mencuri masa mengisinya dengan penuh manfaat, selagi ada masa..
Seputar kisah seorang insan yang berusaha mengubah dirinya kepada yang lebih baik...
AYUH teruskan!
Dulunya dia rombing
meraba walau dalam cahaya
kini dia memberi cahaya walau kadangkala
terpaksa juga bertatih dalam memberikan cahaya
dulunya dia tempang
walau kedua kaki gagah berjalan
mana taknya
sebelah lagi berat dengan dosa
sehingga laluan kebenaran yang mudah ditelusuri dipatahkan oleh
kebatilan yang tidak disedari
kini
kedua kakinya melangkah gagah
walau kadangkala terhincut kepayahan
walau kadangkala tertekuk lutut tanda kekerdilan
namun 'tempang' kali ini demi sebuah kebenaran
dulunya dia kabur diselubungi keindahan panorama dunia
leka memerhatikan rama-rama palsu
dikebun bunga sementara
merasa setiap apa yang diingininya
tanpa ada nada sesal walau natijahnya membawa durjana
kini..
dia tidak peduli
walau rama-rama diganti dengan ular berbisa
walau kebun bunga indah diganti dengan sawah kering kontang
berjalan diatasnya
seolah-olah menyiksa diri memijak duri
kerana apa?
kuatnya pada satu janji
dia bakal memasuki kebun hijau yang kekal,
bakal menyentuh rama-rama yang sebanding dengan bidadari,
rupanya ia lebih indah
dari sinaran mentari..
mode : berusaha setting niat yang buat thesis ni pun satu dakwah! Chaiyok!!
No comments:
Post a Comment