twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

May 11, 2011

ceritera 1 : ta'aruf

sobahul khoir =)
 disuatu pagi yang bercahaya , sedang duduk seorang gadis solehah di bangku taman, tiba-tiba.....

''assalamu'alaikum ya ukhti, kaifa haluki? ( salam saudariku, apa khabar kamu? ) '' tanya Nur

'' ooohh.. alhamdulillah bil khoir, tafaddholina bil julus.. ( ooo... awak, alhamdulillah, sihat, jemput lar duduk) '' jawab Najwa.

 ''hal aftorti? ( awak dah sarapan? ) tanya Nur

'' huhu, lamma, walakin la baksa ana laziman hakaza ( huhu, belum lagi, tidak mengapa, saya dah biasa begini ) jawab Najwa sambil tersenyum menampakkan giginya yang tersusun putih.
'' anti wahdi wa maza taf'alina huna? (awak sorg ke? apa yang awak buat disini?)'' tanya Nur semula apabila melihat tiada sesiapa disamping Nur

'' na'am, ana wahdi, laisa ma'i.. ( ya, ana sendirian disini, tiada siapa bersamaku )'' jawab Nur sambil tersenyum.

'' aiwah, la baksa, ana ma'aki al an, walakin uridu an tasali ( tidak mengapa, saya bersama awak sekarang, tapi, boleh saya tanya awak satu soalan? )'' sambil memandang penuh kasih, Najwa bertanya saudari yang baru ditemuinya itu.

'' ......nahnu, qobilna kobla zalik, hal sohih? (kita pernah berjumpa sebelum ni kan? betul tak?'' sambung Najwa.

'' asif, ana nasitu, iza na'am, haza jaiyid.. ( maaf, ana terlupa, jika ya,, ini baik) '' jawab Nur sambil memandang wajah Najwa, berusaha untuk mengingat barangkali..

'' anti daiman tajlisina huna? ( awak selalu duduk disini?) tanya Nur pula

'' la, haza marrot wahidah munzu kodiman, iza kobla haza, ana daiman riyadah ma'a sodikoti, walakin al an, kulluhum tarji' ilal koryah, wa ukhro yujad masyakil nafsuhum, ana uhibbu akhruju min baiti fi awalas sobah lianna, hariruhu mutmainnun, wa ana yasy'uru bil masrur ( tidak, baru kali ni saja setelah beberapa lama dulu, jika dulu, saya bersama sahabat saya selalu pergi ke sini bersenam, akan tetapi, sekarang mereka semua pulang kekampung dan yang lainnya ada urusan sendiri. saya suka keluar awal subuh kerana udaranya tenang dan saya merasakan sangat tenang) '' terang Nur panjang lebar.

'' emmm.. ana aidhon, yujad fawa id katsirah fi awalas sobah ( emmm.. saya juga, banyak faedah di awal pagi ni)'' jawab Najwa pula.
.............

'' em.. Najwa, uridu an ahki ilaiki al kissoh, hal tasma'in? ( emm.. Najwa, saya nak bercerita satu kesah, awak nak dengar tak?)'' setelah mereka berdiam sekian lama, tiba-tiba Nur bersuara.

to be continued....

- p/s : nak lagi feeling, sila baca diwaktu pagi.. moga bermanfaat, saya pun budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan-

May 10, 2011

marilah Melayu bersepakat pasti Islam berdaulat

.. di Palestin : Allahu Akbar! Allahu Akbar! Khaibar ya Yahud jaisyu muhammad saufa ya'ud, kanak-kanak beteriak gembira, para wanita menitiskan air mata, remajanya pula bersuka ria sambil memuji kebesaran illahi, si bapa pula tersungkur bersujud dibumi. Tuhan Maha Agung atas kebesarannya.
Jumaat itu bersamaan 29 Mei 2011, Bumi Palestin dipenuhi air mata kegembiraan. Tanah Arab disimbah cahaya buat kali kedua. Jika sebelum ini, Hosni Mubarak berjaya di singkir dari pemerintahan kuku besinya, kali ini HAMAS dan FATAH pula melakukan rekonsiliasi ( pembaikan, persatuan) demi pembebasan Palestin dari cengkaman ZIONIS LAKNATULLAH. Peristiwa ini sangat memberi kejutan kepada banyak pihak, terutama ZIONIS. Mungkin sedang merencana atau merubah agenda untuk serangan seterusnya. Kegembiraan yang tidak dapat diungkap saat mendapat berita ini. Subhanallah, kemenangan yang semakin dekat menyebelahi orang-orang Islam.

Jika semalam, penulis mennjawab peperiksaan dengan kegeraman akibat tuduhan yang dilemparkan terhadap UMAT ISLAM dalam isu ISLAMAPHOBIA, kali ini, kebanggaan bangkit bersama semangat yang tidak akan pernah pudar untuk kebangkitan ISLAM. Mudah-mudahan.
Inilah berkat doa para syuhada'. Teringat kata-kata seorang anak kepada seorang syuhada' Freedom Frotilla, apabila diminta mengulas tentang kesyahidan ayahnya, '' wahai musuh Allah (ISRAEL) tunggu kami, pembalasan dari Allah pasti datang. Waspadalah kamu!'' Nah. sekarang, ZIONIS menggigit jari akibat persepakatan ini. Ya, ini lah kekuatan sebenar umat Islam. Bersatu demi Yang Maha Satu. Harusnya, rakyat Melayu Malaysia pun wajib lah bersatu dahulu demi tertegaknya ISLAM di bumi tercinta ini. Jika tidak kita, siapa lagi yang akan memakmurkan Malaysia ini dengan Islam. Cuba kita lihat, betapa pemimpin terdahulu, Sultan Muhammad Al Fateh, Salahuddin Al Ayyubi dan ramai lagi yang berusaha menegakkan Islam dalam empayar pemerintahan mereka. Secara umumnya, kita lah pemerintah negara Malaysia ini. Ayuh, kita mulakan dari diri kita, agar merapatkan ukhuwah agar bersatu, saff jemaah di msjid rapatkan juga senyuman sama-sama ikhlaskan. Berjabat tangan dan memberi salam jadikn amalan.

.. di Malaysia : 'mereka' Masih lagi memikirkan bagaiman cara untuk memenangi hati rakyat agar kedudukan kukuh di sini sehingga bercakaran sesama sendiri. Niat nya hanya Allah yang tahu, mahu harta yang melimpah ruah kah, mahu kedudukan kah, mahu kepentingan diri kah, hanya MEREKA sahaja yang tahu hakikatnya. Akibatnya, remaja yang perlu diperbaiki akhlaknya, anak-anak yang tidak terbela hasil zina juga keruntuhan lainnya, hanya menjadi paparan berita dan penaik penyesalan bagi yang mengetahui berita. Sampai bilakah semua ini akan berakhir? Bukankah elok jika masa mencari salah siapa itu diperuntukan untuk mencari penyelesaian. Kalia punya idea yang sangat berbeza, tapi perbezaan itu lah yang akan menyatukan. Hanya perlu merendahkan sedikit keegoan itu. Nampak mudah tapi perlukan mujahadah. Ayuh sama-sama dengarkan isi pidato adik Syafiqah Fasihah ini dan cuba hayati bersama, ambil tindakan setelah itu. Mesir sudah, HAMAS-FATAH sudah, mereka kuat kerana berjaya duduk dalam kesatuan. Ku menyeru kepada diriku dan ANAK-ANAK MALAYSIA! Ayuh kita bersatu hati, insyaAllah, kita akan menjadi seperti tembok besi.

sumber :
1)http://www.eramuslim.com/berita/palestina/hamas-fatah-menandatangani-perjanjian-rekonsiliasi.htm
2)http://www.eramuslim.com/berita/palestina/palestina-hari-penuh-kebahagiaan-dan-kegembiraan.htm
3)http://www.infopalestina.com/Ms/default.aspx?xyz=U6Qq7k%2bcOd87MDI46m9rUxJEpMO%2bi1s7Gj6Iw2VdMNx1RHjvF89NV3l7hmpOTqSe21wKXEJAf5l7mgrt%2b0lhlKW7woCYZ91z47NneiKLmpJcMzDZNkjDE%2fDxhNxwmnzTZH8mC5jDyKY%3d
          
bacaan seterusnya, sila rujuk sumber.

-yang dah lama tersimpan dalam draft, satu2 nya hasil karya TERHASIL di MT-
terima kasih atas idea bernas u.zida memperkenalkan ERAMUSLIM, u.eton atas kesudian meminjam kan laptop, warga MT y memberi pakai pi wi Max dgn percuma, juga buat semua y sudi menerima kunjungan gap exam...
karya sebenar : 30 MEI 2011

May 9, 2011

ukhuwah mee maggi

alt

Ukhwah mee segera? Jenama mee segera yang baru ke?
Ayuh kita bercerita.
Beberapa minggu lepas, saya dan sahabat-sahabat mengikuti kelas Tafsir dan Hadis mingguan.
Sambil-sambil tunggu ustaz mulakan pengisian, saya lirikkan pandangan ke segenap sudut masjid, sambil 'mengintai' gelagat adik-adik, sahabat-sahabat dan mak cik-mak cik yang nampaknya seronok dan rancak bersembang. Tercuit hati, macam-macam ragam ada, yang muda dengan cara mereka, yang 'senior' juga dengan ragam masing-masing.
Mak Cik Ukhwah Mantap!
Nun, di hujung sana, saya ternampak seorang mak cik tengah mengurut lembut tangan seorang lagi mak cik yang lain. Mak cik yang sedang diurut tu nampak macam sedang bercerita sesuatu kepada sahabatnya yang sedang mengurut tangannya, mungkin dia luahkan kepenatannya seharian dalam minggu ni, atau mungkin bercerita tentang aktiviti yang dia buat hingga naik lenguh tangan dan urat sendinya. Mak cik yang mengurut tu pulak nampaknya menjadi pendengar yang baik, sesekali mengangguk, sesekali turut menjampuk, seolah memahami benar apa yang sahabatnya rasa. Tangan tak lepas, terus mengusap lembut tangan sahabatnya.
Entah mengapa, saya rasa sangat sayu, terharu tengok keakraban mak cik yang berdua ni. Saya pandang sahabat-sahabat saya yang sedang sedia duduk di barisan hadapan menanti kuliah dimulakan. Terdetik di hati, apakah bila kami seusia mak cik tadi, kami akan terus saling menyokong, saling berdekatan seakrab mereka itu? Ataukah nanti kami akan terpisah oleh waktu dan kerjaya yang berhambatan? Mampukah saya menjadi pendengar yang baik tika itu buat sahabat-sahabat saya? Atau masing-masing larut dalam kehidupan masing-masing? Bagaimana ukhwah kami tika itu? Masihkah sesegar dedaunan disapa embun di pagi hari, atau umpama dedaun kering yang luruh di musim panas? Ada rasa sayu bergayutan di hati.
Saya ingat lagi waktu usrah, pernah kami bincangkan, betapa hebatnya ukhwah Rasulullah saw dengan sahabat-sahabat baginda. Hinggakan mendengar saja derap kaki sahabat berjalan, baginda dah boleh meneka siapa gerangan sahabat itu. Kita? Erm, mungkin tak smpai tahap itu kita mengenali sahabat kita, namun sekurang-kurangnya nampak saja susuk tubuhnya walaupun dari belakang, kita dah boleh cam kan?
Rakan Bukan Sekadar Sahabat
Inilah juga yang ditekankan dalam rukun usrah, di mana kita mengenali sahabat kita, bukan sekadar sahabat, bahkan sebagai ahli keluarga. Bukan saja tahu latar belakangnya, malah tahu apa yang dia suka, apa yang dia tidak suka, hingga seboleh-bolehnya nampak saja riak wajahnya, dengar saja suaranya, atau baca saja tulisannya (di telefon atau fb), kita dah dapat tahu apakah dia sedang dalam gembira, sedih atau mungkin ada masalah yang dia hadapi. Yang lebih hebat lagi ukhwah tu kalau tanpa melihat wajah, tanpa mendengar suara, tanpa membaca tulisan sahabatnya, dia dapat merasakan di dalam hatinya, bahawa sahabatnya mungkin sedang menghadapi masalah. Fuh, hebat kalau boleh sampai ke tahap itu!
Waktu belajar dulu seorang ustaz pernah kata, "...orang perempuan ni kadang-kadang, kalau 'roomate' mereka terlupa pelawa maggi (mee segera) pun dah merajuk, masam muka, tak bertegur sapa sampai sebulan.." Kami sambut gurauan ustaz dengan senyuman, sambil tak menafikan, orang perempuan ni, sensitif sikit. Itu tandanya dia merasakan sahabatnya sangat istimewa lalu cepat berkecil hati bila rasa dilupakan. Namun begitu sebagai orang Islam, yang diajar oleh Allah menerusi baginda nabi tentang adab berakhlak dengan sesama manusia, harus ingat bahawa Allah cukup tidak sukakan permusuhan, dan Allah menegah kita bermasam muka lebih dari 3 hari.
"Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari, yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam." (HR Bukhari)
Bersahabat Adalah Satu Proses
Dalam bersahabat, kita tak boleh mengharapkan kesempurnaan dari sahabat kita, kerana pertamanya, kita juga tidak sempurna. Yang kedua, menurut Ustaz Pahrol, kita bukan bersahabat dengan malaikat, jadi kita harus akur dan redhalah dengan kelemahan sahabat kita. Kadangkala memang ada berlaku perselisihan, tapi kita ambillah dari sudut positif.
Analogi ustaz Pahrol lagi, kalau kedua belah tapak tangan kita kotor, macamana kita nak hilangkan kotoran pada keduanya? Kita menggeserkan kedua tapak tangan kita, kan? Begitu juga pergeseran antara kita dengan sahabat janganlah mencetuskan permusuhan yang berlarutan, sebaliknya anggap ia sebagai satu proses untuk kita lebih kenal sahabat kita, tahu kelebihan dan kekurangan dia, faham apa yang dia suka dan tidak suka.
Bila terjadi perselisihan, cepat-cepat redakan keadaan, berbaik sangka dan mohon kemaafan. Tak timbul persoalan siapa yang bersalah kepada siapa, siapa yang perlu minta maaf kepada siapa, sebaliknya yang paling baik adalah yang terlebih dahulu meminta maaf dan memberi maaf. Tapi kita selalunya, "Eh, kenapa pulak aku yang kena minta maaf dulu? Dia yang buat salah pada aku!", kata pihak A. Pihak B pulak kata, "Sebab dialah benda ni jadi macam ni, semua ni salah dia." Erm, sebenarnya, keegoan kita yang menghalang kita meminta maaf dan memberi maaf. Rugilah kita, kalau ikut hawa nafsu yang jahat. Syaitan juga yang menang akhirnya.
Jadi, bila perselisihan terjadi, duduk beristighfar kepada Allah, kenang kembali saat-saat manis persahabatan kita, kebaikan dan pengorbanan sahabat kita kepada kita, berlapang dada dan cubalah jernihkan kembali suasana. Langkah pertama, mohon maaf, walaupun sekiranya jelas dan nyata dia yang bersalah. Janganlah kerana perkara kecil, kita lupa semua kebaikan yang dalam ada persahabatan kita, ruginya!
Katakan "Tidak" Pada Ukhwah Mee Segera!
Jangan jadi seperti ukhwah mee segera. Cepat dimasak, ketika panas, sedap dimakan. Tetapi lama kelamaan, bila dah sejuk, mee dah kembang, tekak kita pun dah muak, tak mampu nak telan, makan separuh, yang lainnya buang! Biarlah ukhwah kita sentiasa 'panas', segar dan 'menyelerakan' walau selama mana ia 'terhidang'. InsyaAllah.
Ingat dan kenanglah ukhwah kita seumpama karang di lautan, biar di landa badai, biar dipukul gelombang, tetap ia utuh dalam pautan keredhaan Tuhan. Sesungguhnya kita semua saudara, yang lebih istimewa adalah kerana kita disatukan dalam akidah yang sama, bertuhankan Tuhan yang sama, jadi seharusnya kita juga bersama dalam mengekalkan keindahan dan keutuhan ukhwah kita, insyallah. 
Semoga ukhwah kita harum dan kekal selamanya, hingga ke Syurga, insyaAllah.
Ayuh kita hayati hadis ini sebagai penutup tinta, Dari Abu Musa Al-Asyari ra, dari Nabi saw, ia berkata, "Orang mukmin dengan mukmin lainnya laksana bangunan yang satu bahagian dengan bahagian lainnya saling menguatkan – Rasulullah merangkai jari-jarinya," (Bukhari)

April 17, 2011

tazkirah imtihan

''apa yang ku cari dalam kehidupan ini?'' Sumayyah berbisik pada dirinya sendiri.

saat genting untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan ini lah, sering sahaja terimbau kembali hubungan dengan Allah. Pemilik keputusan. Hampir saja setiap sem begini. Study week bukan dianggapnya sebagai minggu menelaah habis-habisan, tapi minggu itu digunakan sepenuhnya untuk memperbaiki hubungan dengan Rabbul Izzati. Yalah, mungkin jika sebelum ini, menyiapkan assignment untuk mengejar due date, memenuhi tugasan lecturer sehingga lupa, lupa dan terus lupa untuk terus meniatkannya kerana Allah. Bukan sekali, tapi acap kali begitu. Adakah kesibukkan yang harus dipersalahkan?. TIDAK. Adakah kita ni Hamba yang mengingati Tuannya saat lapang sahaja? Adakah kesibukkan itu membuat kita bergantung kepada yang tidak kekal? bolehkah dikau menambah waktu 24 jam yang Allah beri itu menjadi 28 jam untuk memberi ruang kau mengingatiNya? TIDAK. jawapanmu saat ini kan? Apa pun alasannya, sedarlah, waktu itu IMAN mu sedang RAPUH, lantas kau lupa kembali kepada asal kejadianmu. Namun, usah bersedih hati, Allah tahu kau insan yang sering melakukan kesilapan. Kau juga insan yang sering mengulangi kesilapan itu. Kesedaran ini, manfaatkan sebaiknya, buka buku kerana Allah, menghafal kerana Allah, memahami kerana Allah, take five tenang hanya untuk Allah, pendeknya, semua usaha yang kita lakukan sepanjang study week ni adalah semata-mata kerana Allah.

Teringat kata-kata Al-Qaiyum al Jauziyah ketika mendefinisikan makna ibadah :  
'ibadah ialah amalan yang dilakukan niat kerana Allah'.

Pastinya emosi di minggu genting ini sangat memerlukan untuk kita bertenang.
Telah tertulis 'hanya dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang'(surah ar Ra'du : 28 ) Manfaatkan hakikat kemanusiaan itu sebaiknya.   

Bukan bererti minggu study week ini minggu berserah semata tanpa berusaha mengangkat kepingan kertas nota, tanpa usaha membaca walau sebaris ayat, hanya duduk berteleku sambil berdoa diberi kejayaan Allah. Salah tu. Tapi ayuh kita serahkan usaha kita bulat-bulat kepada Allah. Usaha biar bersemangat terus. Tapi jangan lupa tawakal itu diawal usaha sehingga ke akhirnya. Bukan tawakal selepas penghantaran kertas peperiksaan sahaja. Luruskan yang bengkok.Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

'....... alhamdulillah, Allah jualah matlamat hidupku' sambung Sumaiyah berbisik lirih.  

-Allah, terimalah amalan kami-

sayonara malas~

April 11, 2011

dariku untukmu..

assalamu'alaikum, terimalah..

gendang gendut tali kecapi,
ukhuwah itu datangnya dari hati..

malam-malam jalan rumah pak abu,
bila dah jauh baru rasa rindu..

sayang-sayang daun selasih,
bila sayang jadikan doa pengikat kasih..

kulihat monyet berpaut didahan,
ku ucapkan salam imtihan.

bila terasa rindu,
kusebut namaMu,
di keheningan malam yang syahdu,
hanya Allah Kau lah penawar kalbu..