskan! 

Dulunya dia rombing 
meraba walau dalam cahaya 
kini dia memberi cahaya walau kadangkala 
terpaksa juga bertatih dalam memberikan cahaya 

dulunya dia tempang 
walau kedua kaki gagah berjalan 
mana taknya
sebelah lagi berat dengan dosa 
sehingga laluan kebenaran yang mudah ditelusuri dipatahkan oleh 
kebatilan yang tidak disedari 

kini 
kedua kakinya melangkah gagah 
walau kadangkala terhincut kepayahan 
walau kadangkala tertekuk lutut tanda kekerdilan
namun 'tempang' kali ini demi sebuah kebenaran 

dulunya dia kabur diselubungi keindahan panorama dunia 
leka memerhatikan rama-rama palsu 
dikebun bunga sementara 
merasa setiap apa yang diingininya 
tanpa ada nada sesal walau natijahnya membawa durjana 

kini..
dia tidak peduli 
walau rama-rama diganti dengan ular berbisa 
walau kebun bunga indah diganti dengan sawah kering kontang 
berjalan diatasnya 
seolah-olah menyiksa diri memijak duri 
kerana apa?
kuatnya pada satu janji 
dia bakal memasuki kebun hijau yang kekal, 
bakal menyentuh rama-rama yang sebanding dengan bidadari, 
rupanya ia lebih indah 
dari sinaran mentari.. 

mode : berusaha setting niat yang buat thesis ni pun satu dakwah! Chaiyok!!

June 23, 2012

Tali kokoh

jalan-jalan mencari hati dan menjumpai rangkap kata di bawah ini.. 
jom.. sama-sama hayati.. 

membersamai orang-orang shalih 
memang perintah Allah 
memang keniscayaan bagi ikrar taqwa 

tetapi meletakkan harapan
atau menggantungkan kebaikan diri padanya
pada sosok itu 
adalah kesalahan 
dan kekecewaan.. 

seorang sahabat berkata padaku
''aku ingin menikah
dengannya.. hanya dengannya!..'' 
aku bertanya mengapa 
''agar ia menjadi imamku..
agar ia membimbingku..
agar ia mengajariku arti ikhlas dan cinta
agar ia membangunkanku solat malam
agar ia membersamaiku
dalam santap buka yang sederhana'' 

''ahh.. itulah masalahanya,'' kataku
dan dia kini tahu
bahawa khuatirku benar
bahawa sosok lelaki penyabar yang dia kenal
juga bisa marah, bahkan sering 
bahawa sosok lelaki soleh yang sering dia damba 
kadang sulit dibangunkan untuk 
shalat subuh berjemaah 
bahawa lelaki yang menghafaz juz-juz al-Quran itu 
tak pernah menyempatkan diri
mengajarinya a-ba-ta-tsa

''ahh.. itu lah masalahnya'' 

semakin mengenali manusia
yang makin akrab dengan kita 
pastilah ada aib-aibnya

sedang mengenali Allah
pasti membuat kita
mengakui kesempurnaannya

maka gantungkanlah harapan
dan segala niat untuk menjadi baik
hanya padaNya
hanya padaNya

jadikanlah ia tali kokoh yang menghantar pada bahagia dan syurga! 

- Salim A.Fillah : dalam dakapan ukhuwah) 

kokoh = kukuh 

May 15, 2012

Kembali

Pergi dan kembali itu pasti
manusia kembali dan pergi kepada Allah
makhluk dikembalikan kepada Penciptanya
fitrah manusia dikembalikan kepada sang pemilik dirinya
tapi soal kembali dan pergi itu 
walaupun pasti
tak diketahui bila masanya
ia rahsia Pemilik segala rahsia. 
bagaimana peristiwanya
apa natijahnya
kerana ia menjadi rahsia yang maha Esa

kembalilah kepada yang Maha Esa wahai jiwa-jiwa yang berusaha tenang.... 

walau ku kembali,
jangan sisihkan ku di kala ku sunyi
kerana dalam kembali itu
ada sebuah rantaian yang takkan terputus
iaitu doa moga dikembalikan kita semua
dalam redha dan rahmatNya... 

salam bertemu kembali.

March 14, 2012

Ledakkan Potensi diri!

'' salam akak, hari Rabu malam ni free tak?'' tanya sang pemanggil
'' setakat ni free, alhamdulillah..'' jawabku
'' alhamdulillah, akak tahu kan program zero to hero kat UNITI tukar rabu malam? '' tanyanya lagi
'' ha'ah.. em.. so?'' tanyaku pula kehairanan
'' akak dijemput jadi ahli panel untuk program ni, hehe'' jawapan yang meluruhkan tangkai jantung 
'' Hah??!!!!!!, ish, biar betul..? takde orang lain ke ukht? ni sapa punya cadangan pulak ni?'' terpacul soalan bertubi-tubi. 
'' Oo Allah.. ni keputusan syuro akak, ramai yang setuju'' jawabnya menjelaskan.
'' em.... ana tak janji, nanti ana tany mas ulah dulu'' jawabku memberi kata putus
'' akak boleh ea.. ok terima kasih, Robbuna yusahhil'' jawabnya diiringi ketawa kecil, sejurus menamatkan talian agak teruja macam suara yang sangat bahagia.
' ish3.. setuju pon tak lagi, aduh... berat nya nak terima, serba salah pula nak tolak. 

******** 
Nombor mas ulah di dail, selang beberapa minit selepas itu.. 

''Hello Assalamu'alaikum'' jawab orang disebelah sana
'' Wa'laikmussalam, sihat ke? '' tanyaku
'' Alhmadulillah sihat, ada apa ukht?'' tanyanya pula
'' em... ana nak minta pendapat ni, akhawat UNITI jemput ana sebagai ahli panel program zero to hero..em...'' aduku, guna ayat mengharap simpati
'' Alhamdulillah!! bagus lar tu, peluang ni ukht..'' jawabnya sambil ketawa, agak bahagia juga
'hah?! lain yang diharap lar plak' getusku
''tapi ustazah.....'' sambungku berhajat untuk menjelaskan duduk sebenar kondisi diri. 
'' insyaAllah, Robbuna yukowwuki ( semoga Allah menguatkan kamu), cuba minta soalan dulu, tengok boleh jawab atau tak, kalau memang betul tak boleh jawab, tolak elok-elok.. kalau boleh jawab tapi tak yakin diri, cuba cari punca napa  boleh tak yakin dan cari keyakinan'' jelasnya memberi semangat. Ku kira terkesan juga kata-katanya. 

Talian diputuskan setelah selesai perbualan. meninggalkan keputusan ditanganku sendiri. 

'' Em.. macam mana ni? assignment berlambak yang kena siapkan, program MUKMIN pula bertambah banyak yang kena selesaikan, event banyak yang nak kena cover, USIM today banyak yang kena edit... ya Allah..! serabut!!!!'' detak diri monolog hati

'.. bertenang... jangan biar nafsu dan emosi menguasai diri' bisik suara kebaikan memberi nasihat, dari hati yang paling dalam.. 

*****
Seramai mungkin akhawat dihubungi, bertanya kewajaran menolak sekaligus menawarkan mereka menggantikan tempat ku. 
Dilema yang teramat sangat, 'dah lah baru first time nak jadi panel. Audien pula lebih 300 orang ( maklumat awal). Tak banyak sangat ilmu. Al-Quran dan Hadis dah banyak lupa dan tak sempat nak prepare selengkapnya' semua bermain di minda. 'boleh ke aku ni' monolog lagi dan lagi.. Namun taqdirNya mengatasi segalanya, tiada sorang pun yang available waktu tu. Masing-masing ada hal yang amat tidak dapat dielakkan. Akhirnya, dalam keadaan separuh rela, undangan diterima. 

*****
'' Ok, saya nak esok kerja ni ada kat meja saya, if not, I will deducted you ten mark'' pesan pensyarahku diakhir kelas pengajian Methodologi Penyelidikan. 

'' hah?'' tersentap jantung, 'ya Allah, malam ni mana sempat nak siapkan?' getusku sambil mencongak waktu perjalanan ke Port Dickson dan waktu program. Segera mesej dihantar kepada Ukht Pengarah program. 
Mungkin dia pun tak mampu nak cakap apa, akhirnya dia membiarkan aku sendiri yang membuat keputusan. Sedang kegelisahan mula menyelubungi diri. 

**** 

'' Setelah kita mendengar tentang apa sebenarnya matlamat hidup seorang manusia, pastinya akan ada cabaran yang dihadapi untuk kita sampai kepada matlamat tersebut. Ana ingin beralih kepada ahli panel yang kedua, Ukht Ummi Kalsom dengan bertanyakan soalan, apakah cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa masa kini dan cara untuk mengatasinya'' tanya Tuan Pengerusi forum di dewan UNITI. 

Nafas dihela untuk menghilangkan sedikit kegugupan. Dengan lafaz bismillah bicara dimulai. 

'' Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam sesi yang seterusnya.. sebelum tu, jika saudara Adzim memulakan kalamnya dengan sepotong ayat Al-Quran, ana ingin memulakan kalam ini dengan sepotong Hadis Nabi yang pastinya semua orang sangat familar dengan ayat ini... innamal a'malu binniat, wa innama likullim riin ma nawa................., '' sepatah demi sepatah ayat terlafaz dari bibir besesuaian dengan persediaan yang telah dilakukan. Bukan mudah untuk berbicara dengan teratur bila berhadapan dengan audien yang hampir 200 orang, ditambah pula apabila berganding dengan para sahabat panel yang bukan calang-calang orang. Terasa kerdil saja diri. 

Tapi, satu kalimah yang tersemat didalam hati, membantu diri agar bersemangat dan yakin bila mengeluarkan setiap patah perkataan, sedangkan Rasulullah pun minta kita sampaikan ilmu walau sepotong ayat, so, sampaikan saja lah apa yang kita tahu dan kita punyai. Tak perlu berkata seperti orang lain yang pasti lebih hebat dari diri kita. 

'' ingatlah antum semua, sampai bila kita nak melihat saja umat Islam ni tertindas, dan sampai bila kita nak tengok orang yang sama saja bekerja untuk mempertahankan maruah umat dan negara ini. Seperti yang saudara Ariff Hamzah katakan tadi, antara penyakit mahasiswa muslim sekarang ialah malas dan cepat lupa. Ana ingin menambah satu lagi sifat yang dimiliki rata-rata mahasiswa kini termasuk diri, kadang-kadang iaitu malu tak bertempat, silakan malu, tapi usah malu untuk membela kebenaran'' kataku sebagai penutup sesi. 

Ada sesuatu yang menarik ingin dikongsikan, dari salah seorang ahli panel saudara Ariff Hamzah ketika menjawab soalan seorang peserta yang bertanyakan bagaimana ingin istiqamah dalam kebaikan sebab kadang-kadang pelajar sekolah agama akan berubah bila dah keluar dari sekolah. 
'' Ada tiga formula nak istiqamah dalam kebaikan, yang pertama tarbiyah, yag kedua tarbiyah dan yang ketiga adalah tarbiyah'' jawabnya sambil tersenyum. 
''.... Universiti of Tarbiyah yang akan mengikat kita untuk terus-terusan melakukan amal kebaikan'' sambungnya lagi. 

Ya, sungguh kita tidak dapat menyangka apakah yang akan terjadi kepada diri kita yang akan datang. Aku pun tak sangka satu hari nanti aku akan begini, tapi berpeganglah pada satu keyakinan 'tarbiyah itu menjadikan diri kita dari zero kepada hero. Hero kepada Islam ini.

Keberanian dan keikhlasan itu akan membuahkan hasil yang sangat luar biasa bila kita halakan dia di tempat yang betul. Ana telah membuktikannya, sekarang giliran anda..!
 ( khas untuk assistant saya ~_^ )  

Belajar untuk berubah dan relakan diri untuk diubah. 

SALAM DARI HERO KE ZERO!!!! 

*****

March 7, 2012

nak jadi AKHAWAT time tu

terketuk hati dan prangg... pecah bertaburan hati umpama kaca. Bila buka fb dan ada akhawat link kan short story 'oreo'. Oh betapa manusia itu hanya mnghargai bila ia hilang. Akhawat sekalian, moga aku menghargai kalian sementara roh masih di jasad. T_T

Duduk dengan akhawat macam-macam yang dirasa 
kadang rasa time tu juga nak jadi isteri yang berkhidmat sepenuhnya pada suami 
bila akhawat yang dah nikah share cerita,
kadang time tu juga berangan nak ada syarikat perniagaan sendiri
bila akhawat rancak bercerita tentang cara nak tambah kewangan dakwah untuk kegunaan seharian dan program.. 
kadang time tu juga nak pandai masak dan nak masak saja
bila akhawat semangat nak masak dan sedap
kadang time tu juga nak ada kereta dan motor sendiri 
bila mereka saja jadi 'pemandu terbaik' saya
kadang time tu juga nak ketuk semua pintu kat kolej ajak diorang USRAH
bila segerombolan akhawat bertungkus lumus nak ke Kolej ziarah mad'u mereka
kadang time tu juga tak nak tidur n nak baca semua buku study
bila tengok akhawat tersengguk-sengguk nak habiskan bacaan mereka
kadang time tu juga nak semangat buat program besar nak ajak orang kenal islam  dan run semua AJK yang mampu
bila tengok akhawat semangat meeting, kol sana sini, 
berkejaran buat promosi, bersengkang mata fikir pasal penajaan..
perah otak fikir pasal aktiviti.. 
kadang time tu juga rasa macam nak ambil dan buat semua amanah yang akhawat pikul, biar mereka rehat, 
bila akhawat share keletihan dan muka macam nak nangis bila terasa sedikit putus asa 
saya hanya ada bahu untuk kamu.. 
kadang time tu juga nak datang jumpa mad'u yang gagal mereka ikat hati mereka
pujuk supaya mereka kembali dan lembutkan hati mereka untuk akhawat ni.. 
bila akhawat mengadu sambil menangis ' camne ana nak buat kat adik ni ukht' 
kadang time tu juga nak ganti kelas akhawat ni
Bila nampak dia sangat penat dan ada sakit.. 
dengan mereka punya banyak rasa
sakit, suka, sedih, gembira datang bersilih ganti
walau 'kadang time tu juga' macam mustahil nak buat 
tapi 'bila akhawat' buka mulut, try jadi pendengar setia.. 

sekarang ni.. 
sedang rasa tak mampu untuk bergerak lagi dah 
tapi alhamdulillah ada yang datang menghulur semangat, 
samada secara langsung atau tidak.. 
mungkin ini bukanlah luahan yang sepatutnya diluahkan
tapi saya cuma nak mereka tahu bahawa..
saya sangat perlukan mereka diatas jalan ini
sangat sangat perlu...
mungkin ada orang cakap saya ni jiwang lah
salah memaknakan ukhuwah lah
tapi sesungguhnya UKHUWAH adalah cara saya 
untuk terus kekal dan tsabat dijalan ini. 

tanpa pesanan dan nota kaki
ia di publish 
moga sama menghayati.. 

March 4, 2012

D.A.K.W.A.H

dakwah,
panjang dan jauh jalannya
penuh onak dan duri laluannya
tapi..
bila lelah terasa kenanglah mengapa Dia melayakkan kau disini.
asam garam disini
kadang terasa banyak amal yang pernah dilakukan
tanpa sedar
rupanya amal itu dilakukan kerana ingin dikatakan
aku beramal.
tapi jangan kerana itu terus kita tidak beramal.
segeralah ubatinya dengan istighfar.
astaghfirullahal 'adzim
jiwa itu selalu berbolak balik
adakala ikhlas mengiringi, tak kurang juga adakala riya' datang singgah menguji.
tapi sedarlah
kita ini manusia biasa
yang tercipta takkan dapat lari dari dosa.
kita bukan suci walau seringkali mengetuk hati mad'u
mengajaknya menyucikan diri.
tapi kita sedang belajar menyucikan nurani
untuk terus tsabat dijalan ini agar redha Allah sentiasa kita kecapi

usah putus asa duhai mereka yang sudah berbaiah menyerahkan diri
memang adakalanya kau sedikit terlupa
tapi sedarlah
terlalai seketika itu nikmat
bayangkan jika tiada ia
kita tidak akan merasa manisnya merasa selalu dekat dan ingat akanNya.
dulu...
muthabaah sering mengetuk hati dan iman kita untuk selalu menjaga iman
sekarang..
tarbiyah dzatiyah satu kekuatan
tanpanya kita akan mudah dihasut syaitan.

- pesanan khusu buat diriku, kerana tatkala kita memberi peringatan kepada orang
lain, sebenarnya kita sedang memberi AMARAN untuk diri-

February 6, 2012

memang lar....

disuatu sore..

''akak, ana rasa tak mampu nak teruskan amanah ni?'' cetus satu suara.

'' yekew..? kenapa?'' tanya akak sambil mengerutkan dahi.

'' ana tak macam akak2, kuat, tabah, bersungguh2.. ana rasa tak layak, ana rasa tak matang 

lagi...'' luah si adik
.
'' ooohh... rasa ke? 

ok, boleh anti nak lepaskan amanah ni, tapi anti kena janji yang anti akan ganti dengan 

mereka yang boleh duduk meeting dan jalankan macam anti buat'' cadang si akak sambil 

tersenyum. 

'' emm... xdapat nak janji'' jawabnya terkulat2..

''aik, napa plak?'' tanya akak pelik.

''erk, tak ada calon takat ni'' jawabnya lagi

'' Ooh.. cara cakap macam dah ada, yelar, manusia takkan rasa camtu kalau dia tak compare

 kan dengan orang yang lebih baik dari dirinya, napa nak compare ngan akak2? kita memang

 lain... tp, apa yang anti ada, sebahagiannya kami takde. Bukan minta anti matang, tapi cuba

 berfikir dengan waras akan akibat kalau kita sering mempersoalkan sesuatu yang kita tak

 pasti adakah ia membawa keuntungan pada iman'' ujar akak panjang lebar. 

''.......'' speechless.

moral of the story, memang lar orang tak faham diri kita sebab kadang kita pon tak faham 

apa yang kita celarukan. nama pun proses tarbiyah, kan ngah belajar camne nak survive 

dalam kehidupan. 

* matanglah seiring usia bukan seiring ketinggian * 

January 19, 2012

Jendela Gaza

Cahaya di ufuk senja samar-samar menghilang. Angin yang berhembus lembut menerbangkan debu tanah yang kering.

Di suatu rumah yang hampir roboh, robek disebabkan jentolak dan peluru soldadu Israel. Kelihatan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun termenung sambil menopang dagu di birai jendela. Jendela yang hanya ditutup oleh sehelai kain langsir hanya sebagai alas menutup ia dari ternganga  meraih unggas masuk. Kanak-kanak yang bernama Ahmed itu, saban senja akan begini. Usai solat maghrib, ia akan kembali berjeda. Jika kanak-kanak sebayanya di negara luar, jam ini mungkin akan digunakan untuk menonton rancangan kartun kegemaran. Tapi bagi Ahmed, jendela itulah alat tontonan cerita. Cerita kehidupan bahagia dan sengsara sebuah bandar bernama Gaza.

 ‘’Ahmed...’’ tiba-tiba ada suara halus menerpa telinganya. Dekat.

‘’ ya ibu...’’ sahutnya sambil menoleh memandang arah datang suara itu.

‘’ sudah senja begini, mengapa masih termenung disini?’’ tanya Puan  Omsyette sambil turut memandang luar jendela. Tidak kelihatan apa-apa. Hanya sinaran lampu jalanan dan cahaya rembulan. Lampu rumah yang suram itu pun tidak membantu penglihatan. Sengaja disuramkan agar selamat  dari Iblis soldadu Israel yang seenak mereka saja menerajang daun pintu.

‘’ Tiada apa ibu’’ jawabnya sambil sengihan mengoyak bibirnya.

‘’ Dah baca Al-Quran? Anak ibu dapat baca berapa muka surat hari ini?’’ tanya nya sambil mengusap kepala satu-satunya permata tinggalan suami. Sesekali terlihat olehnya percikan api kecil dari kawasan lapang yang jauh dari rumahnya. ‘mungkin ada yang sedang menunggu syahid disana’ detiknya sambil menghadiahkan al-Fatihah buat semua warga syuhada’. 
'atau mungkin tentera Hamas sedang membuat latihan, moga Allah membantu mereka' 

‘’Alhamdulillah.... separuh juzuk sudah. Lepas isyak nanti Ahmed akan sambung semula’’ jawab Ahmed tanpa lepas memandang kegelapan malam.

‘’ Baik anak ibu. Jangan lama-lama disini, ibu ke dapur dahulu’’ pinta Puan ingin berlalu. Baru beberapa langkah digerak Tiba-tiba.....

‘’ Ibu, bila Ahmed dapat bermain seperti dulu? Pagi-pagi keluar ke sekolah. Petang pula menolong ibu mengutip buah zaiton. Sekali-sekala pergi menghirup udara di pantai Gaza. Ahmed rindu.’’ Mulutnya lancar berbicara.

Puan Omsyette kembali mendapatkan Ahmed.  Di elus rambut anaknya dengan penuh belas. ‘kau masih terlalu mentah untuk mengrti makna  semua penderitaan ini anakku’ getus hatinya. Dia faham situasi Ahmed. Kehilangan bapa dalam usia seawal 8 tahun malah melihat bapanya syahid dihadapan mata sendiri, merupakan satu penderitaan batin yang tidak terungkap. Di kucup kepala Ahmed penuh kasih. 

‘’ Ahmed anakku, ingat tak apa yang Syeikh Ahmad Ghazzah sampaikan di rumah Hanak semalam?’’ tanya Puan Omsyette sengaja diimbau pesanan dari Syeikh Ahmad Ghazzah yang mengadakan kuliah setiap Khamis dirumah sahabat Ahmed sendiri. Walaupun siang malam diselubungi teriakan ngeri dan bunyi peluru mencari tubuh, namun mereka tidak sunyi dari kalam peringatan dan pengisian rohani.’’ Jasmani yang hidup itu berpunca dari hati yang hidup’’. Kata Syeikh Ahmad Ghazzah setiap kali mengakhiri pengisiannya.

‘’..........’’ mulut yang tadi petah berbicara menjadi kelu.

‘’ Masa bahagia lalu kita yang menyebabkan kita diuji hari ini. Kita bukan derita pada hakikatnya tapi kita sedang berbahagia dengan nikmat syahid yang akan datang bila-bila masa saja’’ kata Puan mengulangi pesanan Syeikh yang dikaguminya itu. Kata- kata Syeikh yang lumpuh kaki dan cacat kedua-dua penglihatannya itu, sentiasa menggerakkan setiap jiwa yang hadir untuk terus bersemangat.  Dirinya membuktikan, apa yang sentiasa di lafaz nya di akhir pengisian. Ya, hanya jiwa yang hidup bisa menggerakkan jasad untuk terus bersemangat.

‘’ anakku.. sini sayang... ‘’ katanya sambil menarik Ahmed dalam pelukannya. Ahmed berpaling dari jendela dan  membalas pelukan ibunya. Diusap lembut belakang Ahmed bagi meredakan perasaan anaknya.

Bersambung.....

January 16, 2012

Dua kalimah ringan

Assalamu'alaikum semua pencari ketenangan. Moga kalian dilitupi rahmatNya.. ;) 

Lontaran soalan buat para pelawat sekalian. Bila dua pasangan manusia saling bercinta, apakah yang sering mereka lakukan? dating... gayuting, chatting, dan segala macam cara atas tujuan agar mereka ingin orang yang mereka cintai tahu yang mereka sangat diingati. Takkan dilupa walau sedetik. itulah zikir cinta manusia. Tapi natijahnya entah kemana. 

Kita switch dengan cinta kepada sang Pemilik Cinta! A.L.L.A.H.... ya, itu lah Dia. Kita susah Dia tolong. kita lupa Dia ingatkan dengan ujian. Kita sakit Dia sembuhkan. kita menangis Dia beri Al-Quran sebagai perawat. Lalu, kalau kita lupa Dia, wajar kah? tapi selalu jeq buat.... 

Ada satu jalan untuk kita selalu ingat Dia. Dengan zikir penenang jiwa. Kalau tak, masakan Hafiz Hamidon buat album zikir terapi. Zivilia yang famous dengan lagu aishiteru tu pun buat lagu yang bertajuk 'pintu taubat'. Semua tu menjurus kepada jalan kita berzikir mengingat Tuhan yang Esa. Maksud 'zikr' tu sendiri bererti ingat.

Tanamkan dalam diri anda bahawa pahala berzikir itu sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : 

كلمتان حفيفتان على اللسان , ثقيلتان في الميزان, حبيبتان إلى الرحمن : سبحان الله وبحمده , سبحان الله العظيم
(H.R Muslim)
maksudnya : Dua kalimah yang ringan diucapkan, berat di timbangan dan disukai oleh sang Maha Penyayang, yakni Subhanallah wa bihamdihi (maha suci Allah dan bagiNya segala pujian) dan Subhanallahi al- Adzim (Maha suci Allah yang Maha Agung)

sering saja alasan sebegini keluar dari kita : 

' alar.... assigment berlambak sangat, tak sempat nak duduk istighfar'
' ngantuk nya mata, tu yang terlepas ma'thurat pagi, sedar-sedar dah tengahari'
' emm... sunat jeq kot baca Al-Quran tu, 1/2 ayat jadilah... buku study ni tebal kot nak baca... '

aku kah?

Penulis sendiri pernah saja menggunakan alasan sebegini. Tapi, akhirnya sesal yang bertandang dihati. Oleh itu., buat sesiapa yang ingin dirinya sentiasa diingati, mari kita sama-sama jadi para pengingat Tuhan yang Esa. moga hati kita sentiasa terbuka untuk mengecapi nikmat Iman dan Islam dari Nya.. 

Astaghfirullahal 'adzim

-biarkan amal yang berbicara- 

January 15, 2012

sepi

menginsafi sendiri laman coretan yang kini sepi
terdampar dek lautan fatamorgana kesibukan yang sangat melalaikan
dipandang bosan
dilihat menyeksakan
lalu tercoret warkah buat diri
yang merindukan sebuah kelapangan
mencoret dengan hati penuh keikhlasan..
menyentuh hati yang rindukan cahaya iman
dan sentuhan muhasabah buat kembali me'refresh' tahap ketenangan

mungkin ada yang menuduh nista
dek kerana rasa buruk sangka dan mainan musuh iblis durjana
tidak kurang juga yang membiarkan saja
dengan meletakkan sebaik-baik sangka
ia bukan dibiarkan
hanya mungkin tuannya sedang kesibukan
sebab aku pun pernah begini.. dulu...

buat pembaca dan pengikut yang tidak putus menjengah
laman yang bersawang ini
akan disapu dengan goresan kata semula
insyaAllah
buat bimbingan diri sendiri
juga buat tautan para penyinggah yang dihormati.. 

January 3, 2012

Perutusan SELAMAT HARI LAHIR

بسم الله الرحمن الرحيم

dentingan jam 12 pada tanggal 4 hb kedengaran.. 

memori tercipta bila kita rasa diingati
hati terusik bila rasa dihargai
akhirnya lidah diam saja tanpa kata
kerana mulut tidak lagi mampu berbicara
hanya kata ini yang mampu lahir
alhamdulillah... 

Allah
kau ciptakan aku hanya untuk bersyukur kepadaMu.
lantas, pada jam ini
aku ingin katakan
terima kasih ya Allah! 
dan jam seterusnya aku akan sentiasa mensyukuri nikmatMu
insyaALLAH..

mak abah
terima kasih atas jasa kalian
membesarkan tanpa lelah dan bosan
kasih kalian lah
yang mengizinkan aku mengenal
pemilik segala cinta

adik2 juga
terima kasih sudi layan kerenah akak
yang buat sakit telinga kalian
kadang-kadang.. hehe..

kawan-kawan
terima kasih atas ingatan
moga Allah membalas hati kalian
dengan kebaikan

akhawat sayang
jazakunnallahu khoir atas segala doa
terutama doa ini 
'ukhti, moga terus tsabat dijalanNya'
insyaAllah, kita kan pernah janji bersama
untuk terus berada di jalanNya
sampai mati!
moga Allah kabulkan setiap kebaikan yang kita hajati.. 

akhir tapi bukan untuk selamanya
terima kasih semua atas apa yang kalian lakukan.. 
hanya doa yang dapat ana kirim sebagai balasan, 
moga Allah sentiasa menjaga kalian
kerana Dia sebaik-baik penjaga.. 

Allahu akbar
terasa semakin dekat dengan kematian
tepuk diri ya nafsi!
tanya iman bagaimana persiapan?
كل نفس ذآئقة الموت
''setiap yang hidup akan merasai mati''
hakikat yang terpaksa kau telan
ya Allah, 
dihari ini dan hari seterusnya
moga Kau sudi membimbingku
menuju redhaMu.. 
Allah.. Allah.. Allah.. 

Jom tahajud!! (buat pembaca selepas isyak) 

selamat menikmati perjalanan menuju tahun 2012. susun dengan perancangan yang rapi, emm.. ana quote kata-kata ni :

''Untuk memulakan memang susah, membangunkan memang payah, namun yang lebih susah antara keduanya ialah mengekalkan kerja yang sudah tersusun dan istiqamah'' credit to Saudara Azim Shaari. 

JUGA.... 

Selamat maju jaya dalam menempuh peperiksaan
tawakkal pada Allah dari awal hingga akhirnya
فإذا عزمت فتوكل على الله 
usaha terus............. result bagus................
insyaAllah.. 