twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Followers

October 22, 2010

genggam jari jemariku mari kita bersatu dalam syahadatul hak!

terima kasih buat sahabatku NORIESMA, kau sentiasa dalam ingatan. =)

-relakan diri berubah dan relakan diri diubah-

October 19, 2010

ujian persahabatan..

 untukmu teman,

aku dan kamu,
pertama kali bertemu
saling berjabat,
pipi berlaga dakapan ukhuwah,
saat itu..
seperti sudah lama kenal,
seperti kita adalah saudara kandung,
aku adalah kau.. kau adalah aku..
tangis, tawa, suka, duka..
semuanya bagai satu jasad..
yang istimewanya 
kau membawa diriku kejalan Allah..
namun..
taqdirnya datang menguji
kita dipisahkan dalam bahtera berbeza
juga tempat dan masa yang berselisih
susah untuk bertemu
susah untuk seperti dulu..
namun akhirnya ku pasrah,
aku belum cukup redha dengan semua ini
lantas
hikmah yang dijanjikan tidak kelihatan
ku tidak mahu apa2 darimu
cukuplah sekadar ingatan persahabatan
yang menyelamatkan ku dari fitnah kefasadan.

maaf atas keterlajuran ku...

October 13, 2010

 Sejak dari semalam perkara ini berlaku. Ya Allah! adakah ini kerana gerak kerja yang semakin melemah lantas memberi effect kepada IMAN. Tersentak semalam apabila ditegur murabbiyah, adakah kerana ujian ini kita beralasan untuk tidak meneruskannya? Adakah kerana kesibukan lantas masa menghambat atau masa tidak berkat ini berlaku. Jangan sampai Allah menunaikan janjiNya menukar golongan yang lebih baik lagi untuk menjadi da'ie yang lebih baik. Bagai air dicurah ke api tertancap pada satu kata2Nya lantas menyejukkan hati yang sedang berbahang.

''  maka sabarlah engkau wahai Muhammad, atas apa yang mereka katakan dan bertasbihlah dengan memuji TuhanMu, sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam dan bertasbihlah pula pada waktu malam dan dihujung siang hari agar engkau merasa tenang'' (Taha 20 : 130)

Nyata diri ini sangat perlukan tarbiyah. Jika tidak entah apa yang akan berlaku Subhanallah!

Duhai diri,
Kau sedar siapa diri namun terus terusan buat x endah,
Kau tahu apa perlu dilakukan tp masih bermalas-malasan.
Iman..
Kembalilah kepadaku,
Basahilah hatiku yang sgt memerlukanmu ini,
Kurindu padamu,
Maafkan diriku atas kekhilafan yang aku lakukan lantas engkau menjauh meninggalkanku,
Sudilah singgah sebentar disini,
dihati ini, jauh disudut hati ku ini,
Aku sangat memerlukanmu namun...
kerana egoku, kerana mazmumah ku, kerana nafsuku,
tidak sedar aku menyakitimu..
maafkanku IMAN..
NAFSU memerlukanmu sebagai petunjuk jalan..
AKAL mendambakanmu petunjuk kesejahteraan,
Allah! pegang hatiku hanya kepadaMu,
IMAN kembalilah.. Akan ku jaga mu dengan sebaiknya,
Kerana IMAN kau lah teman sejati ku didunia dan akhirat.

October 8, 2010

hati ini..

akan ku serah hati ini pada Allah semata

buat mujahidah 'permata yang dicari'

    Assalamualaikum wahai ukhtifillah, apa khabar? bahasa arabnye kaifa haluki? hopefully sihat sentiasa di samping sahabt dan insan yang disayangi. Mcm biasalah, pertamanya jom kita refresh niat kerana Allah. Moga diberkati hidup kita. Adq2 yang sangat akq sayangi, berat untuk akq coretkan tapi terkilan sekiranya tidak ku sampaikan., namun niatku, moga coretan yang sedikit ini menaikkan semangat diriku dan dirimu untuk terus berada di jalan tarbiyah ini. Ikhlas..ikhlas.. dan ikhlaskanlah ukhti, segala apa yang terjadi dan apa yang berlaku. Pasti dan yakinlah ada hikmah yang Dia nak kita ambil.

    Ingatkah kita, bagaimana hati kita saat sebelum ditarbiyah? ingatkah kamu saat kita duduk bergelumang dengan karat jahiliyah? ingatkah kita saat kita tidak menghiraukan saudara kita yang lain sedangkan kita tahu setiap umat Islam itu hakikatnya bersaudara? dan ingatkah kita saat kita tetap melakukan kemaksiatan tidak kiralah dengan menusia atau dengan Allah walaupun kita tahu itu adalah satu kefasadan..? Adakah kau lupa?
Bukan ingin ku minta antunna ingat kembali segala kepahitan itu namun, ingatlah ia andai dirimu terasa ingin keluar dari jalan tarbiyah ini, agar hati mu menolak segala godaan yang datang.

sahut cintaNya!

Adeq2 ku sayang,

 Ku tahu, susah menolak dugaan bila diajak ke program. Saat itulah segala kerja yang tergendala akan dirasakan sesuatu yang perlu disiapkan segera, padahal jika diimbas kembali ada saja masa lain untuk kita selesaikan, ada saja jalan untuk kita menyiapkan nya secepat mungkin tanpa tidak hadir ke program. Tapi mengapa segalanya nampak perlu sehingga tidak boleh datang ke program Jgn risau ukhti, itu semua memang ujian Allah agar kita lebih menghargai setiap langkah yang kita corak. Setiap orang akan merasainya. Biasalah, kebaikan itu tidak akan sunyi dari dugaan. Pada kebiasaannya pengorbanan itu akan dikenang. Fikirkan, andai ada rasa dihatimu begitu, tolak ia dengan ta'awuz agar bertempiaran syaitan durjana. Tanya diri, adakah ini pilihan yang terbaik? Tepuk iman, dah kuat sangat ke imanku sampai tidak perlu untuk di 'cas' kembali?. Guna akal, time management tu membantu, tp waktu masa terluang t boleh buat sikit2 kerja yang berlambak ni. Gunakan semua ciptaan Allah itu dengan sebaiknya.

bersatu berubah!!

 Kalian yang akq sayang,

    Sahutlah tanganku ini, genggam jari jemariku bersama kita melangkah kearah hidup yang lebih sempurna dan diredhaiNya. Aku memang insan yang banyak kelemahan, tapi marilah kita sama2 memperbaikinya. Sangat suka ku tekankan tentang ukhuwah, dijalan ini akak temui insan2 yang menganggap sahabat seperti keluarga, sangat erat. Sekali berjabat namun terus terikat. Bukan sahaja dalam urusan dunia, malah atas urusan akhirat pun kami bersama. Walaupun kini kami jarang sekali berhubung dan dah tak lagi bersama, namun akak pasti sesungguhnya kami selalu bertemu didalam doa. Oleh itu akhawatfillah sekalain, jangan malas nak berukhuwah. Buang jauh2 ego yang bersarang dalam diri. Jadikan dirimu ejen penyebar islam dengan jalan ukhuwah. 

Akhirnya...
Kita sudah tidak punya waktu lagi untuk berlengah. Dakwah itu nafas kehidupan, jangan sampai bila nyawa sudah sampai ditenggorok, baru tergadah. Bila matahari terbitnya dibarat, baru nak minta semula nikmat dakwah ni. The long journey is start with one step. Usah seksa diri andai tahu jalan mana yang menenangkan.